3 terbaik – Vitamin buat ibu yang mudah letih dan lesu.

Adakah anda di antara ibu-ibu yang mengalami masalah keletihan, kurang tenaga, stress akibat kerja pejabat/rumah?

 

 

 

Tahukah anda bagaimana pengambilan suplemen vitamin boleh membantu dalam masalah anda?

Vitamin dan mineral sebenarnya bukan booster tenaga, malah ia tiada kalori mahupun protein. Vitamin dan mineral bertindak sebagai pemangkin kepada penukaran bahan bakar dari makanan kita kepada tenaga.

Oleh itu, vitamin dan mineral amat penting kerana kekurangannya menjadikan proses metabolisma tenaga boleh terganggu. Malah boleh menyebabkan pelbagai penyakit contohnya kencing manis.

Apakah rangkaian vitamin yang boleh membantu dalam penjanaan tenaga?

1. VITALEA IRON FORMULA

Multivitamin yang memenuhi keperluan US RDI untuk vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh ibu.

Zat besi (iron) adalah penting dalam pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah ke seluruh tubuh. Kekurangan oksigen akibat kurang hemoglobin menjadikan tubuh kita lesu dan penat.

2. B COMPLEX

B Complex ada pelbagai fungsi antaranya ::

  • pembinaan sel darah merah,
  • sokongan fungsi saraf,
  • membantu penyerapan vitamin,
  • menukarkan gula kepada tenaga (key paling penting dalam menghindarkan kegemukan dan diabetes), sintesis protin
  • dan sebagainya.

3. VITAMIN C

Produk terhangat di alam maya, vitamin C Shaklee berkapasiti 500mg setiap tablet, dengan formulasi unik di mana vitamin C ini dilepaskan secara perlahan-lahan dan beransu-ansur ke dalam darah untuk memastikan tubuh mendapat bekalan vitamin-C secara berpanjangan, ini kerana vitamin-C amat mudah termusnah dengan pelbagai faktor. Tetapi dengan teknologi pelepasan masa (sustained release) oleh Shaklee, vitamin C akan sentiasa dibekalkan ke dalam darah secara tetap.

Penting dalam membina imuniti dan menghapuskan radikal bebas. Vitamin C penting untuk sintesis carnitine yang berperanan menjana tenaga dari lemak.

Ketiga-tiga vitamin di atas kami gabungkan dalam SET A OPTIMUM khas untuk para ibu yang tercari-cari penyelesaian vitamin untuk masalah badan letih dan lesu ๐Ÿ™‚

 

Cari Agen Shaklee Di Area Anda? -->Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia



Nak Daftar Jadi Ahli Shaklee? --> Daftar Ahli Shaklee 2017



Cari Agen Vivix Shaklee Di Area Anda? -->Pengedar Vivix Shaklee Seluruh Malaysia



Nak Beli Produk Shaklee Terus Dari Shaklee HQ? --> Cara Beli Shaklee Online





___________________________

Vitamin Ibu Menyusu – Set Breastfeeding Shaklee yang terbukti keberkesanannya.

Kami di Vitamin Ibu amat gembira dan bersyukur kepada ALLAH kerana sepanjang 5 tahun menjalani proses penyusuan susu ibu, kami dapat menyaksikan kesedaran terhadap penyusuan susu ibu telah meningkat dengan pesat sekali.

 

Bukan itu sahaja, ibu-ibu menyusu hari ini semakin bijak dalam memilih dan memvariasikan pengambilan makanan untuk mencapai penghasilan susuibu yang baik disamping menambah dan meningkatkan pengeluaran susuibu.

 

Kita dapat lihat kini makin ramai ibu menyusu yang mengamalkan pengambilan vitamin Shaklee. Alhamdulillah, rangkaian vitamin yang disarankan untuk ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu telah membantu ramai ibu menjalani kehidupan yang lebih berkualiti. Set breastfeeding Shaklee bukan sekadar milk booster (membanyakkan susu) tetapi ia adalah rangkaian vitamin dan mineral keperluan ibu yang menyusukan anak. Setelah hampir 4 tahun, berikut adalah manfaat dan faedah yang diperolehi oleh ibu-ibu menyusu yang mengamalkan set breastfeeding atau set penyusuan susuibu:

  1. Lebih bertenaga
  2. Kurang stress/tekanan perasaan
  3. Mengelakkan meroyan
  4. Mengurangkan sakit badan (sakit urat)
  5. Kurang mengantuk (di waktu yang tak sepatutnya mengantuk)
  6. Perbaiki keintiman suami isteri
  7. Memiliki wajah berseri-seri
  8. Mencantikkan kulit dan kuku
  9. Mengawal berat badan
  10. Membanyakkan susu ibu

Terdapat juga komen-komen yang mengatakan tidak perlu pengambilan vitamin sekiranya pemakanan seharian ibu telah memenuhi keprluan piramid makanan. Sebenarnya, ada banyak faktor yang telah merosakkan kualiti dan nutrisi makanan pada hari ini, di mana faktor-faktor ini berlaku kebanyakannya semasa dari fasa penanaman dan semaian lagi. Ini akan dibincangkan dalam entry akan datang.

Kadangkala pemakanan kita seharian walaupun sudah cukup, tapi banyak perkara yang boleh memberi kesan terhadap penyerapan vitamin oleh tubuh kita, misalnya:

  • Sumber makanan dan cara masakan yang merosakkan nutrien
  • Stress
  • Pencemaran udara
  • Usus yang โ€˜kotorโ€™ dan tidak dapat menyerap nutrien dengan baik
  • Kurang rehat dan kurang tidur
  • Pemakanan yang tidak seimbang (sekadar kenyang saja)

Jadi, salah satu pilihan yang ada, terutama kepada ibu yang menyusukan anak.. Kerana seorang ibu yang menyusu itu berkhidmat untuk 3 pihak : dirinya, anaknya, dan suaminya โ€“ ย 

  1. dirinya perlu penjagaan luaran dan dalaman; ย 
  2. anaknya perlu pernjagaan, asuhan dan SUSU IBU! ย 
  3. Suaminya perlukan layanan dari isteri โ€“ maka bertambah-tambah tanggungjawab seorang ibu menyusu.

Kerana itulah set breastfeeding Shaklee disusun sebegitu rupa, agar memenuhi keperluan nutrien seorang ibu. Diperbuat dari bahan-bahan semulajadi yang ditanam secara organik, pasti selamat dan sesuai buat semua.
Nak yang lebih segar? Kupaslah sendiri dari ladang :)

set breastfeeding shakleeย 

Terdapat lebih 4 pilihan rangkaian vitamin ibu menyusu dari Shaklee. Untuk mendapatkan maklumat lanjut serta konsultasi berkenaan set manakah yang menepati keperluan tubuh anda, hubungi Vitamin Ibu segera.

Hubungi kami segera untuk PAKEJ ISTIMEWA dan BUDGET SET untuk Set Breastfeeding Shaklee! Hanya di Vitamin Ibu.

ย 

Cari Agen Shaklee Di Area Anda? -->Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia



Nak Daftar Jadi Ahli Shaklee? --> Daftar Ahli Shaklee 2017



Cari Agen Vivix Shaklee Di Area Anda? -->Pengedar Vivix Shaklee Seluruh Malaysia



Nak Beli Produk Shaklee Terus Dari Shaklee HQ? --> Cara Beli Shaklee Online





___________________________

Vitamin dan Ibu – tidak boleh dipisahkan.

Vitamin dan Ibu adalah dua elemen yang tidak boleh dipisahkan, adakah benar?

Bagi seorang yang sedang menanti untuk bergelar ibu atau telah pun duduk di takhta IBU, tentu akan bersetuju dengan pernyataan ini.

Semasa seorang ibu disahkan hamil pada minggu-minggu awal kehamilan, doktor akan membekalkan asid folik (yang paling asas dan hampir semua ibu menerimanya) berserta beberapa pil vitamin dan mineral lain sperti vitamin C, multivitamin, ferrous fumarate (untuk iron) dan calcium. Ada pula ibu hamil yang mendapat bekalan obimin setelah disahkan hamil. Obimin itu sebenarnya adalah pil multivitamin khusus untuk para ibu hamil.

Semasa selepas bersalin pula, lazimnya ibu akan dibekalkan dengan vitamin B-complex dalam bentuk pil yang sangat kecil dan rasanya sungguh melekat di atas lidah, di samping pil ferrous fumarate untuk menambah darah.

Kesemua pil tersebut sebenarnya adalah SUPPLEMENT yang terdiri dari vitamin dan mineral untuk ibu hamil, ibu berpantang dan juga ibu yang menyusu.

  1. Asid Folik – adalah merupakan kumpulan dari vitamin B-Complex
  2. Vitamin C- vitamin penting untuk membantu penyembuhn luka dan meningkatkan imuniti terutama ketika hamil dan ketika menyusu.
  3. Obimin – adalah multivitamin yang mengandungi pelbagai vitamin yang diperlukan oleh ibu hamil dan ibu menyusu.
  4. Ferrous Fumarate – mineral yang diperlukan untuk pembinaan darah.
  5. Calcium – mineral yang diperlukan untuk fungsi tulang dan otot yang optimum, yang juga sangat diperlukan oleh ibu hamil dan ibu menyusu.
  6. B-complex – diperlukan untuk fungsi sistem saraf (otak dan saraf tunjang dan seluruh saraf yang ada pada badan) yang optimum.

Nampaknya setakat ini memang benarlah bahawa vitamin dan ibu adalah tidak dapat dipisahkan ๐Ÿ™‚

Ini terbukti apabila para doctor turut menekankan pengambilan vitamin sebagai tambahan kepada pemakanan yang sihat dan seimbang untuk mendapatkan kehamilan yang sihat, penyusuan yang sihat serta kesihatan tubuh badan yang baik.

Oleh kerana itu, para ibu dan bapa perlulah memahami tentang fungsi vitamin dan makanan tambahan secara asas, dan juga perlulah mengetahui adakah vitamin yang diambil semasa hamil dan menyusu itu selamat untuk ibu dan bayi. Kerana bukan semua vitamin yang dijual di pasaran adalah selamat dan sihat.

https://i0.wp.com/www.pregnancy.org/files/prenatal-vitamin-d.jpg?w=640

Terdapat ribuan jenama vitamin di pasaran, bagaimana kita nak memastikan vitamin dan mineral yang mana satu selamat dan tidak membahayakan kesihatan ibu dan bayi? Bagaimanakah caranya kita nak mengetahui vitamin yang terbaik dan berkesan untuk ibu serta tidak membebankan dan tidak membahayakan buah pinggang?

Tunggu kupasan kami dalam entry akan datang ๐Ÿ™‚

Cari Agen Shaklee Di Area Anda? -->Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia



Nak Daftar Jadi Ahli Shaklee? --> Daftar Ahli Shaklee 2017



Cari Agen Vivix Shaklee Di Area Anda? -->Pengedar Vivix Shaklee Seluruh Malaysia



Nak Beli Produk Shaklee Terus Dari Shaklee HQ? --> Cara Beli Shaklee Online





___________________________

Selamat datang ke Vitamin Ibu

Salam sejahtera buat semua pengunjung. Terima kasih kerana sudi menjenguk blog Vitamin Untuk Ibu ini. Blog ini di dedikasikan khas untuk ibu-ibu hebat, emak-emak hebat, mommy hebat, mama hebat, ummiย  hebat dan yang sama makna dengan mereka yang hebat dan bijak dalam memberikan yang terbaik untuk anak-anak dan keluarga.

Tujuan blog ini diwujudkan ialah untuk berkongsi info mengenai vitamin dan nutrisi semula jadi yang diperlukan oleh para wanita yang sedang atau bakal bergelar ibu. Ini kerana ibu sebagai ratu dalam sebuah family amat perlu menjaga kesihatan dan kecantikan diri agar dapat terus mencurahkan kasih sayang buat anak-anak dan seisi keluarga.

Antara topik yang akan ibu-ibu perolehi melalui blog ini :

  • Tips kesihatan dan kecantikan wanita
  • Tips mendapatkan berat badan yang ideal.
  • Tips untuk hamil.
  • Tips menjalani kehamilan yang sihat.
  • Tips kelahiran dan penjagaan selepas bersalin atau berpantang.
  • Tips berjaya dalam penyusuan susuibu.
  • Tips menangani stress.
  • Tips kesihatan anak-anak dan keluarga.

Serta banyak lag topik kembangan yang bakal dibincangkan dari hari ke hari.

leh itu jangan ketinggalan untuk mendapatkan tips-tips hebat dari Vitamin Ibu dengan cara subscribe blog kami melalui email anda dan juga follow kami di Facebook Page Vitamin Ibu.

Salam sayang dari Vitamin Ibu dan jumpa lagi ๐Ÿ™‚

Cari Agen Shaklee Di Area Anda? -->Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia



Nak Daftar Jadi Ahli Shaklee? --> Daftar Ahli Shaklee 2017



Cari Agen Vivix Shaklee Di Area Anda? -->Pengedar Vivix Shaklee Seluruh Malaysia



Nak Beli Produk Shaklee Terus Dari Shaklee HQ? --> Cara Beli Shaklee Online





___________________________

Mighty 3 Gems – Kenapa saya sangat sukakannya.

ย 

Kenapa Saya suka sangat Mighty 3 Gems ?

Sebab yang utama ialah kerana iaย  supplement yangย  SUPER SEDAPPP (dan saya ialah penggemar supplement dan penggemar makanan sedap :))

Di samping itu, dengan menikmati kesedapan supplement ini, ia telah memenuhi keperluan gizi dan nutrient seharian saya.

Protein

Saya seorang yang tak berapa suka makan daging sebab saya cepat was-was…contohnya ayam, adakah betul cara sembelihannya, adakah di beri makan sumber yang halal, dan banyak perkara yang saya fikir. Benda-benda begini menyebabkan saya tak makan ayam sangat kecuali dapat dari sumbr yang diyakini. Ikan pun sama, saya akan fikir dah berapa lama dia peram ikan ni dengan formalin, ikan ni ada pernah termakan logam berat tak masa hidup dulu, karang kalau aku makan aku sekali dengan anak aku dapat logam berat yang sangat carceinogenic tu..alahai saya banyak sangat fikir..hehehe

Tapi dengan adanya ESP, alhamdulillah saya dapat memenuhi keperluan protein harian saya sebanyak 14 gram sehari, dan yang penting saya menikmatinya dengan lazat, sihat dan tanpa was-was…bi izniLLAH, alhamdulillah ๐Ÿ™‚

Vitamins dan minerals

Komponen yang tak terlalu banyak diperlukan oleh badan, tergolong dalam mikronutrient tetapi kekurangannya boleh menyebabkan kesan buruk pada kesihatan. Malah banyak penyakit hari ini adlaah disebabkan masalah nutrisi, bukan kuman.

Saya seorang yang sangat takut makan buah dan sayur kecuali yang ditanam sendiri…sebab saya takut pesticide. Tahukah anda negara kita tidak ada peruntukan undang-undang ang menghalang penggunaan racun serangga secara besar-besaram dalam sektor pertanian? maka agaknya bila buah dan sayur di tanam dan di sembur racun serangga, ke mana racun-racun ini pergi ya? Jawapannya ialah pada bahagian-bahagian dalam tumbuhan itu sendiri.

Saya hanya akan makan sayur dan buah organic, tapi itu pun ak banyak sebab pensijilan organic dalam Malaysia ni belum benar-benar meyakinkan…
Jadi option saya ialah makan ulam-ulam yang di tanam sendiri, sambil makan sayur dan buah organic di samping mengambil supplement untuk chelate sebarang logam berat yang termasukd alam sistem saya.
Alhamdulillah dengan Mealshakes, saya boleh provide makanan yang sihat dan selamat yang kaya nutrisi buat anak-anak saya tanpa rasa khuatir terhadap racun, pesticide, antibiotik, dadah tersesat ke dalam makanan dan sebagainya. Masalah utama Mealshakes ni ialah ia sangat sedapppp..ehehe…berebut-rebut saya dengan anak-anak nak minum setiap kali saya bancuh. Dengan 3 hidangan, inshaALLAH memenuhi keperluan nutrient harian 100% menurut USFDA…

Dan performance Drink dalam set Mighty 3 Gems ni saya dah anggap macam 1st aid kit sebab bila anak demam, saya akan berikan Performance untuk bantu hydrate tubuhnya..(alhamdulillah anak saya jarangggg sangat demam) Dan jika saya flu, saya akan minum Performance instead of makan uabt doctor, alhamdulillah saya gembira kerana hidup bebas dadah setakat ini ๐Ÿ™‚

Mighty 3 Gems ini amat tepat untuk :

  1. Golongan muda belia yang aktif dan perlukan tenaga dari sumber yang sihat, cepat dan lazat.
  2. Golongan pelajar yang mana otak mereka memrlukan extra energy dari glucose, serta memerlukan bekalan oksigen yang lebihย  untuk otak, untuk fungsi pembelajaran dan fokus yang optimum.
  3. Kanak-kanak yang sedang membesar
  4. Setiap keluarga yang mempunyai kanak-kanak sedang membesar.
  5. Setiap keluarga yang mempunyai ibu yang sedang hamil atau menyusukan.
  6. Warga tua yang sudah hilang selera makan atau ingin menjaga diet sihat.
  7. Ibu yang sedang berpantang, anda kan banyak benda tak boleh makan, dikhuatiri terjejas proses pemulihan dan penyusuan disebabkan berpantang..maka inilah jawapan kasih untuk ibu berpantang.
  8. Special kalau tengah berpuasa, memang set ini amat tepat untuk memenuhi keperluan bendalir dan nutrient harian individu.
  9. Golongan anti pil, anti kapsul dan anti tablet…ramai yang sebenarnya bukan taknak ambil vitamin tapi tak boleh menelan tablet (ini bukan benda asing, ramai tau yang camni) jadinya set Mighty 3 Gems ni adalah jawapan kasih untuk anda..sekarang anda boleh ambil supplement yang sedap setaraf aiskrim Mc Flurryย  Mc Donald ๐Ÿ™‚

Fungsi setiap satu dari komponen Mighty 3 Gems adalah berbeza ::

1) ESP – untuk pembinaan sel dan tisu termasuk darah (WOW sangat perfect untuk orang pregnant macam saya :)…..rasanya pun sodap macam eskrem tokse doh makey ferrous fumarate dgn iberet ๐Ÿ™‚ )

2) Performance Drink – satu lagi produk berhantu dari Shaklee selepas ESP….membekalkan elektrolit dan tenaga berpanjangan menerusi formula unik dan patented dari Shaklee : OPTICARB…

If anak2 tengah demam, HFMD,dan segala tak sihat…inilah jawapan untuk membekalkan bendalir dalam badan, fungsi sama macm ORS tapi lebih berkhasiat dan bermanfaat sebab ada 3 karbohidrat unik + OPTICARB ๐Ÿ™‚

3)Mealshakes – multivitamin dan multimineral dalam bentuk serbuk, untuk memenuhi keperluan nutrient harian menerusi pendekatan sihatd an sedap..rasanya yang sesedap Mc Flurry ice cream menyebabkan anda akan berebut dengan anak2 dan suami setiap kali membancuhnya…WAS…ini super sedap dan super mengenyangkan ๐Ÿ™‚
kalau orang pregnant macam saya dan dah masuk fasa heartburn dan muntah segala, memang inilah jawapan kasihnya ๐Ÿ™‚

Ok cukuplah saya mengomel hari ini ๐Ÿ™‚

Jika anda berminat nak order apa-apa saja produk Shaklee, boleh contact saya melalui saluran berikut ::

Whatsapp : 012-346 1698ย 

Cari Agen Shaklee Di Area Anda? -->Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia



Nak Daftar Jadi Ahli Shaklee? --> Daftar Ahli Shaklee 2017



Cari Agen Vivix Shaklee Di Area Anda? -->Pengedar Vivix Shaklee Seluruh Malaysia



Nak Beli Produk Shaklee Terus Dari Shaklee HQ? --> Cara Beli Shaklee Online





___________________________

1 48 49 50 51