Hampir setiap hari talian hotline kami terima panggilan atau whatsapp daripada penghidap gastrik. Rata-rata stress sebab dah tak tahan sakit atau tak selesa akibat serangan gastrik.

 

 

“Saya dah makan ubat tapi gastrik masih menyerang”

“Saya dah makan tapi kena gastrik jugak”

“Walaupun dah tak makan pedas-pedas tapi perut saya sakit jugak”

“Puas dah saya berubat merata dan makan macam-macam ubat tapi gastrik tak baik-baik jugak”

 

Kesian pun ada bila dengar atau baca masalah mereka. Ye la saya sendiri pun pernah melalui situasi macam tu jugak. Boleh baca pengalaman saya pulih dari gastrik di link yang saya kongsikan di hujung entri ini. 

 

Dalam entri ni saya nak sharekan antara habit yang menyebabkan masalah gastrik jadi semakin teruk.

 

 

7 Kesilapan Punca Gastrik Jadi Lebih Teruk

 

Berdasarkan soal selidik kepada individu yang menghubungi kami, saya dapati rata-rata memang melakukan 7 kesilapan ni.

 

1.Tak jaga makan

Ini la antara punca utama masalah gastrik terjadi dan makin bertambah teruk. Majoriti penghidap gastrik selalu skip makan kononnya sibuk sangat, nak keluar beli makanan pun malas, nak masak susah atau tak sempat dan macam-macam alasan lagi.  

 

2. Waktu makan tak menentu

Jarak diantara waktu makan jauh dan tak menentu juga boleh memburukkan lagi masalah gastrik. Ramai yang sarapan pukul 10 atau 11 pagi, ‘brunch’ – Breakfast + Lunch. Lepas tu tak tau la pukul berapa pulak baru perut jumpa makanan. kesian perut tu kan?

 

3. Makan makanan yang boleh memburukkan lagi masalah gastrik

Antara makanan yang perlu dielakkan oleh penghidap gastrik ialah makanan pedas, berempah, masam, berminyak atau berlemak. Makanan-makanan ni perlu dielakkan terutamanya masa gastrik sedang menyerang.

 

4. Makan terlalu sedikit atau makanan yang tidak mengenyangkan

Contoh makan jajan, bubur, biskut atau roti je disetiap waktu makan utama. Jajan tidak mengandungi nutrisi dan tidak mengenyangkan. Bubur pula terlalu cepat dihadam. Maka perut akan lapar atau pedih lebih cepat.

 

5. Minum minuman yang berkafein atau bergas

Perut orang yang ada gastrik sangat sensitif sebab lapisan perlindungan semulajadi dah rosak. Sebab tu pengambilan minuman berkafein dan bergas yang sedikit pun boleh menyebabkan gastrik jadi sangat teruk.

 

6. Hanya makan bila dah rasa lapar sangat

Penghidap gastrik memang selalunya ada masalah selera makan. Ini kerana perut mereka dah dipenuhi angin. Jika anda teruskan habit makan hanya bila dah terlalu lapar ia akan memburukkan masalah gastrik anda.

 

7. Makan makanan yang boleh menyebabkan perut berangin

Contoh makanan ialah nangka, laksa dan lain-lain. Bagi sesetengah orang laksa atau nangka boleh menyebabkan perut berangin. Walaubagaimanapun, makanan yang boleh menyebabkan perut berangin mungkin berbeza bagi setiap orang. Oleh itu, anda boleh try & error dan perhatikan makanan yang boleh trigger masalah angin atau gastrik anda.

 

Ok semoga perkongsian ni dapat membantu anda elakkan 7 kesilapan ni ye

 

Kalau nak baca tentang  pengalaman saya bebas gastrik, boleh baca kat sini >> Cara Atasi Gastrik – Pengalaman Saya Sendiri Pulih Dari Gastrik <<.