Antara ketakutan bila bersalin normal ialah ‘kena gunting’, Perineum atau Vagina koyak teruk masa bersalin secara normal.
Untuk elakkan masalah vagina koyak teruk masa bersalin, sangat penting untuk bakal ibu tahu puncanya supaya ia dapat dielakkan.
5 Punca Vagina Koyak Teruk Masa Bersalin
1.Meneran Sebelum Jalan Buka
Ramai bakal ibu/ibu yang meneran sebelum ‘jalan’ buka sepenuhnya. Sebab tu selalunya nurse/doktor/bidan akan pesan supaya jangan meneran dulu dan tunggu sampai diberitahu.
2.Tak Nak Digunting
Ada ibu/bakal ibu yang bertegas tak nak digunting. Kononnya supaya vagina tak ‘longgar’. Masalahnya, risiko yang lebih bahaya menanti. Ye, vagina koyak terukkk. Nauzubillahhiminzalik.
Kalau nak tahu, doktor hanya akan gunting bila perlu sahaja itupun kalau nampak potensi vagina akan koyak teruk.
3.Bersalin Tanpa Doktor / Bidan
Banyak kes ibu / bakal ibu yang tak sempat ke hospital terpaksa melalui pengalaman mengerikan iaitu vagina koyak teruk kerana bersalin tanpa pengawasan doktor atau bidan.
4.Bayi Terlalu Besar
Saiz bayi yang terlalu besar pun boleh menyebabkan vagina ibu koyak teruk masa proses bersalin.
5.Vagina Tak Meregang Dengan Baik
Sepatutnya vagina ibu yang bakal bersalin akan berada dalam keadaan yang elastik. Tapi atas sebab tertentu seperti kurang nutrisi, ia tidak dapat meregang dengan baik masa proses bersalin.
Sebab tu la vagina boleh terkoyak dengan teruk. Lagi memburukkan keadaan kalau bayi yang dilahirkan tu besar.
Sebenarnya masalah vagina koyak teruk masa bersalin ni boleh dielakkan tau. Insyaa Allah nanti saya kongsikan dalam entri akan datang k 🙂