7 Tips Penting Bawa Anak Bercuti Ke Legoland, Johor Bahru

Mummy, nak pergi Legoland! Kawan-kawan kakak cakap Legoland bestttt.
 
7 Tips Penting Bawa Anak Bercuti Ke Legoland, Johor Bahru

7 Tips Penting Bawa Anak Bercuti Ke Legoland, Johor Bahru

 
Bila jadi mak-mak ni seboleh mungkin mesti la nak bagi anak happy kan? Kalau boleh nak tunaikan semua permintaan diorang kan? Tapi yang baik-baik dan ikut kemampuan je la. hee~
 
  

Sama la dengan saya. Bila dengar anak-anak dok ulang-ulang cakap ajak bercuti ke Legoland, saya pun mulakan plan trip legoland kami sekeluarga.

 

Syukur memang dah ada buat tabung travel dengan bonus shaklee yang saya dapat tiap bulan daripada bisnes shaklee.

 

Saya tanya kawan-kawan yang dah pernah bercuti ke Legoland dengan anak kecil.

 

Baca sharing kawan-kawan kat FB pasal pengalaman diorang bercuti ke Legoland dengan anak-anak.

 

Baca perkongsian tentang pengalaman orang lain bercuti ke Legoland dengan anak kecil di blog-blog dan macam-macam sumber lain yang ada.

 

Akhirnya pada 15 – 17 September 2017 kami sekeluarga pun pergi bercuti ke Legoland dengan anak 3 orang ni.

 

Yang sulung umur 10 tahun, nombor 2 umur 6 tahun dan yang bongsu 3 tahun.

 

Bila bawak anak kecil bercuti ni kena buat persiapan yang secukupnya supaya nanti tak kelam-kabut dengan perkara-perkara di luar jangkaan.

 

So, jom saya kongsikan tips bercuti ke Legoland yang kami dah pun apply dan Alhamdulillah anak-anak happy dengan trip Legoland kami tu.

 

 

7 Tips Penting Bawa Anak Bercuti Ke Legoland, Johor Bahru

 

1. Tiket

Usahakan tempah tiket masuk ke Legoland seawal yang boleh untuk dapatkan harga yang paling murah dan berbaloi.
 

Boleh tengok harga tiket di www.legoland.com.my

 

Saya cadangkan tempah tiket dan selesaikan bayaran secara online. Jangan jadi macam kami hari tu.

 

Tunggu lama kat kaunter tiket sebab pengesahan tempahan tiket kami tu tak sama dengan sistem mereka.

 

Sejam jugak la menunggu tengah panas dan terpaksa berdiri sebab takde kerusi untuk duduk ataupun tempat menunggu.

 

Oh ye, tiket kami sekeluarga untuk Theme Park dan Waterpark(2 dewasa dan 3 kanak-kanak RM1,041).

 

Kami ambil pakej 1 hari Theme Park dan 1 hari Waterpark sebab tak nak terkejar-kejar.

 

7 Tips Penting Bawa Anak Bercuti Ke Legoland, Johor Bahru - Anak Berehat Lepas Penat Mandi Di Legoland

7 Tips Penting Bawa Anak Bercuti Ke Legoland, Johor Bahru – Aira tidur sebab penat sangat lepas mandi 

 

Rasa memang lega sangat sebab ambil macam tu sebab boleh relax dan layan anak tidur siang dulu lepas penat bermain.

 

Bab ni sangat penting sebab kalau kurang rehat nanti diorang ‘buat perangai’. Lagi stress dibuatnya.

 

2. Penginapan

Tempah hotel/apartment/homestay untuk penginapan anda sekeluarga.

 

Tempahan ni pun sebaiknya buat cepat terutama kalau anda dan keluarga rancang nak bercuti ke legoland masa cuti sekolah atau cuti umum.

 

Pilihan hotel atau penginapan pulak bergantung kepada bajet masing-masing.

 

Kalau rasa nak duduk kat Hotel Legoland boleh la tengok harga dan buat tempahan kat website Legoland www.legoland.com.my.

 

Anggaran 1 malam dalam RM600-RM1000.

 

Macam saya dan keluarga, kami pilih duduk apartment Afinity Residences, betul-betul depan Legoland je.

 

7 Tips Penting Bawa Anak Bercuti Ke Legoland, Johor Bahru

7 Tips Penting Bawa Anak Bercuti Ke Legoland, Johor Bahru – Katil Queen dan tilam untuk anak tidur

7 Tips Penting Bawa Anak Bercuti Ke Legoland, Johor Bahru - Sofa Bed tempat anak-anak tidur - Afinity Residences

7 Tips Penting Bawa Anak Bercuti Ke Legoland, Johor Bahru – Ada Sofa bed, Lego dan PS4 sekali tau.

 

Harga untuk 3 hari 2 malam RM560 je.

 

Masa kami pergi tu cuti hari Malaysia tapi Alhamdulillah orang tak ramai sebab bulan September 2017 cuti umum setiap minggu.

 

3. Parking

Ada kawan yang bagi tips untuk parking kereta di Medini Mall bagi yang duduk di luar(selain Hotel Legoland).

 

Kalau nak parking di tempat parking yang pihak Legoland sediakan kena bersedia untuk jalan jauh la.

 

7 Tips Penting Bawa Anak Bercuti Ke Legoland, Johor Bahru - Parking Di Legoland

7 Tips Penting Bawa Anak Bercuti Ke Legoland, Johor Bahru – Parking Di Legoland

Cuma untuk makluman parking di Medini Mall caj ikut jam. So, agak mahal jugak la.hihi

 

Alternatif lain, boleh parking di luar di tepi-tepi jalan depan Medini Mall. Kami tengok ramai yang parking kat tepi jalan je.

 

Alhamdulillah apartment kami tinggal tu betul-betul depan Medini Mall dan Legoland. Boleh jalan kaki je.

 

Kalau nak tahu ada jalan pintas untuk ke Legoland tau. Masuk je Medini Mall tu. Nanti boleh sampai ke pintu masuk Legoland.

 

Patut la ramai yang parking kereta kat tepi jalan depan apartment kami duduk tu.

 

4. Makan

Macam biasa kalau makan kat dalam taman tema memang agak mahal tapi sebab dah sediakan bajet percutian ke Legoland takde la terkejut atau pun semput-semput nak bayar.hehe

 

Sekali makan dalam RM100 jugak la. So sediakan bajet secukupnya k.

 

7 Tips Penting Bawa Anak Bercuti Ke Legoland, Johor Bahru - Makan Di Legoland

7 Tips Penting Bawa Anak Bercuti Ke Legoland, Johor Bahru – Makan Di Legoland

Kalau makan kat luar(pagi sebelum masuk ke Legoland dan malam) pulak boleh cari makanan di medan selera Anjung Nusajaya.

 

Yang nak makan seafood dan suka jalan-jalan cari makan boleh cari Restoran Terapung Pendas Di Gelang Patah.

 

Cuma jalan nak ke sana agak mengelirukan. Kami sesat 3 kali sebab ikut Google Maps dan Waze.

 

Rupanya ada jalan pintas ke sana yang dah tutup.

 

Alhamdulillah cubaan kali ke 4 berjaya. Itupun lepas tanya orang.hehe

 

Harga makanan kat restoran tu boleh tahan jugak la. Kami berlima beranak dalam RM100+ jugak la.

 

Tapi rasanya lagi sedap seafood kat Bagan Lalang yang kami pergi selalu tu.hihi

 

5. Baju hujan/Ponco & payung

Benda ni memang penting sebab cuaca susah nak dijangka.

 

Kebetulan masa kami sampai tu hujan lebat-selebatnya. Terpaksa la berteduh kat kedai jual merchandise dulu.

 

Sangat mencabar sebab budak-budak tengah excited nak explore.

 

Cabaran lain bila terpaksa tunggu depan kedai jual mainan dengan anak-anak. Kalau tak kuat iman memang nipis la poket dibuatnya.hahaha

 

Bila hujan reda sikit je kami terus jalan cepat-cepat dan cari kedai yang jual baju hujan untuk anak-anak.

 

Syukur hujan tak lama sangat. So dapat la anak-anak main semua permainan yang ada.

 

6. Umur dan ketinggian

Bab ni kami agak kecewa sikit sebab banyak sangat permainan yang dikhaskan untuk budak umur 4 tahun ke atas.

 

Saya banyak duduk luar temankan Aira je sebab Aira baru 3 tahun.

 
7 Tips Penting Bawa Anak Bercuti Ke Legoland, Johor Bahru - Makan Di Legoland - Anak Mengamuk Tak Boleh Main Di Legoland

7 Tips Penting Bawa Anak Bercuti Ke Legoland, Johor Bahru – Makan Di Legoland – Anak Mengamuk Tak Boleh Main Di Legoland

 

Lagi 1 syarat yang ditetapkan, tinggi mesti 110cm ke atas.

 

So, rasa ralat sangat sebab harga tiket masuk sama je untuk budak 3 tahun dan ke atas.

 

Agak stress sebab Aira mengamuk nak ikut kakak, abang dan ayah dia main. Apa boleh buat, tengok je la.

 

7. Rancang perjalanan

Ada kawan cadangkan untuk bertolak awal pagi supaya boleh sampai di Legoland dalam pukul 9-10 pagi.

Alhamdulillah memang sangat membantu.

Sampai je di area Medini kami terus sarapan di Anjung dan sampai ke kaunter tiket dalam pukul 10 pagi.

 

Saranan kami untuk yang jauh(kami dari KL) elok masuk ke Water Park dulu.

 

Water Park tu best cuma tak sebanyak permainan air di Sunway Lagoon. So, Insyaa Allah setengah hari dah boleh cover dan puas mandi.

 

So, boleh la rehat awal re-charge balik energi untuk esok.

 

Hari ke 2 baru masuk Theme Park. Theme Park memang best sebab banyak permainan untuk di explore.

 

Memang sesuai la masuk pagi dan balik bila Legoland nak tutup(tutup pukul 7).

 

Oh ye, walaupun kebanyakan permainan di taman tema jenis kering tapi sebaiknya bawak baju hujan(ponco) sebab ada 1 permainan roller-coaster ala-ala kayu balak yang memang basah la kalau naik.

 

Tu je la tips bawak anak bercuti ke legoland yang saya boleh kongsikan. Semoga bermanfaat ye.

 

Jangan lupa SHARE artikel ni supaya ramai lagi kawan-kawan yang nak bawak anak bercuti ke Legoland boleh baca.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *