Sempena hari lahir saya yang ke 34 pada 23/12/2017 yang lepas, encik suami ajak pergi jalan-jalan ke Fraser Hill. Sebenarnya takde plan apa-apa pun cuma rasa tergerak hati malam sebelumnya nak pergi berjalan je.
So malam sebelum tidur gigih la kami google pasal pengalaman orang pergi bercuti ke Fraser Hill. Dah ada idea nak jalan-jalan ke mana nanti baru la boleh tidur dengan tenang.hehe
Pagi 23hb tu kitorang bertolak ke Fraser Hill dalam pukul 9 pagi. Sempat la sarapan keropok lekor untuk alas perut.
Macam biasa on the way nak travel kitorang pasti akan singgah ke petrol station untuk beli kudap-kudapan supaya tak bosan atau mengantuk sepanjang perjalanan. Almaklumlah nak kena teman encik suami drive.hehe
Oh ye untuk pastikan korang tak sesat dan berada di jalan yang benar, sila la guna waze atau google maps ye. Kitorang guna waze je. Merasa la naik By-pass Rawang yang tinggi tu.
Kalau pandang ke bawah memang gayat sket la. So kalau korang jenis gayat sila pandang depan je ye. hahaha
Lagi 1 kalau korang jenis mabuk jalan jauh atau jalan berpusing-pusing bawak la minyak angin dan plastik untuk muntah siap-siap ye.
Jalan nak naik tu memang agak mencabar la selekoh-selekohnya. Dah la 2 way pulak tu. Memang kena drive slow-slow je.
Yang kelakarnya bebudak dok tanya “bila nak sampai ni?”. Maybe sebab diorang bosan jalan sempit dan berliku kot.hehe
Akhirnya pukul 11.40 kitorang berjaya jugak sampai ke Fraser Hill. Yeayyy
Bestnya rasa. Segar dan nyaman je udara. Sejuk tuuuu. KL sikit punya panas membahang kan? Hee~
Sampai-sampai terus ke masjid dulu sebab saya nak terkucil. Sekali kena air paip dia, mak aihhh sejuk yakmatt tau.hahaha
So get ready la dengan kesejukan air kat sana k.
Lepas tu kitorang jalan-jalan sampai jumpa ‘Aida Daniya Tea House’. Nak penuhi hajat encik suami minum teh kat Fraser Hill.hihi
Kitorang order set tea for 2 yang ada scone dan kek ni. Memang best dapat minum teh panas-panas dengan view yang cantik dan cuaca sejuk macam ni.
Scone diorang serve tu memang sedap tau. Kek-kek lain tu biasa je bagi saya. Set ni dalam RM38 kalau saya tak silap.
Lepas dah habis minum teh, kitorang bergambar pulak kat Panda Garden. Panda Garden ni dalam kawasan Aida Daniya Tea House tu je.
Since panda kat Zoo Negara dah balik ke China, kita layan posing dengan panda kat sini je la ye. Hehe
Masa kat sini budak-budak dah sibuk nak ajak pergi main kat playground. Sikit punya jauh datang kat Fraser Hill ni, playground jugak yang diorang cari. Ish, sabar je la. Sabar je la..
Nasib baik kitorang berjaya pujuk untuk pergi tempat lain dulu.
Next, kitorang pergi kebun bunga dan sayur pulak. Kecik je tempat ni dan yang tak bestnya Strawberi tak masak lagi. Punah la harapan kitorang nak petik strawberi. Isk isk isk
Nak ubat kekecewaan kitorang beli ‘Sweet Potato’ dengan ubi keladi comel je. Masa beli tu encik suami pesan beli sikit je dulu kot-kot ada kedai lain lagi.
Tapi kalau korang nak beli, beli la siap-siap kat kebun tu sebab tu je la satu-satunya tempat nak membeli pun. Hahaha
Dari Kebun Bunga tu korang boleh jalan kaki je ke Allan’s Water. Kat situ ada tasik yang korang boleh naik ‘paddle boat’ dan bagi ikan makan.
Kitorang tak naik pun ‘paddle boat’ sebab Aira tak lepas had ketinggian, Syahmi pulak takut. So, senang cerita kitorang pilih bagi ikan makan je la.
Makanan ikan boleh beli kat situ dengan harga RM1 je. Kitorang belikan sorang sebungkus untuk anak-anak.
Budak-budak dan mak bapak budak pun excited bagi makan ikan tu tau. Jangan hairan la bila tengok yang makcik-makcik menjerit-jerit masa bagi makan ikan tu.hehe
Tapi serius ikan-ikan tu memang gemuk-gemuk dan besar. Takut saya tengok mulut diorang yang asyik menganga je tu. Macam-macam yang terbayang diminda.hahaha
Settle aktiviti kat Allan’s Water, kitorang pusing-pusing dan tengok tempat lain pulak.
Kitorang nampak papan tanda Air Terjun Jeriau tapi sebab malas nak mandi dan bersejuk-sejuk so kitorang terus Playground untuk bawak budak-budak main.
Sampai je kat saitu kitorang terus main badminton. Orang lain tengok pelik je. Ada ke patut datang bercuti jauh-jauh main badminton.hahaha
Tu pun idea encik suami la. Dia nak main badminton sejuk-sejuk kat Fraser Hill.hihi
Sambil kitorang berempat beranak main badminton, Aira kitorang belikan bubble buih tu. So Far Aira pun syok je main bubble tu. Dah habis bubble baru diorang main buai dan permainan lain kat situ.
Lepas penat main, kitorang lunch kat medan selera kat sebelah playground tu je. Kitorang makan kat Restoran Puncak.
Biasa la kalau tempat-tempat percutian macam tu, harga makanan memang agak mahal sikit la. Alhamdulillah rasa masakan tu sedap jugak la.
Tengah makan, hujan la pulak. So, terpaksa cancel plan nak ke The Paddock – tempat menunggang kuda.
Since dah hujan dan hari pun dah petang, kitorang pun bertolak balik je la tapi syukur kitorang terus balik sebab cuaca dah mula berkabus.
Saspen jugak tengah-tengah drive tiba-tiba je tak nampak apa-apa. Bila sampai bawah balik memang lega sesangat.
Alhamdulillah selesai bercuti dan jalan-jalan di Fraser Hill.
So, kalau tanya saya “nak bermalam atau balik hari je?”
Pilihan saya ialah balik hari je sebab bagi saya takde banyak aktiviti yang boleh dilakukan di Fraser Hill. Kecuali la korang nak honeymoon.hehe
Sekian dulu sharing saya tentang bercuti di Fraser Hill. Semoga bermanfaat untuk korang semua.
Bestnya lah dok dekat KL tu. Senang nak ke Genting ke, Cameron ke, Fraser Hill ke.. Ni dari JB nak ke sana. Hmm memang fikir 5-6 kali. Sebab confirm x boleh balik hari 🙂
hihi..maksudnya tak payah bermalam kat sana.
boleh pertimbangkan bermalam kat tempat lain 🙂