Keletah Anak-anak Yang Buat Mak Tak Sabar Nak Balik Rumah

“Si Manja Abang”. Aira memang rapat dengan Abang Syahmi dia. Kalau kena pilih antara abang Syahmi dengan kakak Dina dia memang akan pilih abang Syahmi. Walaupun kakak yang rajin jaga adik?

 

Keletah Anak-anak Yang Buat Mak Tak Sabar Nak Balik Rumah

 

Dalam dok manja dengan abang syahmi tu kerap jugak la bergaduh dengan abang dia?
Ada beberapa kali la abang syahmi mengadu kena gigit dengan Aira. Dulu dia tak balas, sekarang dia gigit balik adik dia ?
Aira ni memang suka tiru apa yang abang dia buat. Semua yang abang dia buat dia nak buat jugak.
Sampai gelak pun sebijik macam abang dia. Kalau orang tak pernah dengar Aira gelak memang confirm terkejut. Sebab memang besar betul gelak dia. Dah la suara dia serak ?
Lagi 1, Aira suka sangat ajuk apa yang abang Syahmi dia cakap. So, memang jenuh jugak la nak jawab coz settle jawab soalan si abang, adik pun tanya soalan yang sama.hehe
Soalan favourite Aira sekarang “Nape mummy?”

 

Dan yang paling terbaru, Aira pantang nampak air. Nak mandi je kerjanya. Tak dapat masuk bilik air kat sinki pun jadi la. Cuma dia tak mandi la kat sinki tu.hehe

 

Pastu kalau dah masuk memang payah la nak keluar daripada bilik air tu. Sebab tu kitorang terpaksa menyorok kalau nak masuk bilik air.

 

Sekarang ni dia dah pandai. Kalau dia tau ada orang kat dalam bilik air memang dia ketuk suruh bukak pintu sebab nak join sekali ?

 
Anak korang pulak macam mana ye?
Meh la share ?

Cari Agen Shaklee Di Area Anda? -->Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia



Nak Daftar Jadi Ahli Shaklee? --> Daftar Ahli Shaklee 2017



Nak Beli Produk Shaklee Terus Dari Shaklee HQ? --> Cara Beli Shaklee Online





___________________________

Leave a Reply