Pernah rasa sakit betis sangat tengah-tengah malam? Rasa betis tegang sangat-sangat? Tu la Kejang Betis atau Betis Cramp / Calf Cramp.
Masalah kejang betis ni memang dihadapi oleh ramai ibu hamil. Dah la sakit dan sangat menyeksakan, nampak buruk pulak bila urat-urat biru timbul kat betis tu.
Say dulu memang kerap kena masa mengandung anak sulung dan anak ke-2. Alhamdulillah lepas dah tau cara yang betul untuk atasinya, dah takde la menjerit dan menangis tengah-tengah malam lagi. Hehe
Jom tengok kenapa masalah kejang betis kerap menyerang ibu hamil.
5 Punca Utama Masalah Kejang Betis Semasa Hamil
1.Keletihan
Perasan tak bila telalu letih dengan urusan seharian terutamanya kalau terlalu banyak berdiri dan berjalan, masalah kejang betis lagi kerap berlaku?
Ye, memang keletihan antara punca kejang betis semasa hamil tauuu.
2.Uterus Menekan Saraf
Makin besar kandungan, makin kerap pulak serangan kejang betis nihhh.
Ye, sebab bila kandungan semakin besar, uterus akan menekan saraf dan menyebabkan betis kekejangan.
3.Peredaran Darah Tak Lancar
Antara simptom yang kerap dialami oleh ibu hamil ialah, peredaran darah tak lancar. Kesannya? Ia boleh meningkatkan risiko kekejangan betis semasa hamil.
4.Kurang Nutrisi Penting
Ibu hamil perlukan nutrisi lebih dari wanita yang tak hamil kerana nutrisi ibu diserap oleh bayi dalam kandungan.
Kalau ibu tak dapatkan nutrisi secukupnya, lagi kerap la serangan kejang betis akan berlaku.
5.Kurang Cecair Dalam Badan
Kekurangan cecair dalam badan juga antara punca yang menyebabkan masalah kejang betis di kalangan ibu hamil berlaku.
Nak tau cara atasi masalah kejang betis semasa hamil?