Nak cari tips uruskan masa bagi wanita yang sibuk?

 

 

Jadi wanita memang sibuk. Tak kira la samada bekerjaya, surirumah mahupun berbisnes. Tapi ia bukanlah alasan untuk tak boleh uruskan keluarga, kerjaya, bisnes mahupun aktiviti harian dengan baik.

 

 

Sebab yang paling penting ialah kena tahu cara uruskan masa dengan betul. Kalau tak memang ke laut dalam la semuanya.

 

Ada yang kata wanita bekerjaya yang bergelar ibu lagi sibuk daripada surirumah.

 

Ada pulak yang kata surirumah paling sibuk sebab seharian uruskan anak-anak.

 

Yang buat bisnes pulak kata, orang bisnes yang paling sibuk.

 

Tapi bagi saya yang dah pernah bekerja(selama hampir 12 tahun), yang dah pun bergelar surirumah sepenuh masa dan dalam masa yang sama menjalankan bisnes online dari rumah sejak 7 tahun yang lalu, ketiga-tiganya memang ada cabaran masing-masing yang berbeza.

 

Cuma rahsianya tetap sama, uruskan masa dengan betul.

 

Jom saya kongsikan rahsia uruskan masa untuk pastikan semuanya berjalan lancar walaupun korang sibuk yakmattt.

 

6 Tips Uruskan Masa Bagi Wanita Yang Sibuk

1. Buat To-Do-List
Senaraikan semua tugasan yang perlu diselesaikan. Bagi keutamaan kepada tugas-tugas penting.

Sebaiknya siapkan To-Do-List ni malam sebelum tidur.

 

2. Buat Jadual
Tak semestinya jadual lengkap macam jadual kelas kat sekolah dulu tu. Tapi atleast ada time frame untuk sesuatu tugasan.

Contoh, pukul 6.00 pagi – 7.00 mandi, solat subuh dan sediakan breakfast etc.

Especially surirumah, sebab bila jadi surirumah kalau tak uruskan masa dengan betul memang masa akan habis macam tu je.

Tau-tau je dah habis masa sehari.

 

3. Jangan Bertangguh

Rugi kalau dah buat tips 1 dan 2 tapi tak berdisiplin dan suka bertangguh.

So ikut jadual dan siapkan senarai yang korang dah buat dengan penuh komited.

 

4. Apply tips yang menjimatkan masa

Antara tipsnya ialah, sediakan bahan memasak untuk seminggu, blender siap-siap apa yang patut, gantung baju supaya boleh jimat masa tak perlu melipat dan pelbagai lagi.

Insyaa Allah saya akan sharekan tips menjimatkan masa ni lebih details dalam entry lain.

 

5. Kurangkan Aktiviti Yang Tak Berfaedah

Contohnya, tengok tv, ‘membawang'(bergosip etc), asyik tidur je dan lain-lain.

Semak balik aktiviti harian korang tu. Kalau ianya tak mendatangkan manfaat, kurangkan la aktiviti tu.

Kalau untuk orang bisnes macam saya, memang tak tengok tv sebab saya rasa membazir masa. Banyak lagi kerja-kerja yang saya boleh buat dengan masa.

 

6. Minta Extra Time

Tisp ni yang paling saya suka sebab semua orang memang boleh buat.

Cara nak dapatkan Extra Time ialah dengan ‘solat awal waktu’.

Dulu masa mentor saya ajar, memang saya rasa macam tak percaya sebab setiao orang dapat 24jam sehari.

Tapi Alhamdulillah lepas dah amalkan tips ni memang macam magik. Masa ada banyak dan banyak kerja yang boleh disiapkan berbanding dengan masa tak solat awal waktu sebelum-sebelum tu.

 

Cubalah 6 Tips Uruskan Masa ni. Insyaa Allah korang akan rasai perbezaannya.

 

Sila la SHARE kan entri ni supaya ia dapat membantu kawan-kawan lain jugak k!