Atas cadangan seorang kawan, saya kongsikan tips umrah dengan anak kecil dan bayi berdasarkan pengalaman kami sekeluarga.
Sebenarnya dah hampir 2 tahun saya dan suami beserta anak-anak kecil kami tunaikan ibadah umrah dulu.
Kami laksanakan ibadah umrah dengan 3 orang anak kami yang masih kecil. Masa tu yang sulung Dina baru 8 tahun. Yang ke 2, Syahmi baru 4 tahun dan Aira baru 6 bulan.
Memang ramai yang menentang hasrat kami pada mulanya tapi Alhamdulillah segalanya dipermudahkan Allah.
Jom saya kongsikan beberapa tips yang boleh dilakukan untuk memastikan perjalanan ibadah umrah korang semua berjalan lancar.
Persiapan Menunaikan Umrah Dengan Anak Kecil Dan bayi
1. Cari Ilmu
Macam nak melancong jugak, nak tunaikan umrah pun perlukan persiapan sebaiknya. Ilmu yang paling penting ialah ilmu ibadah umrah dengan anak kecil dan bayi.
Banyak perkara dan pantang larang yang perlu dipatuhi semasa melakukan ibadah umrah.
Untuk yang baru pertama kali melakukan ibadah umrah kena berhati-hati sikit sebab ada banyak pantang larang yang mesti dipatuhi. Kalau tak jaga mungkin ibadah umrah korang tak sah.
Selain daripada menghadiri kelas-kelas umrah yang dianjurkan oleh pihak travel agent, saya juga banyak membaca perkongsian mengenai pengalaman umrah di blog-blog.
Bagi saya pembacaan di blog lagi best dan sangat membantu sebab ianya disertakan dengan gambar. So ia lebih mudah nak dibayangkan berbanding dengar cerita daripada mulut keluarga dan kawan-kawan sekeliling.
2.Persiapan mental
Ibadah umrah memerlukan kekuatan mental. Tambah lagi kalau korang melakukan ibadah umrah dengan anak kecil dan bayi macam kitorang.
Untuk persiapan mental, kami selalu tunjukkan gambar suasana di mekah dan Madinah yang ramai orang, cuaca panas, kena beratur dan perlu tunggu agak lama.
Kami cerita proses ibadah umrah dalam bahasa mudah untuk bagi anak-anak faham. Terangkan kenapa nak buat ibadah umrah dan sebagainya.
Kami siap buat tawaf kat dalam rumah lagi.hehe
Disebabkan anak-anak masih kecil, memang kami ulang-ulang pesan supaya bersabar dan ajar diorang untuk baca “Rabbi Yassir wala tu-‘assir. Rabbi tammim bil khair banyak-banyak supaya Allah permudahkan urusan Ibadah Umrah kami semua.
Selain tu, kami jugak selalu bawak anak untuk solat berjemaah di masjid dan ajak diorang buat solat sunat especially solat taubat.
3.Persiapan Fizikal
Untuk persiapan fizikal, kami bawak anak-anak berjalan dan jogging di taman. Ini penting untuk biasakan anak-anak untuk jalan jarak jauh.
Untuk saya sendiri pulak saya biasakan diri untuk dukung bayi menggunakan baby carrier jenis SSC. Alhamdulillah asbab dah biasa dengan rutin berjalan jauh dan jogging, anak-anak cergas dan seronok je sepanjang ibadah umrah.
4.Kelengkapan Ihram
Kami bawak 2 persalinan ihram untuk suami dan 2 telekung untuk saya sendiri.
Kalau nak niatkan ihram untuk anak kena la bawak pakaian ihram untuk diorang sekali.
Mulanya kami rancang supaya Dina dan Syahmi pasang niat umrah jugak tapi lepas bincang dengan ustaz, kami ubah fikiran.
Ustaz kata sebab kami masuk daripada Jeddah dan buat umah terus. So anak-anak dah kena pasang niat dari dalam flight.
Bila dah pasang niat dah kena jaga pantang larang. Contoh, yang lelaki tak boleh tutup kepala, perempuan tak boleh tutup muka dan macam-macam lagi.
Nanti akan jadi beban kat mak ayah bila anak-anak langgar pantang larang ihram. Tak pasal-pasal kena bayar denda pulak nanti.hehe
Disebabkan perjalanan jauh dan anak-anak tak biasa serta tak berapa faham lagi, so kami buat keputusan untuk tak payah pasang niat untuk anak-anak. Tapi kami tetap pakaikan pakaian ihram jugak la. Nak bagi diorang ‘feel’ buat umrah. Hee~
5. Pakaian
Kami memang tak bawak banyak pakaian sebab dah plan nak beli kat sana je. So kami cuba bawak 2 pasang jubah untuk suami dan 2 pasang jubah untuk saya sendiri.
Cuma bab ni saya tersilap sikit. Punya la confident nak beli kat sana tapi saya lupa yang saya ni ibu menyusu. Kebanyakan jubah yang dijual kat sana tak ‘BF Friendly’.
So terpaksa la gigih basuh baju tiap-tiap kali lepas pakai. Nasib cepat kering kat sana. Haha
Pakaian Aira memang kami bawak secukupnya sebab takut tak jumpa saiz. Untuk Dina dengan Syahmi kami bawak dalam 4 helai je. Selebihnya beli kat Madinah je.hehe
Oh ye, jangan lupa bawak sweater sebab dalam flight dan bas sangat sejuk. Kadang tu dah pakai sweater pun cari selimut jugak lagi.
6.Stroller dan Baby Carrier
Kami memang bawak stroller yang dibeli khas untuk umrah. Kononnya nak stand-by kalau-kalau saya penat dukung baby atau si abang nak tidur.
Stroller sedia ada agak besar dan berat. Sebab tu kami decide untuk beli yang baru.hehe
Syukur sangat-sangat bawak stroller sebab memang membantu bila si abang nak tidur dan suami penat nak dukung.
Last-last baby memang sepanjang masa dalam baby carrier je la. Siap ramai yang tegur sebab dia dok diam elok je dalam carrier tu sepanjang saie dan aktiviti lain selain tawaf.
Dah macam anak kanggaru pun hado.hahaha
Infact ramai yang tak sedar saya dukung baby sebab dia senyap je.hihi
Oh ye, bagi yang nak bawak baby carrier tapi tak biasa guna, saya sarankan untuk ajar bayi korang dulu. Jangan tunggu sampai sana baru nak mula guna baby carrier tu sebab nanti lagi susah tau.
Ada sorang kakak dalam jemaah kami yang stress sebab susah nak solat di masjid. Anak dia asyik nak berdukung dan tak nak pakai baby carrier langsung. So dia terpaksa solat kat dalam bilik je.
Bila saya bersembang baru tahu yang rupanya anak dia tak biasa pakai baby carrier tu. Patut la asyik menangis je baby tu.isk isk
7.Kerusi Roda
Stroller di larang masuk ke dalam kawasan masjidil haram. So, untuk melaksanakan ibadah tawaf kami gunakan kerusi roda.
Kami buat keputusan untuk menggunakan kerusi semasa tawaf kecuali masa tawaf wajib (masa baru sampai). Ia lebih menjimatkan masa sebab kami bawak bayi. Kalau nak dukung bergilir-gilir kesian pulak kat suami kena tawaf 14 pusingan.hehe
Memang ada yang bagi cadangan untuk tukar ‘diaper baby’ sebelum buat tawaf tapi kami pilih untuk ikut saranan ustaz supaya tak dukung bayi semasa tawaf.
Takut nanti was-was tentang najis bayi. Tawaf tak sah kalau dukung bayi bernajis(berak atau kencing) tau.
Mulanya kami gunakan kerusi roda yang disediakan di hotel tapi lepas tu kami buat keputusan untuk beli yang baru dan wakafkan selepas ibadah umrah kami selesai.
Kerusi roda sangat penting untuk yang bawak anak kecil dan bayi macam kami. Kami dudukkan aira dengan Dina dan Syahmi sepanjang ibadah tawaf untuk elakkan saya dukung Aira yang mungkin bernajis.
Manakala masa saie pun kami bawak jugak sebab pengalaman sewa kerusi roda di tempat saie kali pertama dulu anak-anak takut nak duduk sebab pak arab tu tolak.
Tapi masa saie tu Dina dan Syahmi main gilir-gilir tolak je bukan nak duduk sangat pun sebenarnya.
8. Diaper, Susu, Nursing Cover Dan Mandian
Keperluan anak-anak yang ni pun memang semua kami bawak siap-siap dari rumah kecuali susu sebab Aira menyusu badan sepeuhnya. Kurang la sikit barang nak bawak.hehe
Memang ada yang kata boleh je beli diaper dan barang lain kat Mekah atau Madinah nanti tapi takut tak sama atau susah nak jumpa yang sama.
Diaper pun saya memang bawak secukupnya. Cuma baju tu yang best sebab boleh basuh kat sana. So far cepat je kering tapi tak sure la pulak kalau musim lain.
Saya pergi awal bulan Mac, masa tu peralihan dari musim sejuk nak ke panas.
Nursing cover tu saya memang bawak supaya senang nak menyusukan baby.
Memang syukur bawak nursing cover sebab masa dalam flight pun selesa je menyusu. Tertido pun tak risau sebab dah cover siap-siap dengan nursing cover.
Nursing cover ni jugak la yang jadi selimut atau alas kalau baby nak baring kat masjid.hehe
Kami bawak mandian sebab anak-anak jenis kulit sensitive dan tak boleh pakai sabun mandi biasa. So, kalau anak-anak korang macam anak kami, sila la bawak mandian sendiri jugak ye.
9. Permainan, Gadget Dan Buku
Penerbangan daripada KLIA ke Jeddah mengambil masa lebih kurang 8 jam. Walaupun ada tv tapi kami risau anak-anak bosan. So, kami bawak permainan, handphone dan buku untuk sibukkan anak-anak.
Alhamdulillah sepanjang dalam flight diorang takde la buat perangai ataupun berlari sana-sini.
Oh ye, masa kat flight tu staff Saudi Arabian ada bagi Kids Bag. Dalam tu ada diaper, losyen, selimut, buku kecil dan pensil. Memang membantu la lekakan diorang kat dalam flight tu.hehe
Sepanjang masa solat pun diorang ok je. Cuma sesekali bila nampak diorang dah bosan sangat baru kami bagi handphone sekejap.
10.Makan Bayi Dan Snack
Kebetulan 4 hari sebelum berangkat, Aira dah pun cukup 6 bulan. So, saya dah mula perkenalkan makan pejal dalam menu harian dia.
Disebabkan dah tahu nak buat umrah, saya pun plan siap-siap makanan untuk Aira. Dari KL kami cuma bawak biskut Milna je sebab dah plan nak bagi aira makan kurma dan pisang sepanjang perjalanan ibadah umrah kami nanti.
Alhamdulillah Aira ok je makan kurma (yang saya rendam dengan air zam-zam) yang dilecek. Pisang pulak lagi senang sebab memang hari-hari dapat kat dewan makan.hehe
Manakala untuk Dina dan Syahmi pulak kami memang dah standby biskut dan roti sebagai bekalan kalau diorang lapar. So far yang dah besar ok je sebab ada banyak pilihan makanan.
11.Tisu
Kami sekeluarga memang banyak guna tisu. Tak kira la tisu basah atau tisu kering. So, stok tisu memang sentiasa di bawak ke mana sahaja.
Tisu penting especially nak travel dengan anak-anak kecil. Biasa la diorang ni, kalau makan memang confirm akan comot, tangan kotor, nak lap makanan atau air yang tumpah dan macam-macam lagi.
So, kalau takde tisu memang boleh kena ‘panic attack’ la sekejap dibuatnya.hehe
Oh ye, since aira masih pakai diaper, tisu dan tisu basah memang sangat penting. Tandas kat masjidil haram dan masjid nabawi jauh tau sebab tu la wajib bawak tisu dan tisu bawah k.
12.Ubat-ubatan dan Vitamin
Masa kelas umrah, diorang memang dah ingatkan untuk bawak ubat-ubatan daripada rumah. Sebab takut ubat kat sana tak sama macam ubat kat sini. Risau jugak ubat tu tak sesuai pulak.
So, saya memang standby ubat demam, batuk dan selsema anak-anak.
Untuk saya dan suami pulak kami cuma bawak vitamin. Antara vitamin yang kami bawak ialah:
Vitalea
Multivitamin penting untuk kekal cergas dan bertenaga
Vita C
Sumber antioksidan untuk kuatkan sistem pertahanan badan
B Complex
Vitamin penting untuk tenangkan emosi. Rahsia kitorang boleh cool je dengan anak-anak. Siap ramai yang puji “Bagusnya korang ni. Sabar je layan kerenah anak-anak” hehe
Ostematrix
Haa, yang ni sangat best. Selalu orang mengeluh badan dan kaki sakit-sakit sebab banyak berjalan tapi dengan ostematrix ni Insyaa Allah korang akan rasa lega sesangat. Takde masalah sakit-sakit badan dan lenguh-lenguh kaki tu.
Omega Guard
Ni sumber Omega 3. Kat Mekah dan Madinah tu memang jarang la nak jumpa ikan. Selalunya menu yang dihidangkan ayam, kambing dan daging je. Nanti sel-sel otak susah nak berhubung.haha
Oh ye, Omega Guard ni jugak vitamin penting untuk suami saya yang ada asthma. Omega bantu redakan legakan peparu. Kat Mekah memang merata penuh dengan habuk sebab masih dalam proses pembesaran kawasan Masjidil Haram.
Nutriferon
Ni pun sangat penting. Almaklumlah kat sana korang akan bersesak-sesak dengan ramaiiii sangat orang daripada seluruh dunia.
Maksudnya kuman dan virus pun ada macam-macam jenis. So Nutriferon ni la yang akan bantu halang jangkitan virus tu semua.
Untuk anak-anak pulak memang saya bagi Omega Guard dan Nutriferon. 2 vitamin ni memang favorite anak-anak kami
13.Losyen dan Lip Balm
2 ni pun sangat penting tau. Sebelum ni kami pernah dengan pengalaman kawan-kawan dan abang ipar yang bagitau tapak kaki pecah-pecah walaupun pakai losyen.
Punya la kronik sampai ada yang kata tak larat nak buat umrah sunat sebab tapak kaki pecah tu teruk sangat.
So saya pun bawakkan krim Herbal Blend untuk elakkan suami dan saya daripada alami masalah yang sama. Alhamdulillah, tapak kaki suami elok je dan lembut lagi ada sebab dia rajin sapu setiap kali sebelum ke masjid dan selepas mandi.
Tapak kaki saya? Off course la lembut je.hehe
Oh ye, lip balm pun penting tau. Kami memang standby lip balm sorang satu sebab cuaca kat sana kering.
Alhamdulillah takde masalah bibir pecah atau mengelupas. Maybe sebab rajin sapu lip balm dan minum air zam-zam.
Ini la sebahagian Tips Umrah dengan Anak Kecil Dan Bayi yang saya boleh kongsikan buat masa ni. Insyaa Allah kalau berkesempatan saya sambung perkongsian dalam entri lain ye.
Semoga bermanfaat.
Kalau ada nak tambah updates terbaru di Mekah atau Madinah boleh la kongsikan di ruangan komen ye.
Jangan lupa kongsikan tips ni dengan kawan-kawan lain ye. Semoga tips ini dapat membantu koranga atau kawan-kawan lain yang nak buat umrah dengan anak kecil dan bayi
assalamualaikum. nak tny, masa tawaf baby tu di dukung ke?
Wsalam sis fiqa.
Kami letak baby kt wheelchair dengan kakak dan abang dia ?
assalamualaikum.. nak tanya sebelum ke umrah ada amik vaksin untuk aira x?
Ye ada. Semua anak2 pn amik vaksin sekali
nak tanya, baby kena cucuk vaksin ker?
Ye baby pun cucuk jugak