Ramai mentor bisnes selalu ulang “untuk berjaya dalam bisnes kena sentiasa kekal bermotivasi”. Nak ke saya kongsikan tips kekal bermotivasi buat bisnes online shaklee cara saya?

 

Masalah utama orang yang buat bisnes online ialah cepat lemau, lari fokus dan berhenti sekerat jalan.

Kebanyakan mereka yang buat bisnes online ialah orang yang masih bekerja dan surirumah sepenuh masa.

Alasan yang diberikan ialah sibuk dengan kerja hakiki ataupun rutin harian sebagai surirumah. Padahal niat buat bisnes online dulu sebab nak jana extra income.huhu

Sebab tu walaupun ramai yang buat bisnes online tapi ramai yang gagal. Puncanya ialah mereka tiada motivasi untuk terus kekal konsisten dengan aktiviti pemasaran bisnes mereka.

Jom saya kongsikan tips macam mana saya kekal bermotivasi buat bisnes online shaklee sejak masih sibuk bekerja dulu sampai la sekarang dah pun 7 bulan buat bisnes shaklee secara fulltime sambil uruskan anak-anak yang bersekolah.

 

5 Tips Kekal Bermotivasi Buat Bisnes Online Shaklee

1. Mesti ada target.
Target yang ingin dicapai dalam bisnes adalah sangat penting. Ia mesti dibuat setiap awal bulan. Target akan bantu kita untuk nilai prestasi sendiri.

Saya akan tulis target bulanan besar-besar dan tampal di dinding yang selalu saya nampak.

 

2. Self-Talk.
Sentiasa ucapkan kata-kata positif kepada diri sendiri setiap hari. Caranya ialah, berdiri di depan cermin dan puji diri anda. Pilih kata-kata yang boleh merangsang anda untuk buat lebih baik.

Contoh, “Kau memang hebat. Kau pasti boleh lakukan tugas tersebut dengan lebih baik lagi hari ni”

 

3. Berkawan dengan circle yang positif.

Pilih kawan-kawan yang positif yang sentiasa bersemangat untuk berjaya dalam bisnes online jugak.

Macam saya, saya memang ada geng #TRIAngelsShaklee yang memang sentiasa bersemangat dan berlumba-lumba untuk berjaya dalam bisnes online shaklee.

 

4. Jaga Hubungan Dengan Allah

Sebenarnya point ni sangat penting. Bila kita jaga hubungan dengan Allah, Insyaa Allah kita akan rasa kekal bermotivasi untuk buat bisnes lebih baik.

Sebabnya untuk berjaya mendapat syurga Allah mesti pandai seimbangkan amalan di dunia yang menjadi bekalan untuk di ‘sana’ nanti kan?

 

5. Reward untuk diri sendiri

Satu lagi masalah ramai peniaga bisnes online termasuklah bisnes shaklee ialah tidak reward diri sendiri.

 

So mulai hari ni, reward diri anda setiap bulan dengan income bisnes online anda tu.

 

Reward ni tak semestinya yang mahal-mahal. Ikut la kemampuan masing-masing. Nak reward lagi best, push diri untuk buat lebih baik dan besarkan income bisnes sedia ada.

 

Cara saya reward diri sendiri ialah, setiap kali dapat bonus shaklee, saya akan belikan sesuatu untuk diri sendiri. Kira ala-ala motivasi untuk buat lebih baik la gittew.hihu

 

Beli baju, beli tudung, makan apa-apa yang saya teringin, atau apa je yang saya nak.hehe

 

Tapi bulan ni special sikit. Ada 2 benda special yang saya hadiahkan untuk diri sendiri. Ianya sebagai reward pencapaian cemerlang bisnes shaklee saya selama 3 bulan berturut-turut.

 

Nak tau apa yang saya hadiahkan diri saya bulan ni?

 

Jeng

 

Jeng

 

Jeng

 

1. Full Set Skin Care YOUTH Shaklee.
Youth Shaklee ni sangat best tauuu. Meh baca kat sini >>  Youth Shaklee Skin Care Terbaik Untuk Kulit Muka Anda<<

 

Oh ye, bulan March ni harga promosi set lengkap Youth Shaklee ni cuma RM1338.25 je tauu. Kalau nak sila grab sekarang sebelum harga naik April nanti.

 

Skin Care YOUTH Shaklee dah pun selamat saya dan suami pakai setiap hari. Kitorang Bisnes Leader Shaklee dapat beli lebih awal masa Shaklee Business Leader National Conference awal bulan hari tu.

 

Memang puas hati sesangat sebab Youth Shaklee setanding dengan harganya yang ‘special’ dan sesuai dengan kualiti #SkinCarePremium ittew.

 

2. Trip ke Destinasi Impian saya

Saya impikan nak ke suatu tempat yang dah saya senaraikan dalam Travel Vision Board saya tahun lepas. Impian saya nak ke sana dengan suami dan anak-anak tersayang.

 

Insyaa Allah akan direalisasikan dalam minggu ni jugak. Tiket flight dan penginapan semua dah book. Tinggal nak fly je.hehe

 

Nanti saya buat entry pasal trip kitorang tu ye. Hee~

 

Alhamdulillah kedua-dua rewards ni saya hadiahkan 100% dengan Bonus Shaklee saya.

 

Ni la tips yang saya amalkan untuk kekal bermotivasi buat bisnes online shaklee.

 

Korang pulak share la macam mana cara korang kekal bermotivasi buat bisnes online.