Dah hampir seminggu berpuasa. Ramai para ibu yang mula pening kepala nak cari menu sahur sihat untuk keluarga tersayang. Macam mana saya faham? Saya pun ibu yang selalu ada isu sama macam korang. Hehe
Almaklumlah dah hari-hari masak. Sahur, berbuka dan moreh. Tu belum lagi masuk menu pencuci mulut. Kalau nak disenaraikan memang panjanglah menu yang kita dah masak sepanjang berpuasa ni.
Alhamdulillah dari kecik saya dan adik-beradik memang dah dididik untuk bangun sahur. Mak ayah saya akan kejutkan sampai bangun dan makan jugak sikit walau macam mana mengantuk sekalipun. Amalan yang sama jugak yang saya dan suami ajarkan kepada anak-anak kami yang berempat tu.
Antara hadis yang menggalakkan bersahur ialah:
Daripada Anas bin Malik RA, beliau berkata, Nabi SAW telah bersabda:
تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السُّحُورِ بَرَكَةً
Maksudnya: “Bersahurlah kamu semua, sesungguhnya pada sahur itu terdapat keberkatan.”
Riwayat al-Bukhari (1923), dan Muslim (1095)
Pengalaman Berpuasa Sebagai Anak Peniaga Makanan
Mak saya memang pandai memasak dan boleh dikategorikan rajin memasak. Ehh ni bukan masuk bakul angkat sendiri tau. Memang ramai pelanggan, jiran dan sedara-mara yang puji masakan mak saya sedap. Kalau tak sedap, takkanlah mak ayah saya boleh bertahan berniaga nasi campur berpuluh tahun lamanya. Ok done puji mak sendiri.hehe
Selain dari memasak untuk berniaga, mak saya memang akan memasak setiap hari di rumah termasuklah hari cuti berniaga. Walaupun kitorang bukanlah dari keluarga yang senang tapi bab makanan boleh dikatakan agak mewah. Ye la mak ayah saya beli lauk-pauk secara borong di pasar borong. So dapatlah harga yang agak murah sikit.
Tiap kali bersahur Mak saya akan pastikan kitorang makan makanan yang panas-panas dan mengenyangkan. Menu sahur kitorang adik-beradik dulu wajib ada ayam. Mak cerita “Kalau takde ayam korang tak selera nak makan sahur”. Haha. dan itulah reality yang tetap sama sampai sekarang terutama kepada adik-adik saya.
Alhamdulillah saya pulak dah semakin suka makan ikan. Cuma kena jugaklah selang-selikan dengan ayam sebab anak-anak dan suami saya lebih suka ayam. Yang pasti menu sahur kitorang setiap hari wajib ada karbohidrat, protein, sayur dan kurma.
Cabaran Berpuasa Masa Kecik Dan Bila Dah Dewasa
Kisah cabaran berpuasa masa kecik dan masa dah ada anak pertaman dan kedua memang saya selalu ulang-ulang cerita kat anak-anak. Saya nak diorang faham yang mak diorang pun pernah lalui apa yang diorang lalui sekarang. Antara cabaran berpuasa yang saya alami dulu:
Cepat Lapar Dan Pedih Ulu Hati
Saya memang sejenis kerap makan dari kecik. Makan sikit tapi berulang. So bila puasa, pagi-pagi lagi dah rasa lapar. Kadang belum pukul pagi perut dah bernyanyi-nyanyi.
Ada satu insiden masa bekerja dulu yang saya masih ingat sampai sekarang. Pagi tu masa dalam lif nak naik ke pejabat saya di tingkat tujuh tiba-tiba je perut saya berbunyi dengan sangat kuat. Punyalah kuat sampai ada salah seorang bos besar berpusing ke belakang dan pandang saya. Masa tu memang tak tau nak letak muka kat mana dah. Dah la lif penuh dengan staf. Memalukan sungguhhh.
Oh ye, saya ni ada masalah gastrik sejak zaman sekolah menengah sampai masa mengandung anak ke 2. So bila puasa tu memang lagi teruk la gastrik menyerang
Cepat Mengantuk
Pantang rehat tengah hari je mesti saya akan tidur. Masa kat sekolah dulu macam tu.dah kerja pun sama. Lagi haru masa tengah belajar atau tengah bekerja pun boleh tersengguk-sengguk.
Lesu
Dulu saya hairan. Macam mana ustaz-ustazah kata waktu puasa sepatutnya bulan yang paling produktif untuk orang Islam. Takde alasan puasa nak bermalas-malasan sebab zaman Rasulullah dulu Rasulullah dan sahabat berperang dalam bulan puasa.
Masalahnya bila puasa saya jadi letih lesu je. Lagi letih dan mencabar sebab saya dan adik-beradik kena tolong mak ayah berniaga makanan di bulan puasa. Dah la panas, kena hadap dugaan bau makanan yang menyelerakan pulak tu.huhu
Bila mengandung dan menyusu anak pertama dan ke 2 pun saya rasa letih dan lesu sangat-sangat.
Dahaga Sangat-sangat
Walaupun dah banyak minum air masa sahur dan berbuka tapi setiap hari saya tetap rasa dahaga sangat-sangat. Sampai pernahlah masa kecik-kecik dulu saya curi-curi minum air sebab dah terlalu dahaga. adehh
Bila dah ada anak dan menyusukan bayi pulak lagi la berganda-ganda tahap dahaga tu. Paling dahaga masa lepas menyusu atau mengepam. Tak tau la macam mana nak terangkan rasanya macam mana. Ibu-ibu menyusu mesti boleh faham rasanya.
Makan Berlebihan Masa Berbuka Sampai Moreh
Penat puasa tahan nafsu lapar seharian. So bila buka memang saya melantak cukup-cukup. Tak cukup masa berbuka, sambung lagi sampai moreh pulak. Makanan pulak yang manis-manis.Bila dah kenyang je mesti nak tidur.
Bila dah ada anak dan menyusu lagi la melepek dibuatnya. Sampai tarawih pun banyak yang ‘skip’ dari buat.isk isk
Selain tu, sebenarnya dulu saya cukup takut nak masuk bulan Ramadan sebab selalunya berat saya akan turun mendadak sampai ‘underweight’.
Tapi segala-galanya berubah lepas saya berpantang anak ke 2. Masa tu barulah saya tahu rupanya ada ‘rahsia’ kekal cerga bertenaga masa berpuasa sampai la tarawih.
5 Tips Pilih Menu Sahur Sihat – Rahsia Cergas Berpuasa Sepanjang Hari
Bila dah dewasa barulah saya tau rupanya makan sahur la yang membezakan puasa kita orang Islam dengan orang bukan Islam.
Daripada Amr bin al-‘As RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
فَصْلُ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ، أَكْلَةُ السَّحَرِ
Maksudnya: Perbezaan antara bagi puasa kita dan puasa ahli kitab adalah dengan makan sahur.
Riwayat Muslim (1096)
1.Pilih Makanan Tinggi Protein
Protin ialah nutrisi asa yang sangat penting untuk pembinaan sel-sel tubuh. Selain itu ia sangat bagus untuk memberikan rasa kenyang yang lebih lama masa berpuasa. Contoh makanan tinggi protin ialah:
- Ikan
- Ayam
- Telur
- Kekacang
- Greek Yogurt
2.Pilih Karbohidrat Kompleks
Karbohidrat diperlukan untuk membekalkan tenaga kepada badan. Tapi ramai yang silap denagn memilih karbohidrat ringkas seperti bijirin sarapan segera yang tinggi gula, roti, beras yang tinggi kanji.
Sebaiknya pilih sumber karbohidrat kompleks seperti di bawah:
- Kurma
- Beras Rebus(Parboil)
- Barli
- Roti Gandum Penuh(Wholemeal)
- Oat
3.Tambahkan Lemak Sihat
Makanan berlemak selalu ditafsirkan sebagai makanan yang ‘jahat’ . Tapi sebenar ada lemak yang bagus untuk kesihatan. Namanya ‘lemak sihat’. Ramai tak tahu yang lemak sihat sangat bagus untuk kesihatan dan memberikan rasa kenyang. Contoh makanan lemak sihat:
- Avocado
- Telur
- Ikan berlemak(contoh ‘wild salmon’)
- Kekacang
- Chia Seeds
- Minyak Zaitun
- Minyak Kelapa
- Yogurt
4.Pengambilan Serat
Serat ialah nutrisi yang diperlukan untuk melancarkan proses penghadaman, merendahkan kolestrol dan mengawal gula dalam darah. Contoh makanan tinggi serat:
- Bubur Oat
- Roti Mil Penuh(wholemeal bread)
- Capati
- Tepung Mil Penuh(Wholemeal Flour)
- Buah-buahan seperti epal, pisang dan anggur
5.Minum Air Secukupnya
Pengambilan air secukupnya semasa bersahur dan selepas berbuka tersangatlah penting untuk mengelakkan badan mengalami masalah kekurangan air(dehydrated). Kekurangan air boleh mengakibatkan badan lemah dan lesu sepanjang hari. Korang boleh minum 2-3 gelas air masa bersahur dan selebihnya ambil selepas berbuka.
Contoh Menu Sahur Sihat
Menu Sahur Sihat Simple Cara Saya Ibu Anak 4
Sejak kecik saya memang amalkan makan nasi setiap kali sahur. Cuma sejak tahun 2011 saya mula sedar nasi sahaja tidak cukup untuk berikan rasa kenyang lebih lama dan jadikan badan kekal bertenaga sepanjang berpuasa. Saya mula belajar tentang makanan Rendah Glisemik Indeks, kepentingan pilih protein yang non GMO dan cara kekalkan bendalir dalam badan.
So selain daripada makan nasi(beras rebus), ayam/ikan dan sayur, saya mula tambahkan beberapa natural supplements dalam menu sahur saya. Antara supplements yang saya amalkan masa sahur:
ESP – Protein Soya non-GMO yang bantu kenyang lebih lama dan sangat bagus untuk penghidap gastrik macam saya suatu ketika dahulu
Omega Guard – Sumber Asid Lemak sihat Omega 3 yang sangat berkualiti
Performance Drink – minuman elektrolit yang bantu kekalkan bendalir dalam badan.
Vitalea – multivitamin untuk lengkapkan lompong nutrisi yang kurang daripada ‘real food’ yang saya makan
B Complex – Bantu tukarkan gula daripada makanan kepada tenaga.
Cinch Tea – teh zero kalori TANPA gula yang sangat bagus untuk tingkatkan tenaga dan daya fokus.
Perbezaan Selepas Amalkan Menu Sahur Sihat Beserta Set Puasa Shaklee
Sejak konsisten amalkan Set Puasa Shaklee sejak lebih 12 tahun yang lalu, puasa saya jadi sangat berbeza. Walaupun sbuk macam mana dengan kerja sebagai pegawai bank(dulu) dan dengan anak-anak yang masih kecik, Alhamdulillah badan rasa lebih bertenaga dan tak melepek. Sampai selalu la kawan-kawan dan pelanggan di bank tanya saya “Puasa ke ni? Nampak aktif je macam tak puasa..” hehe
Rasa dahaga yang melampau lepas menyusukan baby atau mengepam susu(masa di pejabat) pun tak terasa sangat. Paling ketara, masalah gastrik dah tak menyerang lagi bila berpuasa. Dan bulan puasa menjadi bulan yang sangat saya nanti-nantikan setiap tahun. Alhamdulillah syukur dengan nikmatNYa asbab amalkan set puasa shaklee.
Oh ye, kitorang pernah terlewat bangun sahur. Masa tu memang tak sempat nak makan nasi(walaupun dah masak siap-siap malam sebelum tidur). Akhirnya Set Puasa Shaklee la penyelamatnya. Saya bancuh je je ESP + Performance Drink dan makan kurma, setelll. Alhamdulillah kitorang(saya, suami dan anak-anak) tetap steady puasa sampai berbuka.
3 Jenis Set Puasa Shaklee
Sempena Ramadan tahun 2023 ni shaklee menawarkan 3 jenis set puasa.
1. Set Puasa Shaklee – Protein dan Performance
2. Set Puasa Shaklee – Protein dan Cinch Tea
3. Set Puasa Shaklee – Kanak-kanak
Semua Set Puasa ni boleh diamalkan samada masa puasa sunat, puasa qada’ mahupun yang buat Intermittent Fasting jugak. Jangan lupa untuk apply tips pilih menu sahur sihat yang ya kongsikan kat atas tadi ye.
So apa tunggu lagi, jom la dapatkan Set Puasa Shaklee korang hari ni jugak!
Nak beli sendiri di website atau nak walk in ke cawangan shaklee?
Klik je link kat bawah ni untuk daftar keahlian shaklee korang supaya terus layak dapat harga ahli yang lebih murah sebanyak 15%-25% tauuu. Lepas isi form daftar jadi ahli shaklee tu korang akan dapat SMS dari Shaklee yang ada nombor ID Shaklee korang. Dannn jangan lupa untuk wasap saya supaya saya boleh kongsikan cara makan yang betul k!
>> https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=956669 << Pastikan nombor ‘Sponsor Shaklee ID’ kat form tu 956669 ye 😉
Boleh juga hubungi saya di 012-3461698 untuk saya bantu register dan orderkan. Atau lagi senang klik je link whatsapp ni :
>> Nak Jadi Ahli Shaklee <<