Rata-rata yang tanya ialah ibu-ibu yang berazam nak susukan bayi mereka secara eksklusif selama 6 bulan dan nak teruskan sehingga 2 tahun.
Seronok saya dengar sebab penyusuan susu ibu memang antara topik yang saya sangat suka.
Saya pun bekas ibu menyusu. Alhamdulillah ketiga-tiga anak saya pun menyusu secara eksklusif selama 6 bulan dan terus menyusu sampai mereka berumur 2 tahun lebih.
penyusuan eksklusif tu apa?
Apa Itu Penyusuan Eksklusif
Ok. Jom tengok pula tentang persiapan yang anda perlu buat untuk kembali bekerja.
5 Persiapan Penting Untuk Kembali Bekerja Selepas Cuti Bersalin
1. Mulakan rutin mengepam susu sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum kembali bekerja.
Lebih awal lagi bagus. Saya sendiri mula mengepam susu dalam minggu pertama.Ini penting untuk memastikan stok susu badan anda mencukupi untuk menjayakan penyusuan susu ibu.
Amalkan rutin mengepam yang konsisten setiap hari. Jangan tunggu ‘rasa penuh’ baru nak mengepam ye.
2. Kenalkan bayi anda dengan penyusuan melalui botol susu
JANGAN bagi botol sebelum bayi anda berumur 4 minggu untuk mengelakkan ‘nipple confusion‘.
Mungkin ada sebahagian daripada anda yang mempunyai pengalaman menyusukan bayi dengan botol susu sebelum umur 4 minggu. Tapi kalau ikut saranan Pakar Laktasi, umut terbaik untuk perkenalkan botol susu ialah pada umur 4 minggu.
3. Cari taska atau pengasuh yang faham tentang teknik penyusuan susu ibu
Ini sangat penting kerana penyediaan susu ibu mungkin sedikit rumit bagi mereka yang tak faham caranya. Saya sendiri pernah lihat bayi saya diberi susu perahan yang sejuk. isk isk. sabar je la.
Bayi kawan saya pula ‘terkena’ susu basi. Lagi takutkan? Tak pasal-pasal boleh kena cirit-birit pula nanti.
4. Latih bayi anda untuk minum susu perahan menggunakan botol
Mulakan dengan sekali sehari untuk hari pertama, sebaiknya pagi masa bayi anda sedang lapar.
Kemudian tambahkan kekerapan kepada 2 kali sehari, iaitu pagi dan tengah hari.
Hari ke 3, 3 kali sehari dan hari ke 4, 4 kali sehari.
Ini bergantung kepada jadual kerja anda. Jika anda perlu bekerja sampai malam kekerapannya mungkin perlu ditambah.
Insyaa Allah saya akan kongsikan tentang jadual latihan penyusuan dalam entri akan datang.
Proses latihan penyusuan menggunakan botol ni mungkin susah sedikit untuk sesetangah bayi. Alternatif lain, anda boleh minta tolong suami atau ahli keluarga lain untuk berikan susu perahan tersebut.
5. Label dan rancang penggunaan stok susu anda
Gunakan susu yang paling awal diperah untuk mengelakkan ia tamah tempoh. Perancangan stok susu perahan sangat mudah sebenarnya tapi ramai yang silap.
Pertama sekali anda perlu kenal pasti berapa botol / jumlah susu perahan yang anda nak tinggalkan di rumah pengasuh / taska.
Daripada jumlah tersebut, berapa susu perahan segar dan susu beku yang anda nak gunakan.
Kalau nak tahu, khasiat susu segar adalah lebih baik berbanding susu beku. Tapi jika dibandingkan dengan susu formula, susu beku adalah jauh lebih baik.
Nisbah susu segar dan susu beku yang saya selalu amalkan ialah 4 susu segar : 2 susu beku.
Saya selalu tinggalkan minimum 6 botol susu kepada pengasuh. Sebabnya saya bekerja daripada pukul 9 pagi ke pukul 6 petang.
Lepas habis kerja saya terus ke dewan kuliah(saya buat ijazah separuh masa). Selalunya saya sampai ke rumah dalam pukul 10.30 atau 11 malam.
Kalau dikenangkan balik, penyusuan susu ibu memang agak memenatkan tapi bila berjaya capai matlamat penyusuan untuk susukan anak selama 2 tahun perasaanya memang tak boleh digambarkan dengann kata-kata.
Cubalah. Rasai sendiri detik manis sepanjang penyusuan susu ibu. Nikmati spenuhnya kerana masa tersebut tidak akan berulang kembali. Kecuali anda bersalin lagi lepas tu.hehe
Jemput baca pula tentang >> Kenapa Susu Saya Cair <<
Sekian dulu perkongsian daripada saya. Semoga bermanfaat untuk anda yang sedang merancang persiapan untuk kembali bekerja selepas bersalin.
Share this:
- Click to share on Twitter (Opens in new window)
- Click to share on WhatsApp (Opens in new window)
- Click to share on Facebook (Opens in new window)
- Click to share on Telegram (Opens in new window)
- Click to share on Pinterest (Opens in new window)
- Click to share on LinkedIn (Opens in new window)
- Click to share on Tumblr (Opens in new window)