Korang tak tak, setiap 25kg berat badan, kita perlu minum sekurang-kurangnya 1 liter air putih?
So kalau berat badan 50kg, paling kurang kena minum air putih 2 liter. Cuma yang lebih baik ialah 3 liter sebab air sangat penting untuk aktiviti dan kesihatan badan kita. Tambah-tambah lagi kalau kita jenis aktif ataupun selalu buat aktiviti di luar rumah.

Masalahnya ramai yang rasa susah nak minum air putih banyak-banyak. Ada yang rasa macam nak muntah sebab tak biasa minum air putih banyak-banyak. Macam saya la tu. Tapi dulu la ye. Hehe
Ada jugak yang tak suka minum air putih banyak-banyak sebab asyik nak terkencing je dibuatnya 🙂

Jom saya kongsikan tips supaya korang boleh minum air putih secukupnya iaitu 3 liter sehari.
3 Tips Mudah Minum Air Putih Ikut Keperluan Badan
Tips yang saya kongsikan ialah berdasarkan pembacaan dan pengalaman saya sendiri ye. So kalau rasa sesuai boleh la cuba amalkan 🙂
1.Minum Sikit Tapi Kerap

Sebagai seorang yang tak suka minum air putih, saya memang rasa macam nak muntah masa mula-mula biasakan diri minum air putih. So apa yang saya amalkan ialah, minum sikit-sikit tapi kerap.
Lepas tu saya terjumpa tentang kebaikan minum air putih sebaik bangun tidur dan sebelum makan. Saya pun mula amalkan minum segelas air sebaik bangun tidur dan latih diri untuk minum air putih dulu sebelum makan.
2.Sediakan Botol Air Khas

Ini la tips penting yang bantu saya minum sikit tapi kerap di atas. Saya sentiasa pastikan botol air putih ada di atas meja kat tempat yang saya senang nampak.
Asal nampak je saya akan minum sikit. So tercapai la hajat nak minum kerap tu. Pernah ada ex-officematte saya tegur dulu “Oh, patut la kulit Erni cantik je. Rajin minum air putih rupanya.. “. Terus ‘kembang’ sekejap dibuatnya. Hahaha
3.Minum Sebelum Rasa Dahaga

Dulu saya hanya minum air bila rasa dahaga je. Rupanya bila rasa dahaga tu ialah tanda badan dah kekeringan. So yang betul ialah minum air sebelum rasa dahaga.
Maksudnya tak payah la tunggu nak rasa dahaga yakmattt baru nak minum. Minum je sekerap yang boleh.
Psst, nak kulit cantik kena banyak minum air tauuu. Kalau kurang air dalam badan nanti kulit merekah dan cepat kedut. Hehe
Sekian dulu sharing dari saya kali ni. Selamat capai sasaran minum air putih 3 liter sehari k.
Silakan share supaya kawan-kawan lain pun boleh amalkan tips ni 🙂