Makanan Pantang Dan Perlu Dielakkan Pesakit Gout

Makanan pantang yang sangat perlu dielakkan pesakit gout. Haa, Kalau nak sembuh dari Gout kena la jaga pemakanan elok-elok sebab setiap serangan gout akan lebih teruk dan menyakitkan.

 

Makanan Pantang dan Perlu Dielakkan Oleh Pesakit Gout

Makanan Pantang dan Perlu Dielakkan Oleh Pesakit Gout

 

Bila dah sakit tu memang banyak la nikmat yang terpaksa dilupakan sementara. Antaranya ialah nikmat makan makanan sedap.hihi

 

Selalu orang kata pesakit gout tak boleh makan seafood atau makanan laut. Tapi sebenarnya ada lagi makanan lain tau.

 

Makanan pantang dan perlu dielakkan oleh pesakit gout ialah makanan yang Tinggi dan sederhana Purine.

 

Kenapa Kena Pantang / Elakkan Makanan Yang Mengandungi Purine?

Kalau nak tahu, Asid Urik ialah sisa buangan yang terhasil didalam badan daripada makanan yang mengandungi purine. So, Lagi banyak makanan berPurine yang anda makan, Lagi banyak la asid urik yang akan dihasilkan oleh badan.

Sebab tu kena pantang atau elakkan supaya Gout anda tak semakin teruk. Lagi banyak asid urik, maka lagi banyaklah kristal asid urik yang akan terbentuk. Maksudnya makin sakit la bila Gout menyerang.

 

Tambah memburukkan keadaan bila hati dan buah pinggang tak dapat nak membuang asid urik tersebut dari badan.

 

So, nak selamat baik pantang dan elakkan makanan tinggi dan sederhana Purine yang akan saya kongsikan nanti.

 

Makanan Tinggi Purine – Wajib Elak Kalau Gout Menyerang

 

1.Ikan Bilis

Ni memang antara musuh utama pesakit Gout. Ikan bilis masuk dalam kategori makanan yang tinggi kandungan Purine.

So, kalau kena serangan Gout, jangan sesekali makan Ikan Bilis walaupun sikit ye.

 

2. Organ Dalaman

Organ dalaman memang sangat tinggi kandungan purine dan sangat bertoksik. Sebab tu dalam Islam ia tak digalakkan untuk dimakan.

Organ dalaman tu termasuklah hati, limpa, paru-paru, buah pinggang dan jantung. Ni pun Big NO untuk pesakit Gout ye

 

3. Makanan Laut Yang Bercengkerang

Contoh makanan yang bercengkeran ialah ketam, udang, kerang, kepah dan tiram

 

4. Ikan

Antara ikan yang sangat tinggi kandungan Purine Herring, Sardin, ikan kembung dan tuna

 

5. Daging Merah

Daging merah ni pun antara musuh utama pesakit Gout. So, better elakkan je la ye. Tukar la kepada makanan lain. Tukar kepada makanan yang sederhana purine.

 

Makanan Sederhana Kandungan Purine 

Makanan ni boleh di makan kalau teringin. Tapi sikit je la ye. Maksudnya kalau tengah sakit dek serangan gout, boleh jamah sikit. Tapi kalau dapat elak lagi la bagus. hee~

1.Cendawan

2.Asparagus

3. Segala jenis kekacang

4. Ayam dan Daging ayam/ikan yang telah diproses

5. Bayam

6. Kobis bunga

7. Ikan(selain daripada yang yang saya kongsikan di atas tadi)

 

So, sila la amalkan tips pemakanan khas untuk pesakit gout ni ye.

 

Nak baca lagi cara rawat Gout?

 

Jom baca kat sini >> 9 Cara Rawat Gout, Kurangkan Asid Urik Dalam Badan Dan Elak Serangan Gout Berulang <<

Cari Agen Shaklee Di Area Anda? -->Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia



Nak Daftar Jadi Ahli Shaklee? --> Daftar Ahli Shaklee 2017



Cari Agen Vivix Shaklee Di Area Anda? -->Pengedar Vivix Shaklee Seluruh Malaysia



Nak Beli Produk Shaklee Terus Dari Shaklee HQ? --> Cara Beli Shaklee Online





___________________________

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *