Penyusuan susu ibu / susu badan adalah anugerah terindah dalam hidup seorang ibu. Namun selalunya apabila sampai sesuatu tempoh masa ibu akan membuat keputusan untuk berhentikan susu badan kepada anak mereka.
Ada beberapa cara untuk berhentikan susu badan. Petua orang tua dan kaedah moden.
Jom kita tengok dulu petua orang tua-tua untuk berhentikan susu badan.
4 Cara Berhenti Susu Badan Mengikut Petua Orang Tua-Tua
1.Sapukan herba yang pahit seperti Jadam supaya anak tak nak menyusu kerana tak sukakan rasa pahit tersebut.
2.Sapukan kopi. Juga untuk memberikan rasa pahit kepada anak.
3. Sapukan lipstick di bahagian aerola supaya anak takut atau kesian tengok ibu sakit dan berhenti menyusu.
4. Sapu minyak angin supaya anak rasa ‘pedas’ bila menyusu.
Cara Berhentikan susu mengikut petua orang tua-tua ni memang sangat cepat dan berkesan. Selalunya ia hanya mengambil masa 1 hari je untuk berhenti menyusu.
Cuma anda perlu kuat semangat untuk melayan ‘tantrum’ anak anda kerana terpaksa berhenti menyusu.
9 Cara Berhentikan Susu Badan Kaedah Moden
Kaedah moden lebih menekankan tentang psikologi. Ibu dan ayah perlu bersedia mental dan fizikal untuk melalui proses pemberhentian susu badan.
Bila dah buat keputusan untuk berhentikan susu badan, kedua-dua ibu dan ayah kena komited dan konsisten.
1.Sekurang-kurangnya sebulan sebelum tarikh untuk berhentikan susu, beritahu anak yang mereka perlu berhenti menyusu. Terangkan bahawa mereka dah besar dan dah sampai masanya untuk berhernti menyusu.
2.Lengahkan dan tangguhkan penyusuan. Alihkan perhatian anak anda dengan perkara / benda lain apabila dia mintak untuk menyusu. Contohnya, ajak main permainan yang digemari supaya dia lupa untuk menyusu.
3.Pastikan anak anda kenyang untuk kurangkan rasa nak menyusu.
4.Perkenalkan susu formula (jika anda rasa perlu) atau yang terbaik berikan anak anda Meal Shakes Shaklee sebagai alternative kepada penyusuan susu ibu.
5.Galakkan anak untuk minum air putih ataupun jus buah-buahan(tanpa gula) untuk mengurangkan rasa nak menyusu.
6. Pilih masa terbaik untuk berhenti susu badan. Samada siang atau malam dan hujung minggu atau hari bekerja.
7. Jangan tawarkan dan jangan layan permintaan anak untuk menyusu jika anda dah buat keputusan untuk berhenti.
8. Minta bantuan suami untuk kendalikan anak terutama masa tidur untuk mengelakkan anak mintak susu badan.
9. Tegas tapi lebihkan perhatian dan kasih sayang. Peluk dan belai anak anda untuk membantu menenangkan emosi si manja.
Proses berhentikan susu badan ialah proses yang agak sukar untuk anda dan anak. Oleh itu, kesabaran yang tinggi sangatlah diperlukan untuk memastikan proses pemberhentian susu ibu berjalan lancar.
Proses ini mungkin akan mengambil masa beberapa hari atau pun minggu. Malah ada yang mengambil masa beberapa bulan.
Oleh itu, kerjasama antara anda dan suami sangat penting untuk menjayakan misi berhentikan susu badan terhadap anak anda.
Klik button ‘SHARE‘ untuk kongsikan Cara Berhentikan Susu Badan ni dengan ibu menyusu yang lain.
Semoga usaha anda untuk berhentikan susu badan dipermudahkan Allah dan berjalan lancar seperti yang anda rancangkan. Amiiin.