Penyusuan susu ibu adalah yang terbaik untuk ibu dan bayi kerana banyak faktor. Selain memberi khasiat terbaik dan membantu melindungi bayi dari penyakit, penyusuan susu ibu boleh membantu ibu menurunkan berat yang biasanya bertambah semasa proses kehamilan.

Mahukah ibu-ibu sekalian untuk saya kongsikan bilakah cara paling mudah untuk mengembalikan berat dan bentuk badan sebelum hamil, dan apakah teknik paling mudah dan selamat serta percuma untuk menurunkan berat badan secara sihat dan sejahtera?

Caranya ialah melalui penyusuan susu ibu atau breastfeeding πŸ™‚

Kerana dalam proses tubuh ibu menghasilkan susu untuk bayi, tubuh ibu akan menggunakan kalori dan nutrient yang ada dalam tubuh ibu untuk menghasilkan susu. Hasilnya, kalori dalam tubuh ibu akan digunakan tanpa di bazirkan. Semakin lama tempoh seorang ibu menyusukan bayinya, semakin banyaklah kalori yang digunakan dan semakin banyaklah berat badan ibu diturunkan. Mudah bukan πŸ™‚

 

Namun kami akui bahawa terdapat banyak kes di mana ibu yang tidak turun berat badan walaupun menyusukan bayinya secara eksklusif.

Jika ibu tidak kehilangan berat badan atau penurunan berat badan berlaku terlalu perlahan, berikut adalah beberapa rahsia dan tips yang dikongsikan oleh ramai ibu-ibu yang mengalami isu yang sama dan akhirnya dapat mencapai penurunan berat badan yang diinginkan setelah mencuba tips-tips berikut :

4 Tips Bila Penyusuan Susu Ibu Tidak Mengurangkan Berat Badan:

  1. Kurangkan jumlah pengambilan kalori harian.
  2. Kurangkan pengambilan “empty calorie” iaitu gula tambahan yang tiada nutrisi yang biasanya ada dalam minuman ringan, kuih muih, makanan bergoreng, daging berlemak dan sebagainya.
  3. Amalkan makanan yang bebas lemak dan tidak ditambah gula.
  4. Ambil snek yang sihat setiap hari, contohnya buah-buahan dan salad.

 

Bila berat badan tidak turun semasa menyusu, ia juga dipercayai kerana tindakan hormon yang menyekat ovulasi dan menyebabkan kelenjar tiroid menjadi kurang aktif yang berkaitan dengan peningkatan berat badan.

Selain itu pengambilan Set Bersalin yang berkualiti dan selamat juga membantu dalam pemulihan kesihatan ibu seterusnya membantu dalam penuruna berat badan.

Teruskan penyusuan susu ibu dan pastikan ibu mengambil makanan berkhasiat dan seimbang serta melakukan senaman ringan di samping mengambil suplemen vitamin (sekiranya ibu mendapati diet harian ibu kurang seimbang dan ibu mungkin mengalami isu keletihan) untuk menjaga kesihatan ibu dan bayi di samping mendapatkan berat badan ideal dan bentuk tubuh menawan πŸ™‚

Klik di sini untuk mengetahui tips memilih Set Bersalin yang selamat untuk ibu berpantangd an bayi yang menyusu. Atau klik sini untuk mengetahui kenapa seorang ibu yang sedng berpantang perlu mengambil Set Bersalin