Mungkin ada yang tertanya-tanya, “macam mana nak tahu saya ada penyakit kencing manis ye? “. Memang la yang paling mudah, jumpa doktor tapi sebelum jumpa doktor pun korang dah boleh perhatikan sendiri samada korang dah ada tanda-tandanya atau tak.
Jom saya kongsikan tanda-tanda yang selalunya dihadapi oleh pesakit kencing manis.
9 Tanda-Tanda Penyakit Kencing Manis
1.Kerap Dahaga
Selalunya penghidap kencing manis memang akan rasa dahaga je. Sebab tu ada yang selalu bangun tengah malam semata-mata nak minum air je.
2.Asyik Lapar
Tak semua orang yang asyik lapar tu ada kencing manis. Cuma selalunya penghidap kencing manis ni memang akan rasa lapar je memanjang walaupun baru je lepas makan.
3. Mulut Kering
Rasa dah kerap minum tapi mulut dok kering je la pulak. Haa, tu antara tanda korang mungkin ada masalah kencing manis.
4.Kerap Buang Air Kecil
Asyik-asyik ke tandas. Sehari tak tau la berapa kali. Kalah orang mengandung dibuatnya. Hmm, better jumpa doktor sebab mungkin korang ada masalah kencing manis.
5.Turun Berat Badan
Makan kuat, kerap pulak tu. Tapi berat bukan setakat tak naik, malah turun dengan mendadak dan ketara pulak tu. Padahal takde pun diet ke apa. Pelikkan? Baik la jumpa doktor untuk dapatkan penjelasan.
6.Lemah / Lesu
Makan kuat, kerap pulak tu. Tapi berat bukan setakat tak naik, malah turun dengan mendadak dan ketara pulak tu. Padahal takde pun diet ke apa. Pelikkan? Baik la jumpa doktor untuk dapatkan penjelasan.
7.Penglihatan Kabur
Ramai penghidap kencing manis yang mengalami masalah penglihatan jadi kabur. So hati-hati kalau mata korang rasa kabur ye sebab itu adalah tanda saraf di bahagian mata dah mula rosak.
8.Luka Lambat Sembuh
Antara simptom lain masalah kencing manis ialah luka lambat sembuh. Walaupun kecil je tapi ambil masa yang sangat lama untuk bercantum balik.
9.Rasa Kebas
Ni pun antara tanda-tanda yang ramaiiii sangat penghidap kencing manis hadapi. Jaga-jaga ye sebab tu tanda saraf dah mula rosak. Kalau dah teruk, ia sangat berisiko untuk jadi ‘Ganggren‘
So, ini la simtom atau tanda-tanda yang perlu korang perhatikan. Silakan share dengan kawan-kawan yang lain k 🙂