Tips Bisnes Online – Cara Mudah Dan Cepat Tambah Friends Di FB

Nak tau cara mudah dan cepat untuk tambah ‘friends’ Di FB? Tips ni penting untuk korang yang buat bisnes online di FB.

 

Tips Bisnes Online - Cara Mudah & Cepat Tambah Friend Di FB

 

Sebelum tu, nak tanya. Korang tau ke kenapa kena ramaikan friends kat FB?

 

Kalau dah tau, Alhamdulillah. Untuk yang tak tau, meh saya sharekan sket.

 

Peniaga bisnes online kena ada friends yang ramai di FB sebab friends korang tu la potential prospek . Friends tu semua ibarat pelawat atau bakal pelanggan yang datang ke kedai korang.

 

So, lagi ramai friends lagi ramai la potential customer untuk bisnes korang tu.

 

Rasa-rasa, perlu ke korang tambah friend seramai yang boleh? 😉

 

Ingat lagi Mentor bisnes online saya dulu ajar,  kene ramaikan friend kat FB.

 

Masa tu saya baru lagi berjinak-jinak dengan FB. Akaun FB pun encik suami yang buatkan. Itupun sebab saya nak buat bisnes online. hehe.

 

Masa tu dok fikir macam mana cara nak ramaikan friends kat FB ni?  Simple je mentor saya jawab “Kene add friend la“.

 

Dia tu ajar sehari kena add 20 orang. Tak boleh lebih. Nanti kena penalty dengan Abam Juki 😂

 

Yang lecehnya kerja-kerja add meng-add friend renyah sket. Ye la orang kene cari yang ada mutual friend dengan korang.

 

Masa mula-mula buat dulu saya tak tau pun pasal kena cari ‘mutual friend’ tu. So, pakai add ikut suka je la.hehe

 

Yang tak bestnya add friend kat FB ni ialah kalau korang add orang tu hari ni tak semestinya hari ni gak orang tu approve.  Ada yang setahun lepas tu baru approve. Hikhik

 

Penat-penat jari-jemari runcing korang tu dok add friend hari-hari,  tapi yang approve bape kerat je.

 

Tu tak kira yang kena penalty dengan FB macam saya dulu lagi. Mula-mula kena 24 jam. Lepas tu kalau buat lagi, lagi lama kena penalty. Saya pernah kena seminggu. Adoyaii~😭

 

So,  seperti yang dijanjikan semalam(untuk yang baca post saya di wall FB saya Erni DinaSyahmi la).

 

Jom saya nak sharekan Cara Mudah dan Cepat Untuk tambah friends di FB Tanpa perlu susah payah add friend sorang-sorang.

 

Macam mana caranya?

 

Sangat simple. Korang boleh buat sambil tidokan anak je. Macam saya lettew. Hehe

 

Caranya ialah follow otai-otai bisnes macam Pn Ainon Mohd, Tn Faisal Abdullah,  Cikgu June, Roslan Ab Hamid,  DAO etc.

 

Cara nak follow pulak macam ni. Korang set la mana-mana otai bisnes yang korang suka tu ‘see first‘. Supaya bila diorang post apa-apa, korang dapat notification. Contohnya macam ni:

 

Tips Bisnes Online - Cara Mudah & Cepat Tambah Friend Di FB

Klik ‘See First’

 

Lepas set ‘see first’ tu nanti korang akan nampak star macam pic kat bawah ni.

 

Tips Bisnes Online - Cara Mudah & Cepat Tambah Friend Di FB

 

Pastu bila dapat notification diorang post something, sila la komen. Nak komen tu pastikan komen yang baik-baik je ye. Kalau yang tak baik, better simpan sorang-sorang udah lerr.

 

Tips Bisnes Online - Cara Mudah & Cepat Tambah Friend Di FB

 

Tak tau nak komen apa?

 

Ala, komen yang simple-simple pun boleh. Kalau nak panjang-panjang lagi bagus. Saya komen ikut tahap kerajinan. Kalau tengah free, panjang sket la. Kalau busy, pendek pun jadi la.hehe

 

Tips Bisnes Online - Cara Mudah & Cepat Tambah Friend Di FB

 

TIPS PENTING: Sila komen dengan perkataan ye.  Bukan icon, emoji dan yang seangkatan dengannya k 😅

 

Nanti korang boleh nampak magic 😍

 

Jeng jeng jeng.

 

Tiba-tiba je berderet-deret orang yang request nak friend dengan korang. Hahaha

 

Ni pun dah ramai yang saya approvekan masa lunch tadi tau 😁

 

Tips Bisnes Online - Cara Mudah & Cepat Tambah Friend Di FB

 

Lepas ni jangan mengeluh pulak penat nak approve request-request tu semua ye. Hihi

 

Oh ye. Walaupun korang tengah excited tambah friend kat FB, pandai-pandai la korang filter friend korang tu. Sebabnya for sure bangla2 @ mat saleh pun akan ada gak. Hehe

 

All the best korang.

 

Selamat tambah friends korang di FB.

 

Kalau korang rasa tips ni bermanfaat,  klik la LIKE sket.  Pastu SHARE kan post ni supaya kawan-kawan korang yang lain pun dapat jimat masa daripada kerja-kerja meng-add friend yang teramaattt la boriiinnggg ittew 😁

Cari Agen Shaklee Di Area Anda? -->Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia



Nak Daftar Jadi Ahli Shaklee? --> Daftar Ahli Shaklee 2017



Nak Beli Produk Shaklee Terus Dari Shaklee HQ? --> Cara Beli Shaklee Online





___________________________

Leave a Reply