Korang ada plan nak bercuti ke Melbourne, Australia? Mesti korang nak tau berapa Bajet Percutian Ke Melbourne kan? Insyaa Allah dalam entry ni saya akan sharekan perbelanjaan kami sekeluarga untuk Trip Percutian ke Melbourne.
.
.
Bajet Bercuti Ke Melbourne Dengan Anak Kecil - Bajet Percutian Ke Melbourne

Muka bangun tidooo. Masa ni baru sampai Airport Tullamarine, Melbourne

.
.
Alhamdulillah pada 5 September yang lepas saya dan keluarga dah pun selamat sampai ke tanah air. Rasa seronok sangat sebab berjaya realisasikan impian anak bujang kitorang nak main salji kat Australia.
.
.
Oh ye, dalam entry kali ni saya tak cerita secara details tentang itinerary atau aktiviti kitorang di Melbourne. Insyaa Allah saya akan sharekan pasal tu beserta tips bercuti di Melbourne sekali dalam next entry. Doakan la saya rajin nak mengarang ye.hehe. Ok jom kita cekidaut!
.
.
Bajet Bercuti Ke Melbourne Dengan Anak Kecil

Saya bahagikan bajet percutian ke Melbourne kepada 2 bahagian:

1. Perbelanjaan sebelum berlepas
2. Perbelanjaan harian sepanjang di Melbourne

.

.

Perbelanjaan Sebelum Berlepas ke Melbourne

Ada 3 perbelanjaan utama yang perlu di bayar / book sebelum berlepas: 

Bajet Bercuti Ke Melbourne Dengan Anak - Tiket Flight

Bajet Bercuti Ke Melbourne Dengan Anak – Tiket Flight Tiket Flight

.

.

1. Tiket Flight

Kitorang pergi berlima. Saya, suami dan anak kami 3 orang. 11 tahun, 7 tahun dan 4 tahun. Kitorang naik flight AirAsia. Harga tiket mungkin berbeza ikut promosi AirAsia. Tiket kira murah jugak sebab kebetulan ada promosi masa tu. Cuma ada yang kata boleh dapat lagi murah. So, boleh la survey-survey harga tiket flight masa promosi ye.

Total tiket return 5 beranak ialah RM6007 termasuk luggage, seat selection dan makanan. 

.

.

2. Penginapan

Kitorang pilih untuk duduk di homestay sebab ada kemudahan untuk memasak. Kalau kat hotel tak boleh masak. So kos mungkin berbeza bergantung kepada pilihan homestay atau hotel masing-masing ye. 

Homestay yang kitorang pilih adalah di kawasan Coburg. Coburg ni kawasan kampung sikit tapi tak jauh sangat dari bandar. Dalam 20 minit ke setengah jam je. 

Kitorang decide untuk duduk homestay yang sama sepanjang percutian di Melbourne. Check in 30 Ogos, check out 5 September. Senang, tak payah nak berangkut-angkut.hehe

Kos homestay AUD750

.
.

3. Kereta Sewa

Kami pilih untuk sewa kereta dengan Apex Car Rentals. Kami sewa kereta Hyundai Elantra je sebab rasa lagi convenience untuk kami berlima. Husband prefer untuk drive sedan je sebab baru pertama kali nak drive di Australia.

Kos sewa kereta 6 hari AUD237

.

.

.

Perbelanjaan Sepanjang Percutian di Melbourne

.

Okay jom tengok bajet perbelanjaan harian kitorang untuk percutian di Melbourne ni.

.

.

Hari Pertama di Melbourne – 30 Ogos 2018

.

Airport – Queen Victoria Market – Homestay

.

.

Bajet Bercuti Ke Melbourne - Simkad Australia - Wifi

Cari OPTUS ni tauuu

.

.

Sampai airport Tullamarine, Melbourne kitorang terus beli simkad Australia. Kitorang beli simkad Optus sebab Optus offer data lagi besar dengan harga lebih murah. Memang berlebih-lebih sampai nak fly balik Malaysia. 1 simkad AUD20. Total AUD40 (untuk saya dan suami). Eh, baru perasan kitorang cuma call ahli keluarga guna whatsapp call je.hehe

.

.

Lepas tu kitorang tunggu kat depan airport untuk ke tempat kereta sewa. Ada driver pick up kat airport untuk ke ofis diorang. 

.

.

Settle urusan kereta sewa, kitorang terus ke QVM @ Queen Victoria Market. Hari ni cuma jalan-jalan survey souvenir nak beli nanti je sebab belum ada mood nak membeli. Lagi 1 sebab masa tu dah lambat. Peniaga kat QVM tutup awal tau. 

.

.

Tapi sempat jugak la beli 2 set keychain kanggaru dan fridge magnet sebab anak mintak. Total AUD20

.

.

Since masa sampai kat QVM tu dah tengah hari, so kitorang lunch je kat market tu. Menu lunch Egg Spinach Wrap + Hot Chocolate kat kedai Turkish dalam QVM. Total AUD20

.

.

Bajet Percutian Ke Melbourne Dengan Anak Kecil - Lunch di Queen Victoria Market

Lupa nak amik gambar Kebab Wrap yang sedap tu sebab dah selamat licin.hehe

.

.

Balik bungkus Kebab Large kat kedai arab selang 1 kedai dari kedai Turkish tu. Kalau tak silap nama kedai tu Kebab Market. Total AUD15

.

.

Sebelum balik homestay, kitorang singgah beli groceries kat Coles supermarket. Beli roti, cili sos, Teh, telur, freshmilk, timun, Hot Chocolate 3 in 1, white pepper powder, beras, cereal, mayonis, mineral dan bake bean. Total AUD34.25

.

.

Total perbelanjaan hari pertama – AUD129.25

.

.

Hari ke 2 di Melbourne – 31 Ogos 2018

.

Homestay – Lake Mountain – Homestay

.

.

Bajet Percutian Di Melbourne - Kos Sewa Equipment dan Entrance Fee Lake Mountain

Resit Equiment tak termasuk Glove Aira ye..

.

.

Breakfast kitorang makan Nasi Lemak segera Brahim’s yang kami bawak dari Malaysia. Untuk lunch saya dah sediakan Scramble Egg Sandwich. Simple, senang dan mengenyangkan. Kitorang bawak Hot Chocolate yang dah dibancuh siap-siap dalam flask. 

.

.

Sebelum sampai ke Lake Mountain, singgah kedai untuk sewa peralatan untuk main salji nanti. Antara peralatan yang kitorang sewa ialah seluar kalis air(amik yang warmer), but, chain tyre(wajib), Toboggun(board untuk main gelungsur) dan glove anak bongsu(yang ni kena beli). Total AUD177.

.

.

Nak naik ke Lake mountain kena bayar entrance fee tau. Total AUD56(per car).

.

.
Kitorang terpaksa beli glove ‘water proof’ kat Lake Mountain sebab rupanya glove kitorang tu tak ‘water proof’. Glove dewasa AUD20, budak AUD17. Since Aira(anak bongsu) punya dah beli kat bawah, so tinggal beli untuuk kitorang berempat je. 2 glove dewasa, 2 glove budak. Total AUD74.
.
.

On the way balik, kitorang isi minyak kereta penuh-penuh supaya esok senang nak jalan jauh. Total AUD51.

.

.

Bajet Makan Di Melbourne

Portion besar. Amik 2 ni je dah cukup untuk kitorang berlima.hehe

.

.

Dinner pulak kitorang makan kat restoran arab di Coburg. Lamb Shank Rice, kebab ayam dan teh 1 teko. Portion makanan kat Melbourne besar tau. Kitorang order 2 meal je dah cukup untuk 5 beranak. Total AUD24.

.

.

Lepas dinner, kitorang singgah beli Roti, telur, sos cili, plastik zip lock, hot chocolate(3 in 1), fresh milk etc kat Coles. Total AUD19.70

.

.

Total perbelanjaan hari ke-2 ialah AUD401.70

.

.

.

Hari ke 3 di Melbourne – 1 September 2018

.

Homestay – Brighton Box – Puffing Billy – Homestay

.

.

Breakfast kami makan nasi goreng ayam Brahim’s. Lunch saya prepare Egg Mayo Sandwich, roti ber nutella, Hot Chocolate dan Teh O. 

.

.

Untuk naik naik di Puffing Billy kena beli tiket. Tiket untuk family(2 dewasa, 3 budak) AUD114

.

.

Bajet Bercuti Di Melbourne - Tiket Puffing Billy - Dinner Di Restaurant Taste Of Thai Melbourne

Tiket Puffing Billy – Dinner Di Restaurant Taste Of Thai Melbourne

.

.

On the way balik homestay kitorang singgah beli chips dan freshmilk. Total AUD6Malam tu kitorang dinner kat restoran Taste Of Thai. Total AUD33.

.

.

Total perbelanjaan hari ke-3 AUD153

.

.

.

Hari ke 4 di Melbourne – 2 September 2018

.

Homestay – Great Ocean Road(Twelve Apostle) – Homestay

.

.

Breakfast Briyani Kambing Brahim’s. Lunch saya prepare nasi putih, ayam masak merah, Scramble Egg Sandwich, Hot Chocolate dan Teh O Panas.

.

.

On the way balik, kitorang singgah beli chips, coklat dan isi minyak. Total AUD70

.

.

Actually plan asal kitorang nak dinner kat Great Ocean Road(GOR) tapi kitorang ter miss restoran tu. So dinner kat restoran Taste Of Thai di Coburg je la.hehe. Total AUD36

.

.

Total perbelanjaan hari ke-4 AUD106

.

.

.

Hari ke 5 di Melbourne – 3 September 2018

.

Homestay – Philips Island(Wildlife Park) – St Kilda – Homestay
.
.

Breakfast saya masak nasi goreng dan panaskan kurma daging segera Brahim’s. Lunch pulak saya bawak bekal nasi goreng, ayam masak merah Brahim’s, Hot Chocolate dah Teh O Panas.

.

.

Nak masuk ke Wildlife park kena bayar tau. Tiket masuk ke Wildlife Park untuk tengok Kanggaru, Koala dan binatang lain, AUD50. Kitorang amik family combo. 2 dewasa, 3 budak. 

.

.

Budget Bercuti Ke Melbourne - Tiket Wildlife Park Di Philips Island - Dinner di Melbourne

Tiket Wildlife Park di Philips Island – Dinner Fish & Chips dan Chicken Kebab di Fahitas

.

.

Balik tu kitorang singgah St Kilda untuk tengok pengguin. Masuk tak payah bayar, cuma kena bayar parking AUD3.

.

.

Malam tu kitorang dinner Fish & Chip dan kebab ayam di restoran Fahitas(di Coburg). Total AUD27

.

.

Total perbelanjaan hari ke-4 AUD80

.

.

.

Hari ke 6 di Melbourne – 4 September 2018

.

Homestay – Queen Victoria Market – Federation Square – Yarra River – Homestay

.

.

Plan hari ni nak round bandar Melbourne dengan tram dan train je. So pagi tu kitorang pulangkan kereta kat town dan start jalan-jalan naik tram dan train. 

.

.

On the way ke town kitorang singgah beli kad Myki(ala-ala touchNgo). Dewasa AUD6. Budak AUD3. Top up full day, dewasa AUD8.6, budak AUD4.3. Bawah 4 tahun free. Myki untuk 2 dewasa dan 2 budak, total AUD43.8

.

.

Budget Bercuti Ke Melbourne - Myki Card - Restaurant Blok M Express - Makanan Halal Di Melbourne

Muka budak tak puas hati Teh Tarik dia order lambat sampai.hehe

.

.

Lunch kitorang makan kat kedai arab dalam QVM tu je. Halal Serve Pack(kalau tak silap nama dia), Large Kebab Wrap dan Orange Juice. Total lunch AUD30. Shopping souvenir kat QVM, total AUD150.

.

.

Sebelum balik, singgah dinner kat restoran Blok M. Nasi Pecel Lele, Nasi Ayam Bakar, Teh Tarik 2, Es Cincau dan Sirap Cincau. Total AUD38.50.

.

.

Dalam tram anak mintak nak makan nasi. So singgah beli bawak balik Lamb Shank Rice kat restoran Afghan di area Coburg. Total AUD12.

.

.

Last sekali sebelum balik kitorang singgah kat Coles untuk beli Hot Chocolate untuk keluarga dan freshmilk(untuk minum). Total AUD25.50.

.

.

Total perbelanjaan hari ke 6 AUD299.80.

.

.

.

Hari ke 7 di Melbourne – 5 September 2018

.

Homestay – Airport

.

.

Hari ni kitorang takde beli apa-apa sebab flight pagi,pukul 9.30 pagi. Makan pulak kitorang makan dalam flight je sebab susah nak cari makanan halal kat airport. So perbelanjaan hari terakhir di Melbourne cuma airport transfer AUD50 je.
.
.

.

Breakdown Bajet Percutian 7 Hari 6 Malam di Melbourne:

.
.
Flight – RM6007
Homestay  – AUD750
Kereta Sewa untuk 5 hari – AUD 237
.
.
Perbelanjaan harian:
Hari Pertama – AUD129.25
Hari ke-2 – AUD401.70
Hari ke-3 – AUD153
Hari ke-4 – AUD106
Hari ke-5 – AUD80
Hari ke-6 – AUD299.80
Hari ke-7 – AUD50
.
.
Oh ye, sepanjang kat Melbourne kitorang ada lalu kat beberapa tol. Total untuk tol ialah AUD40.
.
.
Total Perbelanjaan harian untuk Percutian 7 hari 6 malam di Melbourne AUD1259.75
.
.
.
Jumlah keseluruhan dalam Ringgit Malaysia ialah RM12,769.70(RM6762.70 +RM6007). Masa tukar duit hari tu kitorang dapat rate 3.01. Kos ni bergantung kepada currency masa korang nak pergi dan umur anak jugak. Kalau anak lebih besar mungkin kos makan akan bertambah 🙂
.
.
.
Kos ni jugak tak termasuk persiapan kelengkapan nak ke Melbourne. Contoh Winter Jacket(kitorang pergi masa hujung winter), kasut, Thermal wear etc.
.
.
So ni la Bajet Bercuti di Melbourne untuk kitorang sekeluarga. Klik button ‘SHARE‘ tauuu supaya lebih ramai yang boleh dapatkan anggaran Bajet Bercuti Ke Melbourne jugak 🙂
.
.
.
Update: Jom baca lagi entri tentang: