Semalam kami ada taklimat tentang cabaran Project Blog Mega by Master Norita. Tugasan pertama yang diberikan ialah peserta perlu kongsikan  tentang Apa Itu Intermittent Fasting Dan Cara Diet IF di blog masing-masing. Rasanya semua peserta pasti teruja sebab hadiah yang ditawarkan sangat lumayan. Doakan saya menang cabaran ini ye. Nanti kalau dah menang baru saya beritahu apa hadiahnya ye. hehe

 

intermittent fasting, IF

 

Kalau tengok di media sosial sekarang ni geng-geng yang tengah usaha kuruskan badan memang ramai yang mengamalkan Intermittent Fasting atau lebih dikenali sebagai IF. Jom saya kongsikan serba sedikit info tentang IF dan Cara Diet IF.

Apa Itu Intermittent Fasting?

Intermittent Fasting ialah kaedah menurunkan berat badan dengan cara menukar pola pemakanan harian. Pola pemakanan dipilih akan menentukan waktu untuk berpuasa dan waktu yang dibenarkan untuk makan. Selalunya individu yang mengamalkan diet IF akan makan 2-3 kali sehari, bergantung kepada jenis pola yang dipilih.

Pengurangan waktu makan dan penambahan waktu badan berpuasa akan dapat membantu badan untuk membakar lemak dan penurunan berat badan dengan lebih cepat.

Kenapa Perlu Buat Diet Intermittant Fasting?

Diet Intermittant Fasting jadi pilihan kepada geng-geng yang nak kuruskan kerana ia boleh mencetuskan hormon utama yang sangat penting untuk penurunan berat badan iaitu ‘Growth Hormone‘.

‘Growth Hormone’ yang sangat terkenal sebagai ‘anti-aging hormone’ sebenarnya ialah hormon pembakar lemak yang sangat hebat kerana ia boleh melindungi otot dan mengurangkan lemak sebenar, bukan otot. Kesilapan ramai orang yang nak kuruskan berat badan ialah mengecutkan/mengurangkan otot. Padahal untuk untuk kurus, yang perlu dikurangkan sebenarnya ialah LEMAK.

Dalam bahasa mudahnya, lebih lama seseorang itu berpuasa, banyak ‘growth hormone’ yang dicetuskan dan jumlah lemak yang akan dibakar pun akan meningkat. Kesannya berat badan pun akan turun dengan lebih cepat.

 

Bagaimana Cara Diet Intermittant Fasting? 3 jenis Cara Diet IF yang popular

Sebenarnya ada banyak jenis cara diet IF yang boleh dipilih untuk diamalkan. Ianya bergantung kepada kemampuan dan keselesaan anda sendiri kerana anda yang kena disiplin untuk mengamalkannya. 3 jenis diet IF yang popular di Malaysia ialah:

 

Cara Diet IF 1 : 12:12

Cara ini lebih kurang macam berpuasa yang biasa diamalkan oleh umat Islam. Anda perlu berpuasa selama 12 jam dan boleh makan dalam tempoh 12 jam berikutnya.

Jenis ini sangat sesuai diamalkan bagi anda yang baru berjinak-jinak nak amalkan IF. Ia  bagus untuk melatih diri terutama  perut supaya tidak terkejut dengan perubahan yang sedang dilakukan.

 

Cara Diet IF 2 : 14:10

Bagi anda yang dah selesa dengan cara diet IF 1 atau 12:12, anda boleh tambah tempoh waktu berpuasa kepada 14 jam dan kurangkan waktu makan kepada 10 jam sahaja.

 

Cara Diet IF 3 : 16:8

Diet 16:18 sangat digemari oleh geng-geng diet yang inginkan hasil yang lebih cepat. Jika pilih cara ini, anda perlu berpuasa selama 16 jam dan hanya mempunyai tempoh waktu makan selama 8 jam je. Sebagai contoh kalau anda berpuasa dari pukul 8 malam, anda hanya boleh berbuka pada pukul 12 tengah hari dan kena pastikan makanan terakhir anda mestilah sebelum pukul 8 malam.

 

Kesimpulan

Tak kisah cara mana yang anda pilih, nasihat saya sebaiknya jangan la berharap perubahan yang terlalu cepat. Bagi masa kepada badan untuk menerima perubahan sedikit demi sedikit. Terutama kepada anda yang ada masalah kesihatan seperti gastrik, kencing manis dan lain-lain. Mulakan dengan yang asas dan tambah baik dari semasa ke semasa.

Masalah kebanyakan individu yang kurus terlalu cepat ialah selalunya mereka akan mengalami masalah kesihatan lain pula. Niat asal nak kurus untuk lebih sihat(cantik/handsome tu bonus.hehe), tapi sebaliknya dapat pakej penyakit pula. Naudzubillahiminzalik.

Alang-alang nak kurus, biarlah kurus sihat dan berterusan. Tak naklah kurus tapi ada penyakit atau kurus sekejap dan ‘kembang’ semula, kan? Apapun tepuk dada tanyalah minda. Buatlah keputusan bijak dan terbaik untuk kesihatan anda.

Oh ye, kalau nak kurus tak cukup setakat buat Diet Intermittant Fasting je tau. Kena amalkan pemakanan yang sihat dan berkhasiat serta jangan lupa tambahkan rutin senaman k!

Nak tahu rahsia kuruskan badan yang sihat dan berkesan tanpa perlu terseksa berlapar? Jom baca sharing saya di dalam post ni Set Kurus Shaklee – Set Kurus Terbaik Untuk Pengamal IF.

Jemput baca lagi sharing kawan saya ni Apa Itu Intermittent Fasting Dan Cara Diet IF 

Intermittent Fasting Shaklee

 

#blogmegashaklee #shakleethrive2023 #shakleetriumph2023