Tag: Vitamin ibu menyusu

Set Menyusu Shaklee – kenapa ibu perlukan vitamin

Bila sebut je Vitamin Ibu Menyusu atau set menyusu Shaklee, akan timbul pelbagai respon 🙂

Ramai yang  kata : ibu menyusu tidak perlukan supplement, hanya perlukan rangsangan dan kosongkan breast dengan kerap.

 

Ya itu sangat betul. Saya sebagai penasihat penyusuan susu ibu Malaysia sangat mengangkat konsep : supply vs demand  dalam penyusuan susu ibu.

 

Jika anda tidak menyusu bayi dengan kerap, dan tidak mengosongkan breast dengan kerap (iaitu bila breast lebih banyak kali terasa penuh dan dibiar penuh sampai bengkak tanpa menyusu bayi atau perah)

 

Memang susu anda akan semakin kurang.

 

Sebab konsep penyusuan tidak betul di situ. Untuk berjaya dalam penyusuan susu ibu, mesti ingat konsep ini :

 

Empty Breast = More Milk Production

Full Breast = Less Milk Production

 

Jadi kenapa perlukan supplement bila konsep utama ialah supply vs demand?

 

Supplement set menyusu shaklee dalam konteks penyusuan susu ibu bukanlah untuk membanyakkan susu ibu sebenarnya,

 

tetapi ialah untuk meningkatkah tahap kesihatan ibu.

 

Sekiranya ibu seoarang yang

  1. asyik penat keletihan,
  2. sering tertekan dan stress,
  3. sering naik angin,
  4. sering takde mood,
  5. nak masak pun tak larat,
  6. nak buat kerja rumah pun rasa letih,

 

bagaimana nak menghadapi cabaran dalam menjaga anak kecil dan menyusukan sepenuhnya dengan susu ibu?

sedangkan sewaktu hamil 9 bulan pun kita perlukan vitamin dan makanan berkhasiat yang cukup, apatah lagi untuk mengharungi perjalanan penyusuan susu ibu secara exclusive selama 6 bulan dan seterusnya sehingga 2 tahun?

 

penyusuan susu ibu ni berkait dengan faktor hormon.

 

Hormon-hormon yang terlibat dalam proses penyusuan iaitu hormon prolactine dan hormon oxytocin sangat berkait rapat dengan keadaan ibu, terutamanya oxytocin yang dikenali sebagai hormon gembira.

 

Jadi sekiranya ibu sering bermasalah seperti masalah-masalah di atas, tentu sekali akan mengganggu kesihatan ibu dan seterusnya mengganggu juga proses penyusuan.

 

Disebabkan itulah ada ibu-ibu yang memerlukan bantuan supplement vitamin ibu menyusu untuk mendapatkan kesihatan yang baik.

 

Kerana manfaat vitamin ibu menyusu amat banyak membantu dalam memberi tenaga, kesihatan dan ketenangan pada ibu menyusu.

Ibu sihat

Ibu adalah jantung hati sebuah family. Ibu yang sihat dan ceria akan membahagiakan seluruh isi rumah. Ibu yang gembira ialah ibu yang sihat 🙂 Ibu yang sihat dan gembira akan melancarkan proses penyusuan susu ibu 🙂

Untuk mengetahui bagaimana set menyusu shaklee dapat membantu ibu-ibu menyusu  mendapatkan kesihatan yang baik, seterusnya membantu ibu menjayakan penyusuan, hubungi saya di saluran berikut :

 

Set Bersalin Shaklee Banyakkan Susu

Sebelum ini kita sudah berkenalan dengan Set Bersalin Shaklee Set Asas, iaitu yang mengandungi semua keperluan dalaman untuk ibu bersalin, yang sesuai untuk ibu Bersalin Pembedahan Czer atau Cesarean dan juga Bersalin Normal

Kali ini kita lihat pula satu lagi kombinasi Set Bersalin Shaklee untuk ibu Berpantang yang Menyusukan Bayi.

Set Bersalin Shaklee – Set Extra ini merupakan Set Asas yang ditambah dengan 2 supplement yang sangat baik dalam membantu menyokong keperluan nutrisi ibu yang menyusu.

 

Set Bersalin Shaklee

Manfaat dan keperluan 4 supplement di bahagian kiri dalam gambar di atas, telah pun kita ketahui dari entry tentang Set Bersalin Shaklee – Set Asas

Manakala 2 produk tambahan yang inshaALLAH dapat membantu menyokong keperluan nutrisi ibu menyusu ialah :

ESP Shaklee 

  1. Protein diperlukan untuk menghasilkan hormon dalam badan. Penyusuan susu ibu sangat berkait dengan hormon (prolactine dan oxytocin).
  2. Protein adalah komponen utama susu ibu selepas air. Kurang protein terutama semasa berpantang menyebabkan ibu berpantang sering menghadapi masalah kurang susu.
  3. Protein membantu penyembuhan luka yang pantas dan menyeluruh.

Ostematrix Shaklee

  1. Antara komponen utama dalam susu ibu selain air dan protein, ialah kalsium.
  2. Membantu ibu mendapat rehat yang berkualiti.
  3. Melegakan otot dan saraf ibu dan elakkan dari tekanan bersama B-Complex dalam Set Bersalin.
  4. Elakkan daripada gigi rosak dan sakit tulang pada ibu.
  5. Ibu menyusu yang tidak mendapat cukup kalsium lazimnya akan mendapat masalah gigi rosak dan sakit tulang.

Ibu dalam Berpantang selepas Bersalin sepatutnya mendapat zat nutrisi yang banyak daripada makanan.

Namun kerana amalan berpantang kita yang bayak mengehadkan pengambilan pelbagai jenis makanan lazim, maka banyak zat-zat penting yang ibu tidak dapat.

Kerana itulah perlunya Set Bersalin yang selamat dan dilengkapi dengan sokongan nutrisi untuk ibu menyusu khususnya bagi anda yang ada masalah penyusuan.

Ini juga antara faktor utama yang menjadi sebab kenapa ibu menyusu memerlukan makanan tambahan.

Walaupun ramai yang menentang idea supplement vs breastfeeding, hakikat yang mereka tak dapat nafikan ialah thousands (or million perhaps?) moms and babies have benefited from Supplements in helping their Breastfeeding journey.

InshaaALLAH jika ibu memenuhi keperluan penyusuan terutama konsep “empty breast more milk supply, full breast slow milk supply” dan konsep “demand vs supply”

susu ibu akan terhasil mencurah-curah dengan pengambilan supplement dan juga makanan seimbang.

Alhamdulillah berdasarkan Testimoni dan Feedback setakat ini hampir 100%  pengguna berpuas hati dengan Set Bersalin Shaklee ini.

Malah rata-rata pengguna menyatakan Harga Set Bersalin Shaklee ini amat jimat dan murah berbanding Set Bersalin lain setelah mereka merasa sendiri Kebaikan Set Bersalin Shaklee ini

Segera dapatkan Set Bersalin dengan menghubungi saya dari salah satu saluran berikut :

Banyakkan susu dengan teknik hypno breastfeeding

Semalam saya menerima satu mesej dari seorang sahabat lama saya.
Mesejnya berbunyi lebih kurang begini ::

 

Salam *****..apa kbr..
i nk tnye ni…u jual lg x set shaklee?ngat nk try amik yg breast fed nyer la…skrg ni ade krisis susah lak susu nk produce bila pump..then nk tnye pendapat gak.. klu free call ek ********** xpon bg no u bia i kol..
thanks..

 

Saya mengambil masa yang agak lama untuk reply mesej beliau…tengah malam saya mendapat idea, elok juga kalau saya jadikan issue ni sebagai entry blog saya 🙂

 

So saya sharekan tips yang saya sertakan dalam jawapan saya kepada beliau…

 

 

Salam, alhamdulillah sihat…baby u dah berapa bulan sekarang?

 

 

I memang ada jual lagi set shaklee tu sambil2 makan sendiri

 

 

just nak inform yg i ni registered Lactation counselor, so di samping nak cadangkan supplement, I nak jugak tahu lebih detail kut2 u ada problem sampingan yg menyebabkan susu jadi kurang…

 

 

biasanya bila baby dah besar sikit, memang badan akan mula kurang ahsilkan susu, antaranya ialah faktor ::

 

  1. baby dah kurang menyusu direct
  2. baby dah mula ambil solid
  3. baby dah mula menyusu dalam masa yang sekejap, tidak lagi lama

 

dan faktor ibu pula::

 

  1. perubahan hormon
  2. letih
  3. ibu tidak makan dengan baik (skip makan, makan sikit sebab kesuntukan masa, kurang makan seimbang etc etc)
  4. tekanan tugas sebagai ibu, tambahan lagi bagi ibu yang berkerja
  5. kurang memerah/mengepam susu

 

jadi adakah u ada mengalami salah satu dari faktor2 di atas?

 

 

dan tambah lagi nak puasa ni memang kena prepare extra ebm sikit utk persediaan kalau2 susu drop banyak semasa sedang berpuas…

 

 

ada satu tips yang boleh u amalkan::

 

 

Teknik hypnobreastfeeding:

  1. Set minda & yakin boleh menyusukan secara eksklusif dgn susu ibu tanpa tambahan susu formula
  2. Kekalkan ketenangan perasaan & minda dgn cara :
  3. melihat sesuatu yg boleh menimbulkan rasa tenang & bonding. Cth:melihat anak tertidur selepas menyusu – hilangkan rasa risau, sakit, stress, ragu-ragu untuk menyusukan
  4. Masuk ke bilik yang sunyi (office u tentu boleh :))
  5. Pasang zikir
  6. Pasang aromaterapi yang menenangkan
  7. Duduk tegak bersandar
  8. Rilekskan otot
  9. Baca selawat sekurang-kurangnya 3 kali
  10. Tarik nafas secara dalam, tahan selama 10 saat, lepas melalui mulut dengan bunyi heh
  11. Bila rasa tenang, ulang lagi pernafasan tersebut, bayangkan anda melepaskan semua perasaan negatif risau, sakit, stress, ragu-ragu untuk menyusukan
  12. Masukkan setting positif “i boleh menyusukan anakku secara eksklusif selama 6 bln, 12 bln, 18 bln, 2 tahun”.

 

 

 

 

untuk sokongan dari segi nutrisi, Basically ibu menyusu perlukan 4 element paling penting ::

  1. Air – sebab susu tu sendiri liquid dan badan kita perlu air yg optimum
  2. Protein – selepas air, komponen utama susuibu ialah protein
  3. Calcium – juga komponen utama susuibu
  4. Vitamin asas (A, B complex dan C serta mineral lain) – untuk support keperluan saraf dan darah ibu agar badan tak haus nutrisi supaya penghasilan susu berjalan lancar.

 

Untuk maklumat lanjut berkenaan nutrisi semasa penyusuan, lawati laman ini 

 

Selamat mencuba Teknik Hypno Breastfeeding 🙂

Tips kurus selepas bersalin.

Penyusuan susu ibu adalah yang terbaik untuk ibu dan bayi kerana banyak faktor. Selain memberi khasiat terbaik dan membantu melindungi bayi dari penyakit, penyusuan susu ibu boleh membantu ibu menurunkan berat yang biasanya bertambah semasa proses kehamilan.

Mahukah ibu-ibu sekalian untuk saya kongsikan bilakah cara paling mudah untuk mengembalikan berat dan bentuk badan sebelum hamil, dan apakah teknik paling mudah dan selamat serta percuma untuk menurunkan berat badan secara sihat dan sejahtera?

Caranya ialah melalui penyusuan susu ibu atau breastfeeding 🙂

Kerana dalam proses tubuh ibu menghasilkan susu untuk bayi, tubuh ibu akan menggunakan kalori dan nutrient yang ada dalam tubuh ibu untuk menghasilkan susu. Hasilnya, kalori dalam tubuh ibu akan digunakan tanpa di bazirkan. Semakin lama tempoh seorang ibu menyusukan bayinya, semakin banyaklah kalori yang digunakan dan semakin banyaklah berat badan ibu diturunkan. Mudah bukan 🙂

 

Namun kami akui bahawa terdapat banyak kes di mana ibu yang tidak turun berat badan walaupun menyusukan bayinya secara eksklusif.

Jika ibu tidak kehilangan berat badan atau penurunan berat badan berlaku terlalu perlahan, berikut adalah beberapa rahsia dan tips yang dikongsikan oleh ramai ibu-ibu yang mengalami isu yang sama dan akhirnya dapat mencapai penurunan berat badan yang diinginkan setelah mencuba tips-tips berikut :

4 Tips Bila Penyusuan Susu Ibu Tidak Mengurangkan Berat Badan:

  1. Kurangkan jumlah pengambilan kalori harian.
  2. Kurangkan pengambilan “empty calorie” iaitu gula tambahan yang tiada nutrisi yang biasanya ada dalam minuman ringan, kuih muih, makanan bergoreng, daging berlemak dan sebagainya.
  3. Amalkan makanan yang bebas lemak dan tidak ditambah gula.
  4. Ambil snek yang sihat setiap hari, contohnya buah-buahan dan salad.

 

Bila berat badan tidak turun semasa menyusu, ia juga dipercayai kerana tindakan hormon yang menyekat ovulasi dan menyebabkan kelenjar tiroid menjadi kurang aktif yang berkaitan dengan peningkatan berat badan.

Selain itu pengambilan Set Bersalin yang berkualiti dan selamat juga membantu dalam pemulihan kesihatan ibu seterusnya membantu dalam penuruna berat badan.

Teruskan penyusuan susu ibu dan pastikan ibu mengambil makanan berkhasiat dan seimbang serta melakukan senaman ringan di samping mengambil suplemen vitamin (sekiranya ibu mendapati diet harian ibu kurang seimbang dan ibu mungkin mengalami isu keletihan) untuk menjaga kesihatan ibu dan bayi di samping mendapatkan berat badan ideal dan bentuk tubuh menawan 🙂

Klik di sini untuk mengetahui tips memilih Set Bersalin yang selamat untuk ibu berpantangd an bayi yang menyusu. Atau klik sini untuk mengetahui kenapa seorang ibu yang sedng berpantang perlu mengambil Set Bersalin

Vitamin Ibu Menyusu

Untuk sokongan dari segi nutrisi, Basically ibu menyusu perlukan 4 element paling penting ::

  1. Air – sebab susu tu sendiri liquid dan badan kita perlu air yg optimum
  2. Protein – selepas air, komponen utama susuibu ialah protein
  3. Calcium – juga komponen utama susuibu
  4. Vitamin asas (A, B complex dan C serta mineral lain) – untuk support keperluan saraf dan darah ibu agar badan tak haus nutrisi supaya penghasilan susu berjalan lancar.

 

 

 

 

 
Dalam produk Shaklee, untuk memastikan tubuh tidak dehydrated dan system osmosis darah berada pada tahap optimum, shaklee ada satu produk yang dinamakan Performance drink, ia sama konsep seperti 100+ tapi tanpa gas, tanpa gula, tanpa pengawet dan tanpa perisa tambahan….Performance drink ni bancuh dengan airsejuk sahaja, perasa oren dan boleh juga bagi anak2 yang berumur 2 tahun ke atas minum jika tengah demam untuk bantu turunkan suhu….Performance drink ni akan menyebabkan sel badan segah sentiasa dan tidak kecut sebab air dikekalkan pada tahap optimum…performance drink ni sangat essential untuk bulan Ramadhan ni terutama bagi ibu yang menyusu..

Dalam shaklee juga ada produk protein yang dinamakan Energizing Soy Protein (ESP) yang dihasilkan secara alami dari kacang soya baka tulen (bukan baka yang diubah geneticnya)…mengambil 3 sudu ESP sehari memenuhi 100% keperluan protein ibu hamil dan ibu menyusu…sebabtu bila ibu2 breastfeed yang ada masalah susu mengambil ESP mereka dapat hasil yang menakjubkan sebab protein ni antara elemen paling penting dalam penghasilan susu….

nak hasilkan susu perlu hormon oxytocin dan prolactine, hormon pula trdiri dari elemen protein.

sebab tu bila ambil ESP susu sangat2 meriah, dijangka kemungkinan sebab pengambilan ESP membantu peningkatkan hormone oxytocin dan prolactine tu

Calcium macam biasa memang di perlukan untuk hasilkan susu, kalau ibu tak cukup calcium, memang susu akan merosot, malah tulang,tapak kaki dan gigi ibu akan terkesan (lazimnya tapak kaki akan sakit) menandakan badan mula menarik kalsium dari otot dan tulang untuk menampung keperluan kalsium untuk disalurkan kepada susu..dalam shaklee calcium dilengkapi dengan magnesium dan vitamin D iaitu dua bahan yang sangat penting untuk memastikan calcium terserap dengan sempurna ke dalam darah..kalau calcium yang takde vitamin D atau magnesium, calcium tu akan susah nak diserap dan lama2 akan terkumpul jadi batu (gall bladder stone)

Vitamin B complex sangat2 penting untuk menyokong keperluan saraf ibu,terutama ibu yang selalu sibuk dan berkerja di bawah tekanan, dan bcomplex sangat penting untuk menukarkan makanan yang dihadam kepada tenaga…jika ibu kekurangan vitamin Bcomplex tubuhnyatakkan dapat tenaga yang optimum dari makanan yang dia makan, dan mula merasa tertekan malah terasa sangat letih sebab kurang tenaga dan saraf tidak mendapat nutrient yg sepatutnya.

Vitamin C pula melindungi kelenjar yang menghasilkan hormon daripada bengkak (akibat tekanan) dan berdarah, bila kelenjar bengkak dan berdarah, ia sudah tevcedera maka kebolehannya untuk menghasilkan hormon akan terganggu, sebabtu ibu yang tertekan akan mendapati susu berkurangan

vitamin2 lain dan mineral2 lain sememangnya perlu untuk menampung kekurangan nutrient yang mungkin berlaku bila ibu tidak makan dengan seimbang dan tidak makan mengikut waktu yang tetap..