Teringat dulu pengalaman masa mengandung anak sulung iaitu hampir 12 tahun yang lalu. Masa tu agak keliru nak pilih hospital untuk bersalin. Eh, sebenarnya bukan setakat untuk bersalin je tau. Kiranya termasuk la untuk check-up masa mengandung sekali.

Alhamdulillah saya dah ada beberapa pengalaman check-up dan bersalin di beberapa hospital. Banyak pro dan cons’ yang saya nampak’ dan ambil kira bila buat pemilihan hospital bersalin. So jom saya kongsikan tips yyang korang boleh gunakan juga.

7 Tips Pilih Hospital Bersalin Yang Best Dan Berbaloi

1.Pilih Doktor Pakar Perbidanan

Saya pernah check-up di salah sebuah hospital yang agak terkenal tapi nasib tak berapa baik. Doktor yang saya dapat tu jenis tak berapa ramah. Apa yang saya tanya semua dia kata “Itu Normal” dan itu sahaja. Takde penerangan lanjut ke apa-apa. 

Tunggu giliran sikit punya lama, sekali masuk sekejap je. Stress dibuatnya. So lepas tu memang saya tukar hospital.hehe. Sebab tu sebelum pilih doctor atau hospital tu, usahakan selidik sikit doktor yang korang bakal jumpa tu.

Selain tu, kalau korang prefer doctor perempuan atau lelaki pun kena check betul-betul dengan hospital ye. Saya dulu memang decide nak doktor perempuan yang sambut saya masa bersalin dan kebetulan saya boleh memilih. So memang saya pilih.

Saya pastikan juga doctor yang bakal ganti(kalau doctor pilihan saya tu cuti), pun perempuan juga. apapun kita hanya merancang.
Kalau takdir Allah sebaliknya memang tak boleh buat apa-apa la. Walaupun bukan 100% pasti dapat, tapi sekurang-kurangnya saya dah usaha yang terbaik. 

2.Kemudahan Hospital

Kelengkapan-hospital-tips pilih-hospital-bersalin
Kalau ada tv sekali lagi bagus. Baru la suami tak bosan tunggu lama sangat.hehe

Pilih hospital yang lengkap kemudahan yang diperlukan untuk sebelum, semasa dan selepas bersalin. Macam saya, saya memang survey labour room, wad dan bilik bayi. Bila tengok dah ok baru boleh dipertimbangkan.

Lagi 1 pastikan hospital tu lengkap dengan peralatan untuk bersalin bagi kes-kes kecemasan. Ia sangat penting kerana melibatkan nyawa korang dan bayi.

3. Jarak Hospital

Ni pun antara faktor yang sangat penting dalam pemilihan hospital bersalin. Pastikan hospital pilihan korang tu dekat dengan rumah atau tempat kerja(bagi yang bekerja).

Macam mana bagus pun hospital yang best tapi lokasinya sangat jauh, fikirkan semula. Sebab takut nanti korang terbersalin kat tepi jalan pulak nanti.hehe

4.Servis / Layanan

Layanan-hospital-bersalin
Pilih la hospital yang mesra pesakit ye 🙂

Bagi yang berkemampuan, korang boleh pilih hospital yang menawarkan servis yang lebih baik. Ada sebahagian yang rasa ianya hanya remeh tapi bagi saya bab ni sangat penting. Ramai kawan dan ahli keluarga saya yang mengeluh kerana layanan teruk semasa di hospital.

Saya memang utamakan tentang servis sebab saya nak rasa tenang dan selesa sepanjang di hospital tak kira la sebelum bersalin, semasa proses bersalin dan selepas melahirkan bayi.

5. Suami Boleh Teman Atau Tidak

Ni memang kena check sebab tak semua hospital bersalin benarkan suami masuk ke ‘labour room’. So pastikan korang check dulu sebelum buat keputusan tentang hospital. 

Oh ye, sekarang ni kebanyakan hospital kerajaan pun dah benarkan suami masuk temankan isteri di ‘labour room’ tauu.

6. Bajet

Dalam banyak-banyak tips kat atas, semuanya adalah bergantung kepada bajet korang. So, tepuk dada, tanya poket dulu sebelum buat keputusan ye.

Bajet sangat penting sebab mungkin korang terpaksa bersalin secara pembedahan di saat-saat akhir. Bagi yang tak tahu, kos bersalin pembedahan memang sangat mahal. Lebih kurang RM8000 ke RM20000 bergantung kepada hospital dan kaedah bersalin korang tu.

Saya pernah terbaca pengalaman seorang kawan di FB, asalnya doctor beritahu boleh bersalin normal. Tapi dia ada masalah nak meneran. So doctor cuba kaedah lain(saya tak ingat Forcep atau Vaccum) tapi tak berjaya. 

Akhirnya kena buat pembedahan kecemasan sebab jantung bayi dah lemah sangat. So korang kena ambil kira risiko-risiko macam ni tau.

7.Hospital Mesra Bayi

Bagi yang merancang nak menyusukan bayi dengan susu ibu secara exclusive, sila check dulu samada polisi hospital itu ‘Baby Friendly’/ Mesra Susu Ibu atau tak. 

Kalau hospital tu tak menyokong penyusuan susu ibu, berkemungkinan besar bayi korang akan diberi susu formula selepas bersalin atau semasa dalam jagaan nursery. So sila masukkan dalam checklist korang masa nak pilih hospital bersalin ye 🙂

Sebenarnya banyak lagi perkara lain yang perlu dipertimbangkan masa memilih hospital bersalin tapi yang 7 ni yang paling utama.

Mungkin ada yang rasa leceh atau malas nak survey-survey hospital ni tapi percayalah impaknya sangat besar di saat korang memerlukannya nanti.

Sekian sharing dari saya. Semoga bermanfaat dan semoga dipermudahkan segala urusan korang untuk melahirkan zuriat tercinta.amiin