Dah ada perancangan nak bercuti ke Melbourne? Kalau ye, ada baiknya korang baca tips bercuti ke Melbourne ni dulu. Almaklumlah sekarang ni macam-macam pengalaman yang tak best kita baca atau dengar.

So saya kongsikan tips yang korang perlu beri perhatian berdasarkan pengalaman kitorang bercuti ke Melbourne padaa 29 Ogos – 5 September 2018 yang lepas. Oh ye, jempput baca sharing saya tentang Trip Melbourne di sini:

Bajet Percutian Ke Melbourne Dengan Anak Kecil

Pengalaman Bercuti  Ke Melbourne Dengan Anak Kecil – Part 1

Pengalaman Bercuti  Ke Melbourne Dengan Anak Kecil – Part 2

Pengalaman Bercuti  Ke Melbourne Dengan Anak Kecil – Part 3

Bercuti  Ke Melbourne – Trip Great Ocean Road Dan Twelve Apostles

Bermain Dengan Kanggaru Di Wildlife Park Philips Island

Tengok Pengguin Di St Kilda Beach

Jalan-jalan Di Bandar Melbourne

Tempat Menarik Di Melbourne – Rugi Kalau Tak Datang Sini

Tempat Menarik Di Melbourne – Rugi Tak Datang Sini

tips-bercuti-ke-melbourne-dengan-tenang
Jom cuti dengan tenang!

Tips Bercuti Ke Melbourne Dengan Tenang

1.Visa

Kalau tak lulus confirm tak boleh masuk Australia.hehe

Ini la perkara pertama yang korang mesti buat kalau nak bercuti ke Melbourne. Visa boleh apply awal sebab ia valid setahun. Bila visa dah diluluskan baru la proceed dengan tiket flight.

Sebenarnya boleh je beli tiket flight dulu. Cuma sekarang ni undang-undang Australia sangat strict. Ramai yang tak dapat visa dan terlaksa ‘burn’ duit tiket flight macam tu je.

Tips Untuk Visa mudah lulus ialah apply menggunakan emel company korang kerja. Macam kitorang, husband saya apply melalui agent menggunakan emel ofis dia. Alhamdulillah senang je lulus.

2.Tiket Flight

Kalau nak murah sebaiknya tempah atleast awal 2 bulan. Macam kitorang yang tak berapa rajin plan awal ni, terpaksa redho je la dengan harganya. Hehe

Oh ye, nak senang cari tiket flight mana yang murah korang boleh guna Sky Scanner.

3.Musim

Pilih la musim apa yang korang suka 🙂

Selain visa dan tiket flight, ni pun penting untuk korang rancang dari awal. Australia ialah negara yang ada 4 musim. Musim panas, sejuk, luruh dan bunga.

So kena tau apa objektif korang nak bercuti ke Melbourne. Macam kitorang memang dah aim dari awal nak bawak anak-anak main salji sebab tu kitorang pilih musim sejuk.

Pastikan korang pilih pakaian yang betul ye. Check suhu dan buat kajian betul-betul baju yang sesuai. Kalau salah pilih, ‘selamat’ la poket korang nak kena beli baju kat sana nanti. Hehe

5.Duit


Tukar duit secukupnya supaya mudah dan lancar. Sebaiknya cari maklumat tentang bayaran masuk sesuatu tempat atau aktiviti yang korang nak buat kat Melbourne nanti.

Lepas tu asingkan siap-siap, contohnya ‘entrance fee’, duit makan, duit petrol, duit shopping dan lain-lain.

6.Penginapan

Homestay ke hotel yek?

Ni pun perlu ditempah lebih awal untuk dapatkan lokasi yang baik dengan harga yang berbaloi. Kitorang pilih untuk duduk di homestay sebab boleh masak. Kalau kat hotel tak boleh masak. So rancang la ikut ‘preference’ masing-masing ye 🙂

7.Makanan

Sebaiknya survey dulu kat tempat penginapan yang korang pilih tu senang ke nak cari makanan halal. Macam kitorang memang pilih Coburg sebab senang nak cari makanan halal. Kalau nak masak pun boleh sebab ada kedai yang jual daging halal.

8.Tempat Menarik

Bergambar di Lake Mountain, Melbourne

Ni macam biasa la. Study dari awal tempat mana yang korang nak pergi dan tengok maps untuk mudahkan korang susun itenary korang.

Perancangan ni sangat penting untuk jimatkan masa perjalanan korang supaya korang boleh cover banyak tempat-tempat menarik. Sayang la kalau dah sampai Melbourne tapi tak pergi tempat-tempat tumpuan pelancongkan?

9.Pengangkutan

Korang boleh pilih nak sewa kereta atau naik ‘public transport’ tapi sila la study betul-betul supaya tak ganggu mood korang masa bercuti nanti. Kitorang pilih untuk sewa kereta sebab husband nak drive sendiri. Kelebihannya jimat masa dan lebih mudah nak ke mana-mana. 

10.Cara Pembayaran

Cara pembayaran mungkin berbeza. Contohnya homestay yang kitorang duduk tu owner dia mintak bayar depksit separuh dulu melalui Online Transfer dan baki bayar cash kat sana je.

Syarikat kereta sewa pulak wajibkan pembayaran menggunakan kad kredit. So sebaiknya semak dulu cara pembayaran untuk setiap tempahan korang ye. 

11.Imigresen

contoh-gambar-senarai-vitamin-yang-dibawa
Susun semua dan ambil gambar macam ni 🙂

Rasanya semua pun tahu, imigresen Australia sangat strict kan? Tips penting untuk pastikan percutian ke Melbourne korang berjalan lancar ialah dengan:

Semak tentang barang-barang yang tidak dibenarkan dibawa masuk ke Australia. Antaranya produk tenusu, makanan basah dan lain-lain.

Buat senarai barangan yang dibawa. Contohnya senarai ubat-ubatan, makanan, vitamin atau apa-apa je yang korang rasakan perlu.

Ambil gambar produk-produk yang mungkin berisiko tinggi untuk disiasat oleh pegawai imigresen Australia. Kitorang memang ambil semua gambar makanan(pek makanan segera Brahim’s), ubat-ubatan, Vitamin Shaklee dan Skin Care Youth Shaklee yang disimpan dalam luggage.

Print senarai semak termasuk gambar dan letak dalam file khas. So nanti bila staf imigresen Australia tanya, tunjuk je senarai tu semua.

Tips lain, pastikan bawak makanan, ubat-ubatan dan vitamin beserta kotak sekali supaya senang kalau diorang nak refer.

Alhamdulillah kitorang dibenarkan jalan terus je. Takde pun kena tahan dan disuruh bukak luggage/beg macam yang ramai orang kena tu. Alhamdulillah. Terima kasih kepada kawan husband yang banyak bagi tips untuk percutian ke Melbourne kitorang sekeluarga.

So saya panjangkan tips ni supaya lebih ramai yang dapat manfaatnya. Korang pun sila la sharekan entry ni jugak k 🙂