Kulit muka berjerawat berparut dan berlubang-lubang macam kawah bulan memang menjadi mimpi ngeri buat semua orang terutama perempuan. Sebenarnya ada 5 kesilapan utama yang selalu dilakukan yang menjadi punca kulit muka berjerawat atau ‘breakout’

5 Kesilapan Utama Punca Kulit Muka Berjerawat, Berparut Dan Berlubang Yang Boleh Dielakkan

1. Guna pencuci muka yang tak sesuai

Kesilapan memilih pencuci muka atau cleanser akan menyebabkan kulit muka tegang perit semacam dan makin kering. Pencuci muka yang tinggi bahan kimia akan menyebabkan minyak dan bakteria terperangkap dalam kulit. Ia akan menyebabkan kulit muka anda ‘breakout’ dan penuh dengan jerawat.

Tips Kecantikan Kulit 1: Pilih pencuci muka yang bebas sabun sebab sabun boleh mengeringkan kulit dan mengakibatkan rasa
tegang semacam dan perit-perit serta makin kering selepas mencuci.

Pastikan juga pencuci muka anda bebas Paraben, Merkuri, Sodium Lauryl Sulfate, Ammonium Lauryl Sulfate etc kerana ia bukan sahaja boleh mengeringkan kulit, malah boleh menyebabkan kanser kulit.

2. Tak pakai Krim Pelindung Sinar UV


Krim pelindung matahari perlu dipakai setiap hari walaupun anda berada dalam rumah je. Sinar uv boleh masuk melalui tingkap. Sinar uv yang merbahaya tu juga tetap ada walaupun cuaca redup.

Menurut kajian,78% pendedahan kepada cahaya matahari berlaku tanpa dirancang. Contohnya, di dalam rumah, ketika keluar samada untuk ke kedai, jemput anak balik sekolah, jogging di waktu petang dan pelbagai aktiviti lain

Antara punca utama masalah jerawat, kedutan dan jeragat ialah akibat terdedah kepada sinaran UV A dan UV B.

Tips Kecantikan Kulit 2: Cara yang terbaik untuk dapatkan perlindungan kulit dari sinar uv ialah dengan memilih moisturizer yang mengandungi SPF.

3.Menggunakan toner yang mengandungi alkohol

Kesilapan semasa memilih toner boleh memburukkan lagi masalah kulit yang berjerawat. Alkohol boleh menyebabkan kulit menjadi bertambah kering.

Tips Kecantikan Kulit 3: Pilih toner bebas alkohol dan pastikan toner disapu sekata dan lembab supaya bila disapu moisturizer ia akan diserap dengan baik.

4.Memicit jerawat

Jerawat yang dipicit akan menyebabkan parut dan kesan berlubang pada kulit. Jika tangan anda kotor, ia boleh menyebabkan jangkitan kuman pada bahagian jerawat.

Tips Kecantikan Kulit 4: Buang habit suka picit jerawat. Gunakan krim khas untuk kecutkan jerawat dan amalkan supplement untuk percepatkan proses pengecutan jerawat dan hilangkan parut atau kesan jerawat.

5.Mengabaikan rutin penjagaan kulit

Kesilapan ke 5 yang kerap dilakukan ialah tidak konsisten dengan rutin penjagaan kulit. Pelbagai alasan yang diberikan antaranya penat, sibuk, mengantuk, leceh etc.

Tips Kecantikan Kulit 5: Konsisten dengan rutin penjagaan kulit. Disiplinkan diri setiap hari untuk cuci dan pakai toner setiap pagi dan malam. Gunakan moisturizer yg mengandungi SPF pada siang hari dan krim malam sebelum tidur.

Nak tau skin care apa yang bebas 1500 bahan kimia, yang bukan berasaskan sabun, 100% tumbuhan, Hypoalergnic dan telah diuji oleh pakar Dermatologi? Jom tengok kat sini >> Skincare Terbaik Untuk Kulit Muka <<