Cuti sekolah dah pun bermula. Ada yang dah mula pulang ke kampung dan ada yang dah pun memulakan percutian bersama anak-anak dan keluarga tersayang.

Mungkin ada sebahagian daripada anda yang tak boleh ke mana-mana atas pelbagai faktor. Contohnya suami susah dapat cuti, masalah kewangan, masalah pengangkutan dan lain-lain.

Jangan risau. Saya kongsikan 21 idea aktiviti yang anda boleh sediakan untuk anak-anak anda.

21 Idea Aktiviti Cuti Sekolah Yang Menarik Dan Murah

1.Melukis

aktiviti-cuti-sekolah-anak-melukis
Google jerrr 😉

Melukis sangat bagus untuk merangsang kreativiti anak anda. Ada macam-macam benda yang anak anda boleh lukis. Binatang, buah-buahan, kenderaan, pemandangan dan lain-lain.

Anda tak pandai melukis?

Jangan risau. Senang je. Anda boleh ‘Search’ di Google atau Facebook. Tutorial step by step pun banyak dikongsikan.

2.Permainan ‘Soft Board’

Ada macam-macam jenis permainan ‘soft-board’ yang anda boleh sediakan. Dam Ular, Catur, Saidina, Sahiba dan lain-lain.

3.Permainan Kad

Kad pun ada macam-macam jenis. UNO, Happy Family, Snap, flash card dan lain-lain. Pilih je ikut kesukaan dan kesesuaian umur anak anda.

4.Lego

Aktiviti membina dan membentuk lego sangat menyeronokkan. Ia boleh melekakan anak-anak anda. Ada macam-macam jenis lego yang dijual dipasaran.

Untuk jadikan ia lebih menarik, bagi peluang anak pilih sendiri lego yang mereka sukai.

5.Origami

aktiviti-cuti-sekolah-origami
Comel je kan?

Origami ialah antara aktiviti yang sangat bagus untuk kreativiti, visual dan kemahiran motor anak-anak. Lagi menarik jika kertasnya berwarna-warni dan ceria.

6.Kraf

Pelbagai versi kraf yang anda boleh ajak anak buat bersama. Antaranya buat topeng dengan pinggan kertas, buat tanglung, buat topi, pakaian beragam dari surat khabar dan macam-macam lagi.

Anda tak kreatif atau takde idea?

Google je. Cara buat langkah demi langkah pun banyak dikongsikan di Youtube.

7.Mewarna

Berbanding melukis, mewarna adalah lagi senang(bagi orang yang tak pandai melukis macam saya. Hehe). Anda boleh beli je buku-buku mewarna kat kedai atau boleh juga print je gambar-gambar menarik dari Google.

Paling penting, pensel warna mestilah ada pelbagai warna.

Nak yang murah? Beli je di kedai ECO. Cuma RM2.10 je 🙂

8.Puzzle

puzzle-aktiviti-anak-masa-cuti-sekolah
Anak akan lebih bersemangat kalau puzzle merupakan karakter kartun yang digemarinya.

Puzzle ialah antara aktiviti yang boleh menyibukkan anak-anak. Tips nya ialah belikan puzzle kartun yang disukai anak-anak anda dan mulakan dengan tahap yang senang dulu.

9.Play dough

Play dough pun boleh mengujakan anak-anak anda. Nak murah, beli plasticin je. Lagi murah dan jimat kalau anda buat sendiri. Google je resepi play dough DIY.

10.Bubble

Anak-anak akan sangat seronok kalau dapat main bubble. Lagi bagus sebab kos nak sediakannya pun murah je.

11.Jengga

jengga-aktiviti-musim-cuti-sekolah
Mak budak pun suka tauuu 🙂

Permainan tarik kayu perlahan-lahan daripada menara. Boleh juga susun kayu-kayu tu semula setinggi yang boleh.

12.Boomerang

Permainan ni perlukan keluasan atau tanah lapang. Anda boleh ke taman yang berdekatan tapi pastikan ia tak ganggu atau bahayakan orang lain ye.

Nak lebih selamat?

Buat sendiri gunakan kotak terpakai atau beli boomerang yang lembut.

13.Layang-layang

Permainan ni memang wajib dilakukan di tanah lapang dan kawasan berangin. Lokasi terbaik ialah di padang.

Nak tambah lagi keseronokan?

Buat sendiri layang-layang tersebut dengan anak anda.

14.Badminton

Anak-anak saya sangat sukakan aktiviti ni. Ia boleh dibuat secara indoor atau pun out-door.

15.Berenang

Kalau rumah anda ada kemudahan kolam renang, inilah masa terbaik untuk bawa mereka ke kolam renang. Kalau takde, buat je kolam sendiri di rumah dengan besen atau baldi yang sesuai. Cuma pastikan anda pantau anak-anak ye.

16.Taman Permainan

Aktiviti yang satu ni tak perlu diperkenalkan. Ia memang kegemaran semua kanak-kanak. Bawa je anak-ke taman permainan yang berdekatan rumah anda.

17.Memasak

Aktviti memasak untuk anak tak semestinya yang menggunakan api. Anda boleh buat aktiviti memasak yang mudah dengan anak. Contohnya, buat sandwich telur. Rebus telur terlebih dahulu dan berikan anak anda buat sendiri proses seterusnya.

18.Teka-teki

Aktiviti ini boleh menguji ketajaman minda anak anda. Sediakan teka-teki dan jawapan supaya anda tak kelam-kabut nak cari jawapannya nanti.

18.Charade

charades-aktiviti-anak
Aktiviti cuti sekolah anak yang pasti menghiburkan.

Anda boleh sediakan klu dan anak anda perlu gunakan kreativiti mereka tanpa dedahkan kata kunci sebenar.

Kalau anak anda seorang je, anda boleh gayakan klu-klu dan biarkan anak untuk meneka.

19.Mencari Harta Karun

Aktiviti ini memerlukan anda untuk sembunyikan ‘harta karun’ terlebih dahulu. Berikan klu dan biarkan anak anda mencarinya.

20.Menghias Kulit Telur

Simpan dan keringkan kulit telur yang dah digunakan. Sediakan warna air atau ‘water-colour’ dan berus. Biarkan anak anda berimaginasi. Pastikan lapik dulu kawasan aktiviti anak anda ye.

21.Sembunyi

Aktiviti ‘evergreen’ ni memang sangat menyeronokkan. Paling best sebab ia boleh dibuat di dalam rumah je. Berapa kosnya? PERCUMA!