KLCC Breastfeeding Flashmob? Ini lebih hebat lagi. Cipta Rekod Penyusuan Bersama kami

Pada tahun 2011, saya bersama beberapa teman rapat telah menganjurkan satu acara gilang gemilang untuk ibu-ibu menyusu seluruh Malaysia.

Alhamdulillah satu flash mob untuk ibu menyusui berjaya dianjurkan dan mendapat sambutan ramai ibu-ibu menyusu. Malah kami bertuah kerana mendapat penyertaan selebriti tanah air seperti Dynas

Rentetan kejayaan pada tahun 2011  KLCC Breastfeeding Flash Mob, kami (individu yang sama di kalangan sahabat rapat saya) telah menganjurkan acara yang sama untuk tahun 2012 dengan tema yang berbeza, namun konsep yang masih sama.

Tahun 2012 mencatat sejarah apabila kami berjaya memecahkan rekod tahun sebelumnya, dan sekali lagi acara ini disertai oleh Dynas dan kali ini turut menyertai ialah Prof. Dr Muhaya sebagai menyokong pergerakan penyusuan susu ibu Malaysia.

Alhamdulillah

Jom saksikan kegemilangan acara ini, ya anda yang menjayakannya wahai ibu-ibu Malaysia.

2013.

Kami, orang-orang yang sama dari tahun 2011, saya bersama Ayuni Zainuddin dan beberapa lagi warga penggerak penyusuan susu ibu Malaysia, bakal menganjurkan satu acara yang lebih significant berbanding 2 tahun sebelum ini.

Tahun ini kami memerlukan sekurang-kurangnya 500 ibu menyusu untuk memecahkan rekod The Malaysian Book of Records.

Acara ini bakal diadakan pada tarikh 24 August 2013 bertempat di Hotel Grand Seasons Kuala Lumpur.

Berbeza dari tahun sebelumnya, acara tahun ini bakal menyelitkan konsep kebajikan buat ibu menyusu di mana kami turut menganjurkan BOOTH JUALAN untuk para pengunjung dan peserta.

Suami dan anak-anak turut di alu-alukan untuk menjadi hadirin pada acara ini.

Kami memerlukan 500 peserta untuk menjayakan acara ini.

Adakah anda dan bayi anda

antara yang bertuah

yang mencatat sejarah dalam Malaysian Book of Records sebagai ibu dan bayi yang menjayakan acara ini?

DAFTAR DI SINI :

http://www.tinyurl.com/giftoflovebazaar

Jom bersama catat sejarah Malaysia…..

*inshaaALLAH tahun ini lebih ramai celebrity yang akan menyertai kita

 

 

Video KLCC Breastfeeding Flash Mob 2011

 

 

 

Cari Agen Shaklee Di Area Anda? -->Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia



Nak Daftar Jadi Ahli Shaklee? --> Daftar Ahli Shaklee 2017



Cari Agen Vivix Shaklee Di Area Anda? -->Pengedar Vivix Shaklee Seluruh Malaysia



Nak Beli Produk Shaklee Terus Dari Shaklee HQ? --> Cara Beli Shaklee Online





___________________________

Leave a Reply