Susu ibu semakin sikit atau berkurangan memang sangat menakutkan bagi ibu yang sedang berpantang. Apatah lagi kalau korang ialah ibu yang nak menyusukan anak secara exclusive dan teruskan hingga anak berumur 2 tahun.
Saya pun pernah melalui fasa tu. Memang risau kalau kita takde ilmu tentang masalah penyusuan. Tapi sebenarnya ia boleh diatasi dengan ilmu penyusuan yang betul.
Saya pun pernah melalui fasa tu dan tau macam mana perasaannya bila tengok perahan susu semakin sikit dan breast lambat penuh. Memang risau kalau kita tak tau punca masalah tu. Tapi sebenarnya ia boleh diatasi dengan ilmu penyusuan yang betul.
So kali ni saya nak sharekan dulu punca ataupun faktor yang menyebabkan susu ibu berkurangan.
Punca Susu Ibu Kurang Dan Semakin Sikit
Permintaan Semakin Berkurangan
Konsep penghasilan susu ibu ialah semakin banyak permintaan, semakin banyak susu yang akan dihasilkan. Masalah utama yang menyebabkan permintaan berkurangan ialah bila ibu tidak menyusukan bayi dengan kerap. Ramai yang beranggapan bayi tak cukup susu, so si ibu pun top-up dengan susu formula.
Bila bayi dah kenyang, memang confirm la dia tak nak menyusu dengan si ibu dah. Lama-kelamaan susu ibu akan berkurangan sebab system production susu ibu tak terima signal untuk hasilkan susu lebih banyak.
Emosi Terganggu
Emosi dan penyusuan sangat berkait rapat. Ada kajian yang menunjukkan penghasilan susu ibu terganggu atau berkurangan bila ibu sedang stress. Sebab tu ibu disarankan untuk berada dalam keadaan tenang semasa menyusukan bayi atau mengepam susu badan.
Faktor Pemakanan
Ada sesetengah makanan dikatakan boleh mengeringkan susu ibu. Antaranya ialah:
- Sage Leaves – Saya tak pasti orang melayu panggil daun ni apa. Sila la google k. hehe
- Peppermint Oil
- Daun Parsley – kalau diambil dalam kuantiti yang banyak
- Kobis – Selalunya ditekapkan ke payudara. Tips ni diamalkan sejak turun temurun untuk kurangkan bengkak susu terutama masa dalam pantang.
Kurang Ilmu Penyusuan Susu Ibu
Ramai ibu yang tak tahu yang sebenarnya susu ibu boleh dirangsang untuk menggalakkan penghasilan susu yang lebih banyak.
Kurang Minum Air
Kurang minum air putih juga boleh menjadi faktor susu ibu semakin berkurangan kerana lebih 80 peratus susu ibu adalah air.
Kurang Nutrisi
Sebahagian besar ibu menyusu susah nak jaga makan dengan mengamalkan pemakanan yang berkhasiat dan seimbang. Kekurangan nutrisi boleh mengganggu operasi sistem semulajadi badan termasuklah penghasilan susu ibu. Sistem badan manusia sangat hebat, kalau cukup nutrisi barulah ia boleh jalankan fungsi secara optimum.
Sebahagian besar ibu menyusu susah nak jaga makan dengan mengamalkan pemakanan yang berkhasiat dan seimbang. Kekurangan nutrisi boleh mengganggu operasi sistem semulajadi badan termasuklah penghasilan susu ibu. Sistem badan manusia sangat hebat, kalau cukup nutrisi barulah ia boleh jalankan fungsi secara optimum.
Insyaa Allah dalam entri akan datang, saya akan share pulak cara banyakkan susu ibu.