Memilih taska anak memang sangat penting. Tambah-tambah pulak sekarang ni banyak sangat kes anak jatuh, anak kena dera dan paling menakutkan ialah anak meninggal di taska. Nauzubillahhiminzalik.

So kali ni saya nak sharekan tips yang saya amalkan bila pilih taska anak.

6 Tips Pilih Taska Anak Yang Selamat

1.Berdaftar Dengan JKM

Ni antara faktor penting yang perlu dipertimbangkan bila pilih taska. Pastikan taska tersebut ada sijil berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

2.Bersih

ciri-ciri-taska-yang-berkualiti
Bersih, kemas, susun atur yang selamat sangat penting dinilai sebelum buat pilihan taska.

Saya dan suami memang akan survey taska yang bersih je. Kalau kotor tu memang dari awal la kena reject. Hehe

3.Bebas Asap Rokok

Asap rokok sangat bahaya untuk kesihatan. Lagi bahaya untuk bayi dan kanak-kanak. Saya dan suami memang tetapkan taska yang bakal dipilih bebas dari asap rokok. Maksudnya takde orang yang merokok kat taska tu 🙂

4.Anak Asuhan Tak Terlalu Ramai

Kalau ramai sangat takut nanti anak-anak tak terjaga. Lagi tinggi la risiko kecuaian dan kecederaan. Sebab tu saya akan pastikan jumlah bayi dan kanak-kanak di taska tu tak terlalu ramai.

5.Mesra Susu Ibu

Tips-pilih-taska-mesra-susu-ibu
Pastikan pengasuh di taska tahu cara mengendalikan susu perahan

Saya memang susukan 3 orang anak saya secara eksklusif selama 6 bulan dan diteruskan sampai 2 tahun. So memang saya cari taska yang tahu cara untuk kendalikan bayi yang menyusu susu ibu.

6.Bajet Berpatutan

Kalau mahal sangat takut tak mampu pulak kan? Tak pasal-pasal nak kena ikat perut. So pastikan yuran taska tu berpatutan dan mampu bayar ye 😉

Ini la 6 tips pilih taska yang saya dan suami amalkan tiap kali pilih taska. So far setakat ni dah lebih 5 taska rasanya(sebab kitorang pindah rumah beberapa kali. Hehe)

Kalau rasa tips ni bermanfaat, share la dengan kawan-kawan lain sekali k 🙂