Tips Untuk Menyusu Kali Pertama

Mahukah anda jika kami kongsikan satu info mengenai makanan paling hebat, paling berkhasiat, paling lazat dan paling sempurna buat permata hati yang bakal anda lahirkan?

Ya, itulah susu ibu, cecair bernilai lebih mahal dari emas permata kerana mengandungi kebaikan dan manfaat tidak ternilai buat bayi.

Susu ibu atau susu badan adalah makanan terbaik untuk bayi anda. Seluruh entiti perkhidmatan kesihatan dan para pakar kesihatan mengakui bahawa cara yang paling sihat untuk memberi makan kepada bayi baru lahir ialah dengan menyusukan bayi dengan susu ibu.

Bayi baru dilahirkan sedang dilekapkan ke payudara untuk penyusuan kali pertama.

Mengapa susu ibu adalah yang terbaik?

Kajian menunjukkan bahawa menyusu secara eksklusif sekurang-kurangnya selama tiga bulan boleh membantu mencegah gastroentreritis pada bayi. Jika anda menyusukan bayi anda selama sekurang-kurangnya empat bulan, anda boleh mengurangkan risiko bayi anda untuk mendapat penyakit pernafasan dan jangkitan telinga.

Selain itu, susuibu adalah makanan terbaik untuk bayi kerana:

  1. Susu ibu merupakan sumber makanan yang lengkap.
  2. Ia mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh bayi anda termasuk hormon dan bahan melawan penyakit yang tidak terdapat dalam susu formula bayi.
  3. Kandungan nutriennya akan mengadaptasi kepada keperluan bayi anda semasa dia membesar.
  4. Manfaat pengembangan minda dan imuniti jangkitan dalam susu ibu, yang tidak boleh ditiru oleh mana-mana susu formula.
  5. Penyusuan badan boleh membantu membina ikatan istimewa antara anda dan bayi anda. Apabila anda menyusukan bayi anda, bayi anda memanfaatkan sentuhan kulit dengan kulit, di samping pelukan dan pegangan. Anda juga akan berasa begitu.

Bagaimana untuk menyusu

1) Pilih kedudukan dan tempat yang selesa buat ibu dan bayi.
Oleh sebab penyusuan boleh mengambil masa dari tujuh minit hingga ke 40 minit, pilihlah tempat yang selesa untuk anda. Keadaan persekitaran adalah sangat penting, terutamanya pada peringkat awal anda mula menyusukan bayi, sebab anda perlu membiasakan diri. Jika anda mudah diganggu oleh bunyi bising, cari tempat yang senyap. Jika anda mudah bosan, anda mungkin mahu menyusukan bayi di hadapan televisyen, tetapi hanya jika penyusuan sudah menjadi perkara yang selesa untuk anda dan bayi anda. Cubalah beberapa tempat yang mungkin dahulu sehingga anda menjumpai tempat yang sesuai untuk anda.
2) Pegangan posisi penyusuan yang betul.
Pegang bayi anda dalam posisi yang tidak membuatkan lengan dan belakang anda sakit. Letakkan seberapa banyak bantal kecil atau kusyen di sekeliling anda untuk sokongan dan untuk mendapatkan keselesaan. Ramai ibu-ibu mendapati posisi melengkok seperti buaian adalah paling selesa untuk mereka walaupun kegemaran ibu mungkin berlainan. Pilihlah tempat yang selesa untuk anda dan bayi anda sebelum mula menyusu.
Salah satu teknik posisi pegangan bayi semasa penyusuan susuibu berlangsung.
3) Melekapkan bayi pada payudara dengan sempurna (Latch-on)

Perhatikan bagaimanakah rasa pada buah dada anda semasa bayi anda melekap padanya. Bayi sepatutnya menghisap satu mulut penuh tisu buah dada anda. Jika pelekapan menyakitkan, lepaskan lekapan. Caranya ialah dengan memasukkan jari kelingking anda di antara gusi bayi anda dan puting anda – dan cuba sekali lagi. Apabila bayi anda dapat melekap dengan baik, dia akan dapat menjalankan apa yang perlu seterusnya.

Teknik melepaskan lekapan bayi dari payudara menggunakan jari kelingking.
Perkara utama yang paling penting sebelum memulakan penyusuan susuibu ialah untuk mendapatkan ilmu dan informasi mengenai penyusuan susu ibu, serta mempersiapkan mental dan minda untuk menghadapi alam penyusuan susu ibu yang amat indah dengan 1001 warna dan cerita 🙂
Jangan ketinggalan mengikuti banyak lagi artikel mengenai penyusuan susuibu dan menyusu kali pertama, hanya di Vitaminibu.com

 

Cari Agen Shaklee Di Area Anda? -->Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia



Nak Daftar Jadi Ahli Shaklee? --> Daftar Ahli Shaklee 2017



Cari Agen Vivix Shaklee Di Area Anda? -->Pengedar Vivix Shaklee Seluruh Malaysia



Nak Beli Produk Shaklee Terus Dari Shaklee HQ? --> Cara Beli Shaklee Online





___________________________

Leave a Reply