Sejak kebelakangan ni makin ramai penghidap kencing manis yang dilanda kerisauan. Semuanya disebabkan oleh statistik mangsa Covid-19 yang majoritinya mempunyai sejarah penyakit kencing manis atau diabetis. Lagi kesian bila ada sebahagian besar yang hidup dalam ketakutan sampai tak boleh tidur malam kerana risau memikirkan nasib mereka.
Sejajar dengan Perintah Larangan Pergerakan, semua rakyat Malaysia disarankan untuk duduk di rumah dan hanya keluar jika perlu. Hanya mereka yang berkerja di sektor-sektor penting dan asas dan wakil keluarga sahaja yang dibenarkan keluar.
Untuk mengurangkan keresahan dikalangan penghidap kencing manis, saya kongsikan tips penjagaan kesihatan yang boleh diamalkan untuk mengelakkan daripada dijangkiti virus Covid-19.
9 Cara Elak Dijangkiti Virus Covid-19 Bagi Penghidap Kencing Manis
1. Basuh tangan dengan kerap terutama selepas menyentuh sesuatu yang berkemungkinan telah disentuh oleh orang lain. Basuh tangan dengan bersih menggunakan sabun selama 20 saat. Pastikan tangan dicuci secara menyeluruh terutama di bahagian celah-celah jari.
2. Pakai mask & glove jika perlu keluar membeli barang keperluan. Pastikan mask atau topeng muka tersebut mempunyai 3 lapisan yang boleh menghalang kemasukan partikel virus Covid daripada memasuki hidung dan mulut. Walaupun ada sebahagian pendapat yang menyarankan pemakaian mask hanya untuk yang tidak sihat tapi bagi saya adalah lebih baik untuk kita memakainya setiap kali keluar rumah. Ini kerana kita tidak tahu siapa yang mungkin positif Covid ataupun mungkin ‘pembawa’ virus tersebut.
3. Jaga jarak sekurang-kurangnya 1 meter dengan orang lain. Virus Covid boleh berjangkit jika individu yang positif Covid batuk atau bersin dihadapan orang lain. Oleh itu, pastikan anda jarakkan diri daripada orang lain sekurang-kurangnya 1 meter. Virus Covid-19 juga dikatakan tidak merebak melalui udara kerana partikel virus tersebut berat. Tetapi ada sebahagian doktor mengatakan ia boleh hidup di udara selama 3 jam. Oleh sebab itu disarankan untuk sentiasa pakai mask apabila perlu keluar ke mana-mana.
4. Elakkan menyentuh permukaan yang mungkin telah disentuh oleh orang lain, contoh tombol pintu, escalator, troli, ATM dan lain-lain. Sebaliknya tolak guna siku/badan, guna tisu ataupun spray dulu dengan spray pembunuh kuman yang mengandungi alkohol(jika perlu).
5. Mandi dengan bersih menggunakan sabun selepas balik dari keluar. Jangan pegang ahli keluarga anda selagi anda belum mandi dan cucu tangan dengan bersih. Terus masukkan baju yang dipakai ke dalam mesin basuh dan cuci bersih dengan sabun pencuci.
6. Sanitize atau basuh barang yang telah dibeli menggunakan sabun atau penyah-infektan contoh dettol spray, Basic-H(bebas bahan kimia) dan lain-lain. Buang semua plastik beg yang anda bawa pulang.
7. Makan secara sihat. Jauhi makanan frozen dan makanan segera. Jika tiada pilihan, makan tapi berpada.
8. Elakkan pengambilan makanan atau minuman bergula kerana gula akan melemahkan sistem pertahanan badan. Penghidap kning manis telah sedia mengalami masalah gula tinggi dalam darah. Oleh itu pengambilan makanan atau minuman bergula akan memburukkan lagi masalah kencing manis dan mengganggu siste imun anda.
9. Tambahkan pengambilan supplements penting seperti vitamin C, B, D, A, E, Asid Lemak Omega 3 dan supplements yang tinggi antioksida. Semua vitamin ni sangat bagus untuk bantu kuatkan sistem pertahanan badan dan elak sel-sel badan menjadi radang – punca pelbagai masalah kesihatan termasuklah masalah pernafasan.
Sekian dulu sharing saya kali ni. Sama-samalah kita duduk rumah, jaga kesihatan, kuatkan sistem imun dan doa supaya Allah lindungi kita semua serta angkat wabak Covid-19 ni daripada bumi Malaysia khususnya. Amiiin
Jika anda perlukan supplements untuk kuatkan sistem imun dan yang boleh bantu turunkan bacan gula, boleh hubungi hotline kami di 012-346 1698 atau klik je link ni >> Saya Nak Kuatkan Imun Untuk Penghidap Kencing Manis <<