Orang kata rasa sakit bersalin ialah sakit yang paling menyakitkan di dunia. Siapa yang dah rasa tau la macam mana ‘penangannya’. Sebab tu la ramai yang buat pilihan untuk ambil Epidural atau ubat tahan sakit lain untuk kurangkan atau elakkan rasa sakit akibat ‘contraction’.

Saya pasti korang semua mesti tau tentang kesan sampingan ubat tahan sakit tu kepada kesihatan dan bayi. Tu yang ramai ibu mengandung tercari-cari cara untuk kurangkan rasa sakit bersalin dengan kaedah yang lebih selamat.

So kali ni saya nak sharekan cara yang boleh diamalkan untuk kurangkan sakit bersalin dan elakkan daripada terpaksa ambil Epidural.

Helpp macam nak tercabut rasanya pinggang ni 🙁

7 Tips Cara Kurangkan Sakit Bersalin

Ada beberapa tips yang boleh diamalkan untuk kurangkan sakit bersalin. Antaranya ialah:

1.Kekal Aktif

Penting untuk para ibu mengandung kekal aktif dan bersenam semasa proses kehamilan. Selain boleh meredakan stress dan meningkatkan tahap kesihatan, bersenam juga dikatakan dapat mengurangkan kesakitan semasa proses bersalin. Cuma sila pastikan aktiviti yang dilakukan sesuai untuk ibu mengandung dan yang paling penting selamat untuk bayi

2.Bernafas Dengan Betul

Pernafasan yang betul pun sangat penting untuk bantu kurangkan rasa sakit ketika bersalin. Sebaiknya belajar tentang pernafasan yang berkesan untuk kurangkan rasa sakit kontraksi. Sekarang dah senang nak belajar. Boleh join kelas pre-natal atau tengok video-video di youtube.

3.Mandi Air Suam

Mandi-air-suam-untuk-kurangkan-sakit-bersalin
Jangan terlalu panas ye. Nanti melecur pulak.hehe

Mandi air suam atau berendam dalam air suam boleh membantu meredakan sakit ketika proses bersalin. Lagi best sebab ia dikatakan boleh mempercepatkan proses kelahiran.

4. Tuaman Panas Atau Sejuk

Letakkan tuaman panas( hot pack / cold pack) di bahagian abdomen bawah perut, pinggang dan bahu. Insyaa Allah tuaman ni dapat bantu beri kelegaan sementara.

5.Banyakkan Berjalan

Berjalan sangat bagus untuk mempercepatkan proses kelahiran dan mengalihkan perhatian daripada fokus kepada sakit. Saya selalu amalkan berjalan sekerap mungkin terutama bila sakit kontraksi dah bermula.

6.Bertinggung Atau Mencangkung

Mencangkung-untuk-kurangkan-sakit-belakang
Contoh posisi mencangkung semasa kontraksi yang sangat bagus untuk percepatkan proses kelahiran

Ni antara tips yang saya belajar daripada dari kelas pre-natal. Caranya ialah bila datang rasa sakit kontraksi, mencangkung sambil berpaut pada kerusi atau apa-apa yang kukuh untuk dipegang. 

Pastikan anda biasakan diri lebih awal. Sebaiknya beberapa bulan sebelum dekat nak bersalin supaya tak terkejut sangat dan boleh balancekan diri. Oh ye, pilih tempat yang selamat k.

7. Urutan

Urutan juga boleh memberi kelegaan dan mengurangkan rasa sakit semasa proses bersalin. Minta pasangan atau orang yang temankan korang untuk urut dengan lembut di bahagian pinggang, kepala, bahu dan mana-mana yang korang rasa prefer.

8. Zikir Dan Doa

Doa-supaya-Mudah-Bersalin
Doa supaya mudah bersalin

Sebagai orang Islam, boleh amalkan zikir Rabbi yassir wala tu’assir wa tammim bil khair ربي يسر ولا تعسر ,ربي تمم بالخير dan doa Nabi Yunus 
La ilaha illa anta, Subhanaka, Inni kuntu minaz-zaliminArabic : لَّا إِلَهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ م. Selain itu, perbanyakkan dia supaya Allah permudahkan proses bersalin.



9. Kuasa Minda

Cara yang paling penting ialah fikirkan perkara-perkara yang positif. Contohnya bayangkan tentang suasana best selepas bayi lahir, perasaan dapat pegang dan susukan bayi. 

Macam pengalaman saya sendiri, saya bagitau diri saya dari awal kehamilan yang proses bersalin memang menyakitkan dan macam tu la mak saya lahirkan saya. Alhamdulillah bila sakit je saya bayangkan macam tu, so takde rasa nak amik Epidural. Sampaikan doktor dan nurse pulak yang pujuk banyak kali supaya amik Epidural.hehe

Semua tips ni perlu diamalkan selewat-lewatnya beberapa bulan sebelum proses kelahiran supaya takde la badan korang terkejut dan dalam masa tips ni boleh persiapkan diri supaya lebih bersedia.

Semoga tips ni membantu korang untuk kurangkan sakit bersalin k.

Share la entri ni supaya lebih ramai yang dapat manfaatnya 🙂