Tips Untuk Menyusu Kali Pertama

Mahukah anda jika kami kongsikan satu info mengenai makanan paling hebat, paling berkhasiat, paling lazat dan paling sempurna buat permata hati yang bakal anda lahirkan?

Ya, itulah susu ibu, cecair bernilai lebih mahal dari emas permata kerana mengandungi kebaikan dan manfaat tidak ternilai buat bayi.

Susu ibu atau susu badan adalah makanan terbaik untuk bayi anda. Seluruh entiti perkhidmatan kesihatan dan para pakar kesihatan mengakui bahawa cara yang paling sihat untuk memberi makan kepada bayi baru lahir ialah dengan menyusukan bayi dengan susu ibu.

Bayi baru dilahirkan sedang dilekapkan ke payudara untuk penyusuan kali pertama.

Mengapa susu ibu adalah yang terbaik?

Kajian menunjukkan bahawa menyusu secara eksklusif sekurang-kurangnya selama tiga bulan boleh membantu mencegah gastroentreritis pada bayi. Jika anda menyusukan bayi anda selama sekurang-kurangnya empat bulan, anda boleh mengurangkan risiko bayi anda untuk mendapat penyakit pernafasan dan jangkitan telinga.

Selain itu, susuibu adalah makanan terbaik untuk bayi kerana:

  1. Susu ibu merupakan sumber makanan yang lengkap.
  2. Ia mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh bayi anda termasuk hormon dan bahan melawan penyakit yang tidak terdapat dalam susu formula bayi.
  3. Kandungan nutriennya akan mengadaptasi kepada keperluan bayi anda semasa dia membesar.
  4. Manfaat pengembangan minda dan imuniti jangkitan dalam susu ibu, yang tidak boleh ditiru oleh mana-mana susu formula.
  5. Penyusuan badan boleh membantu membina ikatan istimewa antara anda dan bayi anda. Apabila anda menyusukan bayi anda, bayi anda memanfaatkan sentuhan kulit dengan kulit, di samping pelukan dan pegangan. Anda juga akan berasa begitu.

Bagaimana untuk menyusu

1) Pilih kedudukan dan tempat yang selesa buat ibu dan bayi.
Oleh sebab penyusuan boleh mengambil masa dari tujuh minit hingga ke 40 minit, pilihlah tempat yang selesa untuk anda. Keadaan persekitaran adalah sangat penting, terutamanya pada peringkat awal anda mula menyusukan bayi, sebab anda perlu membiasakan diri. Jika anda mudah diganggu oleh bunyi bising, cari tempat yang senyap. Jika anda mudah bosan, anda mungkin mahu menyusukan bayi di hadapan televisyen, tetapi hanya jika penyusuan sudah menjadi perkara yang selesa untuk anda dan bayi anda. Cubalah beberapa tempat yang mungkin dahulu sehingga anda menjumpai tempat yang sesuai untuk anda.
2) Pegangan posisi penyusuan yang betul.
Pegang bayi anda dalam posisi yang tidak membuatkan lengan dan belakang anda sakit. Letakkan seberapa banyak bantal kecil atau kusyen di sekeliling anda untuk sokongan dan untuk mendapatkan keselesaan. Ramai ibu-ibu mendapati posisi melengkok seperti buaian adalah paling selesa untuk mereka walaupun kegemaran ibu mungkin berlainan. Pilihlah tempat yang selesa untuk anda dan bayi anda sebelum mula menyusu.
Salah satu teknik posisi pegangan bayi semasa penyusuan susuibu berlangsung.
3) Melekapkan bayi pada payudara dengan sempurna (Latch-on)

Perhatikan bagaimanakah rasa pada buah dada anda semasa bayi anda melekap padanya. Bayi sepatutnya menghisap satu mulut penuh tisu buah dada anda. Jika pelekapan menyakitkan, lepaskan lekapan. Caranya ialah dengan memasukkan jari kelingking anda di antara gusi bayi anda dan puting anda – dan cuba sekali lagi. Apabila bayi anda dapat melekap dengan baik, dia akan dapat menjalankan apa yang perlu seterusnya.

Teknik melepaskan lekapan bayi dari payudara menggunakan jari kelingking.
Perkara utama yang paling penting sebelum memulakan penyusuan susuibu ialah untuk mendapatkan ilmu dan informasi mengenai penyusuan susu ibu, serta mempersiapkan mental dan minda untuk menghadapi alam penyusuan susu ibu yang amat indah dengan 1001 warna dan cerita 🙂
Jangan ketinggalan mengikuti banyak lagi artikel mengenai penyusuan susuibu dan menyusu kali pertama, hanya di Vitaminibu.com

 

Cari Agen Shaklee Di Area Anda? -->Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia



Nak Daftar Jadi Ahli Shaklee? --> Daftar Ahli Shaklee 2017



Nak Beli Produk Shaklee Terus Dari Shaklee HQ? --> Cara Beli Shaklee Online





___________________________

Tips kurus selepas bersalin.

Penyusuan susu ibu adalah yang terbaik untuk ibu dan bayi kerana banyak faktor. Selain memberi khasiat terbaik dan membantu melindungi bayi dari penyakit, penyusuan susu ibu boleh membantu ibu menurunkan berat yang biasanya bertambah semasa proses kehamilan.

Mahukah ibu-ibu sekalian untuk saya kongsikan bilakah cara paling mudah untuk mengembalikan berat dan bentuk badan sebelum hamil, dan apakah teknik paling mudah dan selamat serta percuma untuk menurunkan berat badan secara sihat dan sejahtera?

Caranya ialah melalui penyusuan susu ibu atau breastfeeding 🙂

Kerana dalam proses tubuh ibu menghasilkan susu untuk bayi, tubuh ibu akan menggunakan kalori dan nutrient yang ada dalam tubuh ibu untuk menghasilkan susu. Hasilnya, kalori dalam tubuh ibu akan digunakan tanpa di bazirkan. Semakin lama tempoh seorang ibu menyusukan bayinya, semakin banyaklah kalori yang digunakan dan semakin banyaklah berat badan ibu diturunkan. Mudah bukan 🙂

 

Namun kami akui bahawa terdapat banyak kes di mana ibu yang tidak turun berat badan walaupun menyusukan bayinya secara eksklusif.

Jika ibu tidak kehilangan berat badan atau penurunan berat badan berlaku terlalu perlahan, berikut adalah beberapa rahsia dan tips yang dikongsikan oleh ramai ibu-ibu yang mengalami isu yang sama dan akhirnya dapat mencapai penurunan berat badan yang diinginkan setelah mencuba tips-tips berikut :

4 Tips Bila Penyusuan Susu Ibu Tidak Mengurangkan Berat Badan:

  1. Kurangkan jumlah pengambilan kalori harian.
  2. Kurangkan pengambilan “empty calorie” iaitu gula tambahan yang tiada nutrisi yang biasanya ada dalam minuman ringan, kuih muih, makanan bergoreng, daging berlemak dan sebagainya.
  3. Amalkan makanan yang bebas lemak dan tidak ditambah gula.
  4. Ambil snek yang sihat setiap hari, contohnya buah-buahan dan salad.

 

Bila berat badan tidak turun semasa menyusu, ia juga dipercayai kerana tindakan hormon yang menyekat ovulasi dan menyebabkan kelenjar tiroid menjadi kurang aktif yang berkaitan dengan peningkatan berat badan.

Selain itu pengambilan Set Bersalin yang berkualiti dan selamat juga membantu dalam pemulihan kesihatan ibu seterusnya membantu dalam penuruna berat badan.

Teruskan penyusuan susu ibu dan pastikan ibu mengambil makanan berkhasiat dan seimbang serta melakukan senaman ringan di samping mengambil suplemen vitamin (sekiranya ibu mendapati diet harian ibu kurang seimbang dan ibu mungkin mengalami isu keletihan) untuk menjaga kesihatan ibu dan bayi di samping mendapatkan berat badan ideal dan bentuk tubuh menawan 🙂

Klik di sini untuk mengetahui tips memilih Set Bersalin yang selamat untuk ibu berpantangd an bayi yang menyusu. Atau klik sini untuk mengetahui kenapa seorang ibu yang sedng berpantang perlu mengambil Set Bersalin

Cari Agen Shaklee Di Area Anda? -->Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia



Nak Daftar Jadi Ahli Shaklee? --> Daftar Ahli Shaklee 2017



Nak Beli Produk Shaklee Terus Dari Shaklee HQ? --> Cara Beli Shaklee Online





___________________________

10 panduan memilih Set Bersalin

Memilih set bersalin bukanlah satu perkara yang boleh di ambil mudah. Ini kerana pemakanan ibu selepas bersalin akan turut memberi kesan terhadap bayi yang baru lahir melalui susuibu.

Pengambilan Set Bersalin yang sembarangan boleh menyebabkan bayi mendapat jaundice dan akhirnya menyebabkan kerosakan sel otak jika berlarutan.

 

Malah terdapat sesetengah ibu mengalami kekeringan susuibu akibat set bersalin yang diambil.

Bayangkan jika ibu termakan bahan dalam set bersalin yang memudaratkan, bayi juga akan mendapat kesan buruk. Oleh sebab itu para ibu mengandung yang sedang berkira-kira untuk membeli set bersalin perlu mengetahui 10 panduan utama dalam pemilihan set berpantang.

1. Dapatkan info setiap produk.

Set Bersalin biasanya terdiri dari beberapa gabungan produk untuk dipakai oleh ibu sepanjang tempoh berpantang. Puan-puan perlulah mengetahui maklumat untuk setiap satu produk yang terkandung dalam set berkenaan.

Ini untuk mengelakkan puan daripada membeli sesuatu produk yang tidak perlu tetapi disertakan dalam set bersalin untuk mengaut keuntungan.

2. Periksa keselamatan kandungan.

Setelah puan-puan mendapatkan info produk, digalakkan membuat sedikit kajian terhadap kandungan setiap produk, ini untuk memastikan kandungan tersebut adalah selamat buat ibu dan juga bayi .

Contohnya banyak produk dalam set bersalin yang menyatakan dapat menurunkan berat badan namun kandungan dalam produk tersebut menyebabkan bayi mendapat penyakit kuning.

Bayi  mendapat penyakit kuning akibat ibu mengambil jamu.

3. Pastikan kandungan tidak mengeringkan susu.

Banyak set bersalin di pasaran mengandungi herba yang bersifat panas yang bukan sahaja menyebabkan bayi cirit birit malah menyebabkan susu ibu menjadi sedikit.

Malah ada kes di mana susu ibu kering akibat ibu tidak menyusu dengan kerap dan mengambil set bersalin yang salah.

Pastikan herba-herba yang bahaya buat ibu menyusu tidak terdapat dalam produk tersebut.

4. Periksa latar belakang syarikat pengeluar.

Dengan lambakan produk Set berpantang bagai cendawan tumbuh lepas hujan, adalah satu langkah bijak untuk puan-puan memeriksa latar belakang syarikat pengeluar produk set bersalin.

Pastikan terdapat pengesahan HALAL dan KKM pada setiap produk. Serta pastikan bukan syarikat tampalan, sekadar mengeluarkan produk tanpa kajian terperinci mengenai keselamatan bahan terhadap ibu dan bayi.

5. Dapatkan nasihat doktor.

Setelah mendapat maklumat dari nombor 1 sehingga 4, puan digalakkan untuk mendapatkan nasihat doctor mengenai produk-produk yang terkandung dalam set bersalin.

Doktor puan lebih mengetahui tahap kesihatan puan dan dapat memberi nasihat sekiranya produk tersebut merbahaya buat puan dan bayi yang bakal lahir.

Nasihat daripada Doktor Pakar Sakit Puan terkemuka di Malaysia mengenai pemakanan ibu dan vitamin.

6. Sesuaikan dengan budget.

Setelah mendapat nasihat doktor mengenai produk yang selamat, puan boleh mula menyesuaikan dengan budget yang telah ditetapkan. Lakukan sedikit perbandingan harga agar dapat melihat sama ada harga yang ditawarkan berpatutan atau tidak.

Sebagai contoh, Set A menawarkan multivitamin berharga rm90 untuk 180 biji, manakala Set B menawarkan multivitamin dengan harga RM110 untuk 90 biji.

Set A datang dari syarikat yang menjalankan kajian klinikal selama 50 tahun, Set B datang dari resepi turun temurun tanpa kajian klinikal. Maka puan puan boleh membuat perbandingan set mana yang lebih berbaloi untuk di ambil.

7. Kenalpasti keadaan semasa berpantang.

Puan-puan boleh mula membuat rancangan berpantang bila memasuki trimester terakhir. Dari situ boleh dikenalpasti samada berpantang dengan bantuan atau berpantang sendirian.

Pastikan Set Bersalin yang dipilih bukan daripada jenis yang sukar untuk dikendalikan.

8. Teliti cara penggunaan dan penyimpanan.

Sesetengah set bersalin memerlukan penyediaan yang leceh dan rumit. Contohnya perlu direbus dan dimasak di atas api, atau perlu di bancuh dengan air mendidih dan sebagainya.

Ada pula yang memerlukan penyimpanan yang rumit .Ini untuk menyesuaikan dengan keadaan nombor 7 di atas. Dapatkan Set Bersalin yang mudah untuk dikendalikan dan digunakan.

9. Semak adakah pilihan untuk beli berasingan.

Lazimnya Set Bersalin datang dalam bentuk gabungan pelbagai produk. Ada setengah syarikat tidak menyediakan pilihan untuk membeli berasingan, maka pengguna terpaksa membeli set yang banyak sehingga melebihi budget.

Sedangkan tidak semua yang di dalam set itu diperlukan atau mungkin tidak sempat dipakai kerana sibuk berpantang dan leceh untuk menyediakan bahan (seperti kes dalam nombor 7 dan nombor 8).

Akhirnya produk terbengkalai sehingga habis tempoh berpantang dan berlakulah pembaziran wang.

Jika terdapat syarikat yang menawarkan pembelian berasingan dengan harga berpatutan, kualiti terjamin, selamat dan tidak memudaratkan, maka inilah pilihan terbaik jika ia sesuai dengan budget anda.

10. Dapatkan testimonial.

Langkah terakhir yang tidak kurang penting ialah mendapatkan testimonial dari ibu berpantang tentang produk Set Bersalin yang digunakan.

Ini untuk melihat samada terdapat kes seperti bayi kuning, susu kering, susu sedikit, ibu sembelit, ibu cirit birit, bayi kepanasan dan banyak lagi kesan buruk akibat salah mengambil set bersalin. Selaraskan tips ini dengan tips nombor 5.

 

VitaminIbu.com mencadangkan pengambilan Set Bersalin Shaklee yang mengandungi rangkai produk selamat yang menjalani kajian klinikal berpuluh-puluh tahun.

Set Bersalin Shaklee terbukti selamat untuk ibu berpantang dan bayi yang menyusu. Kerana ia dihasilkan dengan pemantauan ketat badan R&D Shaklee yang mementingkan keselamatan pengguna dan alam sekitar sejak lebih 55 tahun.

Set Bersalin Shaklee juga mempunyai fungsi menyeluruh 8-in-1 berikut :

  1. Penyembuhan selepas bersalin
  2. Pembersihan toksin dari sistem tubuh
  3. Meningkatkan susu ibu
  4. Menurunkan berat badan
  5. Membentukan kontur tubuh menawan
  6. Memberi Tenaga Berpanjangan
  7. Mencantik dan menganjalkan kulit
  8. Memulihkan libido untuk fungsi keintiman.

 

 Set Bersalin Shaklee

Set Bersalin Shaklee

 

 

 

Hubungi VitaminIbu.com melalui saluran berikut:

Cari Agen Shaklee Di Area Anda? -->Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia



Nak Daftar Jadi Ahli Shaklee? --> Daftar Ahli Shaklee 2017



Nak Beli Produk Shaklee Terus Dari Shaklee HQ? --> Cara Beli Shaklee Online





___________________________

4 golongan yang berisiko mendapat masalah kurang kalsium.

Kalsium adalah sangat penting untung perkembangan dan penyeliaan tulang yang kuat, gigi, tindak balas saraf dan pengeluaran beberapa hormon dan enzim tubuh. Kekurangan Kalsium boleh memberi kesan berikut :

  1. Kebas pada jari tangan dan jari kaki,
  2. Kekejangan otot
  3. Convulsion
  4. Keletihan
  5. Kurang selera
  6. Degupan jantung yang tidak normal

 

Siapa yang mempunyai risiko untuk menghadapi masalah kekurangan kalsium?

  1. Wanita Post-menopause – berikutan penurunan aras hormon estrogen, kadar penyerapan kalsium turut menurun di kalangan wanita menopause.
  2. Wanita yang tidak mendapat haid (amenorrhea) – Amenorrhea adalah keadaan yang lazim berlaku pada wanita aneroxia atau para atlit wanita. Juga berkaitan dengan masalah ketidak seimbangan estrogen dalam darah. Bagi wanita-wanita ini, pengambilan kalsium yang tinggi adalah sangat digalakkan.
  3. Individu yang tidak boleh menerima lactose (lactose-intolerance) – kerana keadaan ini menyebabkan mereka kurang mengambil produk tenusu, dan kebanyakannya tidak mendapatkan kalsium dari sumber selain produk tenusu. Maka keperluan kalsium tubuh tidak dipenuhi.
  4. Individu yang mengambil ubat-ubatan seperti antacid yang mengandungi aluminium dan magnesium, Minyak mineral dan pelawas, dan glucocorticoids (hormon steroid).

 

Individu-individu di atas terutamanya amat perlu untuk mendapatkan kalsium dari pelbagai sumber makanan. Sebenarnya terdapat banyak makanan yang kaya dengan kalsium selain dari susu dan produk tenusu. Contohnya sayuran hijau dan makanan laut yang sangat lazat dimasak pelbagai cara.CALCIUM ENRICH FOOD

 

 

Bagi wanita terutamanya yang mengandung dan menyusu, pengambilan kalsium amatlah penting kerana pertumbuhan janin dan penghasilan susu amat memerlukan kalsium.

Sebab itulah para doktor menggalakkan ibu mengandung mengambil susu dan ada yang membekalkan pil kalsium untuk memenuhi keperluan kalsium seorang ibu. Malah kekurangan kalsium pada ibu hamil dan menyusu turut mengakibatkan sembelit.

Namun ramai yang tidak tahu bahawa pil kalsium yang baik dan selamat ialah pil kalsium yang segera hancur dalam masa yang singkat. Banyak yang berlaku, pil kalsium yang tidak hancur dalam perut mengakibatkan masalah batu dalam pundi hembedu (gall bladder stone).

File:Gallensteine 2006 03 28.JPG

 

Malah terdapat ramai wanita menghadapai masalah ini dan akhirnya terpaksa menjalani pembedahan! Sedangkan masalah ini sama sekali dapat di elakkan dengan pengambilan makanan kaya kalsium dan supplement pil kalsium yang berkualiti yang segera hancur setelah memasuki perut.

Ostematrix merupakan tablet kalsium keluaran Shaklee yang selamat dan semulajadi.

Dihasilkan dengan piawaian kliniak dan hasil dari kajian klinikal bertahun-tahun, maka terhasillah pil kalsium HALAL yang berkualiti tinggi yang mudah untuk hancur sejurus memasuki perut, dan membekalkan keperluan kalsium harian 100% menurut piawaian US RDI.

Di botolkan dengan 120 biji pil kalsium setiap botol, berharga RM61 untuk bekalan selama 30 – 60 hari. Cuma RM1 sehari untuk mengisi lopong-lopong kalsium pada tulang, gigi dan otot anda.

Jadi buat puan-puan dan tuan-tuan yang mencari supplement kalsium terbaik dan selamat, dapatkan segera Ostematrix Shaklee dari Pengedar Shaklee anda di Vitaminibu.com.

Tunggu sekejap!!!!

 

Istimewa hari ini untuk 12 orang sahaja, harga  RM61 RM55 sahaja setiap botol, (tambahkan RM10) untuk penghantaran segera terus ke pintu rumah anda tanpa perlu bazirkan masa dan minyak petrol di atas jalan raya.

Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi percuma dan cadangan set vitamin yang sesuai dengan budget.

Hubungi saya melalui saluran berikut :

Email : ibusihat@gmail.com.

Call : 0133011121

Facebook : https://www.facebook.com/VitaminIbu

Setiap pembelian di VitaminIbu.com, anda layak menerima hadiah istimewa percuma, jadual makan vitamin dan tips ekslusif yg berkaitan , konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga akan dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook.

 

Cari Agen Shaklee Di Area Anda? -->Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia



Nak Daftar Jadi Ahli Shaklee? --> Daftar Ahli Shaklee 2017



Nak Beli Produk Shaklee Terus Dari Shaklee HQ? --> Cara Beli Shaklee Online





___________________________

Set Bersalin – kenapa ibu berpantang perlukannya

Tempoh kehamilan  selama 40 minggu dan proses bersalin menyebabkan tubuh ibu kehilangan banyak nutrisi kerana telah digunakan sepanjang waktu kehamilan.

Apatah lagi sekiranya seorang ibu tidak mendapatkan makanan seimbang dan berkhasiat sepanjang waktu mengandung. Sebab itulah ada ibu-ibu selepas bersalin yang mengalami masalah berikut :

  1. Cepat letih.
  2. Kurang bertenaga.
  3. Cepat stress
  4. Kurang focus dan tumpuan.
  5. Murung – bagi yang mengalami stress berpanjangan.Dalam istilah kita dipanggil meroyan.
  6. Kurang susu ibu.
  7. Proses pemulihan luka bersalin yang lambat
  8. Kurang libido – keinginan seksual.
  9. Pucat dan tidak bermaya.

Dan banyak lagi masalah yang di alami oleh ibu selepas bersalin yang menjadi penanda bahawa tubuh ibu kekurangan nutrisi.

Ibu berpantang mudah mendapat stress (meroyan) dan mudah merasa letih.

 

Oleh sebab itu, pengambilan vitamin adalah sangat penting dalam tempoh berpantang selepas bersalin. Ini kerana proses bersalin adalah proses yang :

  1. Melibatkan perubahan hormone yang amat significant.
  2. Kehilangan banyak darah.
  3. Menyakitkan bagi kebanyakan ibu.
  4. Banyak luka yang di alami terutama bagi yang bersalin secara operation/ c-section/ceasarean.
  5. Memenatkan dan mengeluarkan banyak tenaga.
  6. Dan yang paling utama, kerana ibu-ibu perlu menyusukan bayi dengan susu ibu sejurus selepas bersalin.

Untuk seorang ibu berpantang sembuh dengan baik, dapat menjalani proses penyusuan susu ibu dengan lancar dan dapat menjaga bayi yang baru lahir dengan sempurna, perlu mendapat bekalan nutrisi dari makanan seimbang.

Sayangnya semasa berpantang banyak restriction terhadap makanan apa yang boleh di ambil oleh ibu. Banyak yang mengatakan sesetengah makanan itu sejuk, tajam, panas untuk bayi, dan menyebabkan bentan.

Oleh sebab itu ramai ibu-ibu selepas bersalin tidak mendapat zat yang diperlukan oleh tubuh, maka terjadilah perkara-perkara seperti yang disebutkan di awal artikel tadi.

Alternatif terbaik untuk mengatasi masalah ini ialah dengan memastikan ibu selepas bersalin mengambil vitamin yang semulajadi dan selamat untuk memastikan tubuh mendapat nutrient dan zat yang diperlukan.

Rangkaian Produk Shaklee ada menyediakan vitamin yang semulajadi dan selamat untuk memenuhi keperluan nutrisi ibu selepas bersalin. Jom lihat Set Bersalin Shaklee yang terdiri daripada :

Set Bersalin Shaklee

Set Bersalin Shaklee

 

  1. Vitamin B Complex dengan Asid Folik
  2. Vitalea (Multivitamin) dengan Zat Besi (Iron)
  3. Vitamin C dengan BioFlavonoid
  4. Zink

 

Apakah kepentingan vitamin-vitamin di atas untuk seorang ibu berpantang?

 

1. Vitamin B-Complex dengan Asid Folik

  • Berfungsi melegakan system saraf dan memberikan ketenangan kepada seluruh system tubuh – mengelakkan stress dan meroyan dikalangan ibu berpantang.
  • Membantu meningkatkan pembentukan sel darah merah (erythrocytes) -diperlukan dalam proses penghasilan darah merah.
  • Menukarkan makanan yang diambil kepada tenaga – ibu akan berasa bertenaga untuk menjalankan tugas sebagai ibu dalam tempoh bersalin, dan dalam masa yang sama mengelakkan gemuk sebab kalori dari makanan tidak tersimpan dalam badan sebaliknya digunakan dengan efficient.
  • Memelihara kulit dan lapisan-lapisan kulit dan menstabilkan penghasilan melanin – hasilnya kulit makin lembut dan cerah dan pengambilan yang berterusan akan mengurangkan tanda regangan kulit (stretch marks).

2. Vitalea (Multivitamin)

  • Sangat penting untuk ibu berpantang.
  • Membekalkan23 vitamin dan mineral yang sangat diperlukan oleh tubuh tapi sukar di dapati semasa berpantang sebab banyak makanan yang perlu dielakkan.
  • Disaluti spirulina yang kaya dengan vitamin dan mineral.
  • Mengandungi Zat Besi (iron) – elemen yang paling diperlukan untuk penghasilan darah merah untuk menggantikan darah yang hilang semasa bersalin – mengelakkan pucat dan tidak bermaya.

 3. Vitamin C

  • Mengandungi elemen penyembuhan dan lekatan yang bertindak sebagai pencantum dan penyembuh luka
  • Membaik pulih sel dan tisu yang rosak.
  • Meningkatkan imuniti sistem pertahanan badan, faedah ini akan turut mengalir mengalir dalam susu ibu dan bayi juga akan mendapat manfaatnya.
  • Membantu pembentukan  kolagen – menganjalkan kulit.
  • Mengandungi BioFlavonoid yang berfungsi mencatik dan mencerahkan kulit – pengambilan konsisten dan berterusan akan mengurangkan stretch marks dan parut.
  • Sebiji Vitamin C Shaklee bersamaan dengan 7 biji buah oren.

4. Zink

  • Paling penting dalam proses pemulihan luka – bersama-sama dengan Vitamin C dan Protein.
  • Membaik pulih luka jahitan dan kerosakan tisu dalaman.
  • Ikan haruan kaya dengan Zink sebab itu orang tua menggalakkan pengambilan ikan haruan semasa berpantang. Namun harga ikan haruan adalah mahal di sesetengah tempah dan sukar diperolehi malah rasanya yang agak hanyir kurang boleh di ambil oleh kebanyakan ibu.
  • Menggalakkan libido – keinginan seksual. Mengatasi kedinginan dalam hubungan intim suami isteri yang sering kali di alami oleh ibu selepas bersalin.
  • Antara makanan yang banyak Zink ialah tiram – sebab itu ramai lelaki Negara barat suakan tiram untuk meningkatkan keupayaan seksual kerana elemen zink dalam tiram.

Untuk penghasilan susu yang banyak dan tinggi kandungan antibody, ibu berpantang dan ibu menyusu digalakkan mengambil sama ESP iaitu protein soya baka tulen yang telah digunakan oleh ribuan ibu-ibu Malaysia dan seluruh dunia dan terbukti dalam :

  • membantu pemulihan luka luaran dan dalaman,
  • mencantikkan kulit,
  • memejalkan otot,
  • membantu dalam penurunan berat badan
  • membantu menambah penghasilan susu ibu.

Sembelit adalah masalah lazim pada semua ibu berpantang. Terutama pada ibu yang banyak jahitan perineum pastinya berasa amat fobia untuk meneran. Digalakkan mengambil Ostematrix – tablet kalsium Shaklee yang telah terbukti:

  • membantu pergerakan peristalsis usus yang menghindarkan sembelit
  • melegakan segala kekejangan otot akibat duduk terlalu lama dikalangan ibu berpantang
  • merehatkan otot dan saraf semasa sedang tidur dan ibu akan berasa sangat segar bila bangun pagi.
  • Memenuhi keperluan kalsium untuk tulang, otot dan gigi – mengelakkan kejadian gigi rosak dikalangan ibu-ibu.
  • Membantu penghasilan susu ibu yang banyak. Sebab kalsium adalah antara komponen yang penting dalam penghasilan susu.

 

Akhir sekali, ibu berpantang perlulah turut mengamalkan amalan kerohanian seperti membanyakkan zikir dan mendengar bacaan al-Quran yang dapat menenangkan hati dan jiwa dan menghindarkan gangguan makhluk halus.

Ini juga akan mempercepatkan proses penyembuhan dan menguatkan mental ibu berpantang justeru dapat menghindarkan kejadian meroyan.

Ibu yang sihat dan tenang akan melancarkan lagi proses penyusuan susu ibu.

 

Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi percuma dan cadangan kombinasi Set Bersalin yang sesuai dengan budget.

 

Cari Agen Shaklee Di Area Anda? -->Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia



Nak Daftar Jadi Ahli Shaklee? --> Daftar Ahli Shaklee 2017



Nak Beli Produk Shaklee Terus Dari Shaklee HQ? --> Cara Beli Shaklee Online





___________________________

1 45 46 47 48 49