Nak rawat gout tapi dah bosan minum air putih je? Anda nak cari jus penawar gout yang sedap? Relax, lepas ni anda dah boleh pelbagaikan minuman harian anda.

 

Resepi Jus Penawar Gout Yang Sedap, Mudah dan Berkesan Buah

 

Yang paling penting jus penawar gout yang saya akan share ni sedap, mudah dan berkesan untuk pesakit Gout.

 

Macam yang anda semua dah tahu, gout ialah penyakit yang berpunca daripada kadar asid urik yang terlalu tinggi dalam badan. Ramai pesakit gout yang stress sebab kena banyakkan minum air untuk elakkan pembentukan Kristal Asid Urik.

 

Kalau yang biasa minum air putih takpe la. Masalahnya kebanyakan pesakit gout memang kurang minum air putih. Nak habiskan 1 liter sehari pun seksa tauuu.hehe

 

Berita baik untuk anda yang menghidap gout, ada beberapa jus penawar gout yang sedap untuk anda amalkan:

Jus Penawar Gout – Hijau Yang Mengalkalikan:

 

Resepi Jus Penawar Gout Yang Sedap, Mudah dan Berkesan Green Juice

1 Biji Epal

150g Timun

150g Peria

100g Lada Benggala/Capsicum

120g Batang Saderi/Celery

 

Resepi Jus Penawar Gout ni perlu menggunakan ‘Slow Juicer‘. Tak perlu tambah air ye. Jus ini juga sesuai diamalkan oleh orang yang ada masalah darah tinggi, kolestrol dan kencing manis.

 

Jus penawar ini boleh bantu alkalikan tubuh badan pesakit gout. Ia juga boleh meningkatkan fungsi buah pinggang.

 

Resepi Jus Penawar Gout – Oren Yang Menurunkan Asid Urik :

Resepi Jus Penawar Gout Yang Sedap, Mudah dan Berkesan

150g Lobak merah/ carrot

120g Batang Saderi/ Celery

1 Biji Epal

 

Jus penawar Gout ni juga seperti resepi jus yang pertama tadi, dihasilkan menggunakan Slow Juicer tanpa tambahan air.

 

Resepi Jus Penawar Gout – Ceri Yang Menyegarkan

Resepi Jus Penawar Gout Yang Sedap, Mudah dan Berkesan - Cherry Lemon Jus

100g Buah Ceri

1 Biji Lemon

Air Sejuk 500ml

 

Caranya, campurkan semua sekali dan kisar. Jus ini tidak sesuai untuk pesakit diabetis sebab buah ceri ialah buah yang manis.

Resepi Jus Penawar Gout – Ungu Yang Meneutralkan

Resepi Jus Penawar Gout Yang Sedap, Mudah dan Berkesan - Beetroot

100g Beetroot

2 biji Epal Hijau

50g Nanas

1/4 Biji Lemon

1/2 Inci Halia

 

Resepi ini juga menggunakan Slow Juicer,  ‘tak perlu tambah air ye.

 

Semua jus penawar di atas disarankan untuk diamalkan berterusan selama 7 hari. Insyaa Allah anda akan nampak kesan positif jika amalkan secara konsisten.

 

Selain daripada 4 jus penawar kat atas, ada 1 lagi jus yang sangat bagus untuk pesakit gout. Jus yang 1 ni tak perlu bancuh-banduh dah. Terus minum je.

 

Jus yang saya maksudkan ialah Jus Resveratrol yang sangat power iaitu Vivix Shaklee.

 

Beminat nak dapatkan Vivix Shaklee?

 

Hubungi hotline kami di 012-346 1698 sekarang juga!

 

3 comments on “Resepi Jus Penawar Gout Yang Sedap, Mudah Dan Berkesan”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *