Seminggu dua ni ramai ibubapa yang sibuk menguruskan pendaftaran atau kemasukan anak ke asrama. Selain anak yang alami masalah ‘homesick’, ramai ibu-ibu juga mengalami rasa sedih berpisah dengan anak.

 

Tips Atasi Rasa Sedih Berpisah Dengan Anak - Anak Masuk Asrama

Sambil peluk sambil bagi ‘list of pesanan’.hehe

 

Saya sendiri salah seorang daripadanya. Sedih dan kerap menangis je bila teringat kat anak. Alhamdulillah dah masuk minggu ke 2 ni emosi saya lebih stabil.

Saya merupakan ibu yang bekerja dari rumah. Setiap hari memang saya akan uruskan persekolahan anak-anak. Hantar dan jemput mereja ke sekolah. Memang sentiasa bersama je la kecuali bila mereka ke sekolah. So saya memang faham situasi ibu-ibu yang pertama kali terpaksa berpisah dengan anak yang masuk sekolah berasrama.

 

 

ANAK PERTAMA KALI MASUK ASRAMA? – TIPS ATASI RASA SEDIH BERPISAH DENGAN ANAK

 

1. Ingat balik kenapa anak masuk asrama. Anak nak belajar dan perpisahan hanya sementara je. Cuti nanti anak akan balik atau kita boleh melawat.

2. Rasa sedih yang keterlaluan tu hanyalah godaan syaitan. Terutama yang masuk sekolah agama atau tahfiz. Ulang-ulang ingatkan diri, syaitan saja kacau untuk halang anak kita daripada hafaz kitab Allah atau belajar agama Allah.

3. Sibukkan diri supaya tak sempat nak fikir perkara yang mendatangkan kesedihan akibat berpisah dengan anak yang masuk asrama.

4. Pesan kat anak untuk telefon setiap hari.

5. Boleh cadangkan kepada pihak sekolah untuk kemaskini aktiviti di FB Page rasmi sekolah(banyak sekolah yang amalkan).

7. Zikir dan Doa. Amalkan zikir ni sebanyak 40 kali setiap pagi:

“Allah Ya Waliy Ya Wakil Ya Baari’ Ya Hafiz Ya Muhaimin”

Kemudian baca doa ni:

“Ya Allah, aku serahkan anakku(sebutkan nama anak) kepadaMu yang Maha Mentadbir, Maha Mengurus, Maha Mengatur Agenda, Maha Menjaga dan Maha Memelihara. Sesungguhnya aku tidak berdaya menguruskan dan melindungi anakku.”

Insyaa Allah rasa sedih berpisah dengan anak masuk asrama tu akan berkurangan dan hati kita akan lebih tenang.

Dah baca sila la kongsikan supaya boleh membantu lebih ramai lagi ibu yang sedih terpaksa berpisah dengan anak yang pertama kali masuk asrama.