Bismillah
saya sangat berkenan dengan entry Ben Ashaari hari ini tentang relevan atau tidak blog sebagai medium marketing untuk sesebuah perniagaan online.
Saya harap anak-anak Shaklee saya turut membaca entry saya ini.
Ini kerana, kebanyakan masa saya sangat menekankan kepentingan menulis blog kepada anak-anak didik saya.
Mungkin ada antara anda yang bengang dengan saya kut?
hehe
takpe ini masanya saya terangkan kenapa saya suka pemasaran blog.
Tuan Ben Β telah berikan satu soalan berkenaan ini :
Relevankah lagi blog sbg platform perniagaan online jika nak dibandingkan dengan laman sosial media yang lain seperti Facebook , Twitter , Instagram , Keek dan lain lain ?
Dan jawapan untuk anda wahai tuan Ben Ashaari : bagi saya YA SANGAT RELEVAN π
Hari ini ramai sangat peniaga online muncul, macam cendawan tumbuh lepas hujan.
Dan kebanyakan peniaga online ni, muncul banyak selepas Facebook meletup di Malaysia.
Mereka menggunakan FB sebagai medium pemasaran.
Saya juga tidak ketinggalan menggunakan FB , namun saya dapati, pemasaran blog adalah lebih terjamin dan lucrative untuk jangka masa panjang.
Kenapa?
- Bukan semua orang yang ada internet menggunakan Facebook, tapi semua orang yang nak cari info di internet akan guna search engine : Google atau Yahoo atau sebagainya. Jika anda ada blog dan blog anda rank, maka hujan duitlah anda π
- Ada orang di Facebook tidak yakin dengan apa yang dilihat di FB. Mereka lihat iklan di FB sekadar pandang saja, kemudian akan google info π maka blog siapa yang ada di 1st page, maka dia lah yang untung π
- Blog menunjukkan kredibiliti dan kesungguhan peniaga untuk memberi info kepada prospek.Β
Bagi saya 3 point ini dah cukup untuk membuktikan betapa blog masih relevan dalam online marketing.
Bagaimana dengan anda?
Kongsikan pengalaman anda dengan kami π
bagi saya, laman sosial lagi lebih menarik sebab publisiti lebih meluas dan cepat… lagi satu, peniaga lebih mesra dengan pelanggan…