Dari Pegawai Bank Ke WAHM Yang Full Time Buat Bisnes Shaklee

Tarikh 1 Julai 2017 yang lalu, secara rasminya saya bergelar WAHM (Work At Home Mom). Setelah sekian lama dok buat bisnes Shaklee secara part time, sekarang saya buat secara full time.hihi

 

Pengedar Shaklee - Cheras - Ampang - Seluruh Malaysia - Mentor Bisnes Shaklee - Agen Shaklee Cheras Dan Ampang - Pengedar Vivix Shaklee

 


30/06/2017 ialah hari terakhir saya sebagai warga Bank Islam. Actually last day saya kerja ialah 22/06/2017 tapi sebab cuti tahunan masih ada, so dapat la habis awal sebelum raya.hee~


Selepas 12 tahun lebih bersama(hampir 13 tahun tuuu), akhirnya saya buat keputusan untuk berhijrah.


Dari Banker kepada WAHM


Banyak kenangan pahit manis yang terpahat di ingatan saya sepanjang 12 tahun lebih tu.


Di sana la saya belajar tentang dunia pekerjaan yang sebenar.


Bermula di HR kemudian ke Electronic Banking Department dan berakhir di Cawangan Jalan Chan Sow Lin.

 

Jawatan terakhir saya masa berhenti ialah Penolong Pengurus. Kalau ikutkan memang sayang coz dah lama dengan bank kan?

 

Tapi impian saya nak besarkan anak-anak sendiri lebih utama. So, memang saya dah tak fikir panjang lagi dah walaupun orang keliling dok suruh kerja je terus.hihi

 

Tapi bukan la saya buat keputusan sesuka hati je tau. Saya buat solat istikharah dulu sebelum hantar surat resign tu tau. Bila dah dapat petunjuk dan hati dah bulat untuk berhenti baru saya resign.

 

Lepas hantar surat kena tunggu 3 bulan(ni syarat bank). Masa tu rasa lamaaaanya la haih 3 bulan tu. Tapi Alhamdulillah akhirnya berjaya ‘grad dengan jayanya jugak.hehe


Teringat lagi betapa gigihnya saya buat part time degree di UKM dulu. Saya amik course Business Administration coz rasanya cam tu je yang relevant untuk saya yang ada Diploma HR ni.


Lepas je habis kerja, terus ke kelas di Kampus Jalan Temerloh( di Titiwangsa). Saya kira beruntung coz dapat bos yang memang sangat-sangat supportive. Bos-bos saya dan kakak senior kat ofis masa tu memang galakkan saya untuk sambung belajar sementara masih muda.


Masa tu kak Hamidah Akmaludin dan Aneem Fadzil la yang rajin teman dan tumpangkan gi kelas 😊

 


Sempat la merasa study masa mabuk mengandungkan Dina dan lepas tu Syahmi pulak 

 

Tak lupa jugak kenangan galas pam Spectra 3 yang gedabak tu tiap kali ke kelas (tambah berat coz sekali dengan stok susu yang di pam kat opis + buku2 teks)

 

Oh ye, last paper(final) ialah 08/01/2011. Syahmi pulak lahir 26/01/2011. Fuhh, serius lega sangat-sangat. Syukur sebab syahmi dari dalam perut lagi dah mendengar kata. Saya dan suami dok pesan “kalau nak keluar tunggu mummy habis final exam dulu ye”.hahaha

 

Pengedar Shaklee Cheras Dan Ampang - Pengedar Vivix Shaklee - Mentor Bisnes Shaklee - Daftar Ahli Shaklee Online

Keluar Kecik Kami


Puas hati sangat sebab berjaya completekan degree walaupun kadang-kadang stress coz penat keje, belajar dan uruskan tanggungjawab sebagai isteri & ibu.

 

Part paling struggle ialah masa menyusukan Dina. Dina tu dah la kuat menyusu. Sehari kena hantar kat rumah pengasuh minimum 24oz tau.

 

Tu yang kena pam jugak masa break solat maghrib kat kelas(kelas pukul 7pm –  10pm). Pastu malam pun bangun pam susu sambil study.

 

Tu baru part menyusu. Part Dina asyik melekat je dengan mummy dia satu hal la pulak.

 

Punyalah melekat sampai husband pun dapat tempias stressnya sekali jugak. Paling tak tahan masa saya dok study untuk exam.

 

Masa tu la Dina akan datang bertenggek atas buku yang saya dok study tu. Kadang-kadang angin baik sket dia conteng-conteng sampai terkoyak jeeee.Menangis la jugak masa tu dibuatnya.huhu

 

Masa buat project paper pun macam tu jugak. Kita buat dia koyakkk.Sabar je laaaa.

 

 

Bila fikir-fikir balik, tah mana la datangnya semangat masa tu. Tapi yang herannya ,masa tu la result saya yang paling gempak skali. GPA 3.095 tuuu.hihi

 

Mujur la saya dapat husband yang sangat-sangat membantu. Anak sulung saya memang banyak habiskan masa membesar dalam kereta. Asal berhenti je kereta, dia bangun dan menangis. so, terpaksa la ayahnya bawak jugak kereta pusing-pusing kampus UKM bangi(yang ni masa saya ada kelas sabu/ahad).

 

Kalau weekdays husband tolong jaga anak kat surau UKM. Kalau dina dok nangis je kena la saya keluar susukan dulu. Lepas tu sambung belajar balik.

 


Bab kerja pulak boleh dikatakan from zero to hero la. Ye la, daripada tak tau apa-apa tentang operations sampai la dah boleh jadi tempat rujukan kawan-kawan seangkatan. hee~


Alhamdulillah. Kalau buat novel mungkin tebal cam kamus kot. Hahaha


Apapun semuanya dah tinggal kenangan.


Now, nak bukak buku baru. Nak fokus buat bisnes shaklee dan kembangkan organisasi shaklee saya sambil jaga anak-anak kami.


Tolong doakan agar Allah permudahkan urusan saya sebagai WAHM ye 😊


01.12.2004 – 30.06.2017

Cari Agen Shaklee Di Area Anda? -->Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia



Nak Daftar Jadi Ahli Shaklee? --> Daftar Ahli Shaklee 2017



Nak Beli Produk Shaklee Terus Dari Shaklee HQ? --> Cara Beli Shaklee Online





___________________________

Leave a Reply