Category: Vitamin Ibu Menyusu

Set Bersalin Shaklee Rahsia Ibu Anak 3 Kekal Langsing

Ada yang tanya saya, ‘dalam banyak-banyak Set Shaklee, set yang mana yang saya paling suka?’. Jawapan saya ialah Set Bersalin Shaklee ?

 

Set Bersalin Shaklee Rahsia Ibu Anak 3 Kekal Langsing
Set Bersalin Shaklee Rahsia Ibu Anak 3 Kekal Langsing

 

Kalau nak ikutkan memang banyak Lagi produk shaklee lain yang saya suka. Tapi yang saya paling-paling(Nampak tak betapa sukanya saya tu.hikhik) saya suka ialah Set Bersalin Shaklee.

 

 

Since amalkan Set Bersalin Shaklee ni saya memang terus jatuh chenta tau. ?

 

 

Apa yang buat saya jatuh chenta sangat-sangat kat Set Bersalin Shaklee ni?

(more…)

Set Menyusu Shaklee – kenapa ibu perlukan vitamin

Bila sebut je Vitamin Ibu Menyusu atau set menyusu Shaklee, akan timbul pelbagai respon 🙂

Ramai yang  kata : ibu menyusu tidak perlukan supplement, hanya perlukan rangsangan dan kosongkan breast dengan kerap.

 

Ya itu sangat betul. Saya sebagai penasihat penyusuan susu ibu Malaysia sangat mengangkat konsep : supply vs demand  dalam penyusuan susu ibu.

 

Jika anda tidak menyusu bayi dengan kerap, dan tidak mengosongkan breast dengan kerap (iaitu bila breast lebih banyak kali terasa penuh dan dibiar penuh sampai bengkak tanpa menyusu bayi atau perah)

 

Memang susu anda akan semakin kurang.

 

Sebab konsep penyusuan tidak betul di situ. Untuk berjaya dalam penyusuan susu ibu, mesti ingat konsep ini :

 

Empty Breast = More Milk Production

Full Breast = Less Milk Production

 

Jadi kenapa perlukan supplement bila konsep utama ialah supply vs demand?

 

Supplement set menyusu shaklee dalam konteks penyusuan susu ibu bukanlah untuk membanyakkan susu ibu sebenarnya,

 

tetapi ialah untuk meningkatkah tahap kesihatan ibu.

 

Sekiranya ibu seoarang yang

  1. asyik penat keletihan,
  2. sering tertekan dan stress,
  3. sering naik angin,
  4. sering takde mood,
  5. nak masak pun tak larat,
  6. nak buat kerja rumah pun rasa letih,

 

bagaimana nak menghadapi cabaran dalam menjaga anak kecil dan menyusukan sepenuhnya dengan susu ibu?

sedangkan sewaktu hamil 9 bulan pun kita perlukan vitamin dan makanan berkhasiat yang cukup, apatah lagi untuk mengharungi perjalanan penyusuan susu ibu secara exclusive selama 6 bulan dan seterusnya sehingga 2 tahun?

 

penyusuan susu ibu ni berkait dengan faktor hormon.

 

Hormon-hormon yang terlibat dalam proses penyusuan iaitu hormon prolactine dan hormon oxytocin sangat berkait rapat dengan keadaan ibu, terutamanya oxytocin yang dikenali sebagai hormon gembira.

 

Jadi sekiranya ibu sering bermasalah seperti masalah-masalah di atas, tentu sekali akan mengganggu kesihatan ibu dan seterusnya mengganggu juga proses penyusuan.

 

Disebabkan itulah ada ibu-ibu yang memerlukan bantuan supplement vitamin ibu menyusu untuk mendapatkan kesihatan yang baik.

 

Kerana manfaat vitamin ibu menyusu amat banyak membantu dalam memberi tenaga, kesihatan dan ketenangan pada ibu menyusu.

Ibu sihat

Ibu adalah jantung hati sebuah family. Ibu yang sihat dan ceria akan membahagiakan seluruh isi rumah. Ibu yang gembira ialah ibu yang sihat 🙂 Ibu yang sihat dan gembira akan melancarkan proses penyusuan susu ibu 🙂

Untuk mengetahui bagaimana set menyusu shaklee dapat membantu ibu-ibu menyusu  mendapatkan kesihatan yang baik, seterusnya membantu ibu menjayakan penyusuan, hubungi saya di saluran berikut :

 

Banyakkan susu dengan teknik hypno breastfeeding

Semalam saya menerima satu mesej dari seorang sahabat lama saya.
Mesejnya berbunyi lebih kurang begini ::

 

Salam *****..apa kbr..
i nk tnye ni…u jual lg x set shaklee?ngat nk try amik yg breast fed nyer la…skrg ni ade krisis susah lak susu nk produce bila pump..then nk tnye pendapat gak.. klu free call ek ********** xpon bg no u bia i kol..
thanks..

 

Saya mengambil masa yang agak lama untuk reply mesej beliau…tengah malam saya mendapat idea, elok juga kalau saya jadikan issue ni sebagai entry blog saya 🙂

 

So saya sharekan tips yang saya sertakan dalam jawapan saya kepada beliau…

 

 

Salam, alhamdulillah sihat…baby u dah berapa bulan sekarang?

 

 

I memang ada jual lagi set shaklee tu sambil2 makan sendiri

 

 

just nak inform yg i ni registered Lactation counselor, so di samping nak cadangkan supplement, I nak jugak tahu lebih detail kut2 u ada problem sampingan yg menyebabkan susu jadi kurang…

 

 

biasanya bila baby dah besar sikit, memang badan akan mula kurang ahsilkan susu, antaranya ialah faktor ::

 

  1. baby dah kurang menyusu direct
  2. baby dah mula ambil solid
  3. baby dah mula menyusu dalam masa yang sekejap, tidak lagi lama

 

dan faktor ibu pula::

 

  1. perubahan hormon
  2. letih
  3. ibu tidak makan dengan baik (skip makan, makan sikit sebab kesuntukan masa, kurang makan seimbang etc etc)
  4. tekanan tugas sebagai ibu, tambahan lagi bagi ibu yang berkerja
  5. kurang memerah/mengepam susu

 

jadi adakah u ada mengalami salah satu dari faktor2 di atas?

 

 

dan tambah lagi nak puasa ni memang kena prepare extra ebm sikit utk persediaan kalau2 susu drop banyak semasa sedang berpuas…

 

 

ada satu tips yang boleh u amalkan::

 

 

Teknik hypnobreastfeeding:

  1. Set minda & yakin boleh menyusukan secara eksklusif dgn susu ibu tanpa tambahan susu formula
  2. Kekalkan ketenangan perasaan & minda dgn cara :
  3. melihat sesuatu yg boleh menimbulkan rasa tenang & bonding. Cth:melihat anak tertidur selepas menyusu – hilangkan rasa risau, sakit, stress, ragu-ragu untuk menyusukan
  4. Masuk ke bilik yang sunyi (office u tentu boleh :))
  5. Pasang zikir
  6. Pasang aromaterapi yang menenangkan
  7. Duduk tegak bersandar
  8. Rilekskan otot
  9. Baca selawat sekurang-kurangnya 3 kali
  10. Tarik nafas secara dalam, tahan selama 10 saat, lepas melalui mulut dengan bunyi heh
  11. Bila rasa tenang, ulang lagi pernafasan tersebut, bayangkan anda melepaskan semua perasaan negatif risau, sakit, stress, ragu-ragu untuk menyusukan
  12. Masukkan setting positif “i boleh menyusukan anakku secara eksklusif selama 6 bln, 12 bln, 18 bln, 2 tahun”.

 

 

 

 

untuk sokongan dari segi nutrisi, Basically ibu menyusu perlukan 4 element paling penting ::

  1. Air – sebab susu tu sendiri liquid dan badan kita perlu air yg optimum
  2. Protein – selepas air, komponen utama susuibu ialah protein
  3. Calcium – juga komponen utama susuibu
  4. Vitamin asas (A, B complex dan C serta mineral lain) – untuk support keperluan saraf dan darah ibu agar badan tak haus nutrisi supaya penghasilan susu berjalan lancar.

 

Untuk maklumat lanjut berkenaan nutrisi semasa penyusuan, lawati laman ini 

 

Selamat mencuba Teknik Hypno Breastfeeding 🙂

Vitamin Ibu Menyusu

Untuk sokongan dari segi nutrisi, Basically ibu menyusu perlukan 4 element paling penting ::

  1. Air – sebab susu tu sendiri liquid dan badan kita perlu air yg optimum
  2. Protein – selepas air, komponen utama susuibu ialah protein
  3. Calcium – juga komponen utama susuibu
  4. Vitamin asas (A, B complex dan C serta mineral lain) – untuk support keperluan saraf dan darah ibu agar badan tak haus nutrisi supaya penghasilan susu berjalan lancar.

 

 

 

 

 
Dalam produk Shaklee, untuk memastikan tubuh tidak dehydrated dan system osmosis darah berada pada tahap optimum, shaklee ada satu produk yang dinamakan Performance drink, ia sama konsep seperti 100+ tapi tanpa gas, tanpa gula, tanpa pengawet dan tanpa perisa tambahan….Performance drink ni bancuh dengan airsejuk sahaja, perasa oren dan boleh juga bagi anak2 yang berumur 2 tahun ke atas minum jika tengah demam untuk bantu turunkan suhu….Performance drink ni akan menyebabkan sel badan segah sentiasa dan tidak kecut sebab air dikekalkan pada tahap optimum…performance drink ni sangat essential untuk bulan Ramadhan ni terutama bagi ibu yang menyusu..

Dalam shaklee juga ada produk protein yang dinamakan Energizing Soy Protein (ESP) yang dihasilkan secara alami dari kacang soya baka tulen (bukan baka yang diubah geneticnya)…mengambil 3 sudu ESP sehari memenuhi 100% keperluan protein ibu hamil dan ibu menyusu…sebabtu bila ibu2 breastfeed yang ada masalah susu mengambil ESP mereka dapat hasil yang menakjubkan sebab protein ni antara elemen paling penting dalam penghasilan susu….

nak hasilkan susu perlu hormon oxytocin dan prolactine, hormon pula trdiri dari elemen protein.

sebab tu bila ambil ESP susu sangat2 meriah, dijangka kemungkinan sebab pengambilan ESP membantu peningkatkan hormone oxytocin dan prolactine tu

Calcium macam biasa memang di perlukan untuk hasilkan susu, kalau ibu tak cukup calcium, memang susu akan merosot, malah tulang,tapak kaki dan gigi ibu akan terkesan (lazimnya tapak kaki akan sakit) menandakan badan mula menarik kalsium dari otot dan tulang untuk menampung keperluan kalsium untuk disalurkan kepada susu..dalam shaklee calcium dilengkapi dengan magnesium dan vitamin D iaitu dua bahan yang sangat penting untuk memastikan calcium terserap dengan sempurna ke dalam darah..kalau calcium yang takde vitamin D atau magnesium, calcium tu akan susah nak diserap dan lama2 akan terkumpul jadi batu (gall bladder stone)

Vitamin B complex sangat2 penting untuk menyokong keperluan saraf ibu,terutama ibu yang selalu sibuk dan berkerja di bawah tekanan, dan bcomplex sangat penting untuk menukarkan makanan yang dihadam kepada tenaga…jika ibu kekurangan vitamin Bcomplex tubuhnyatakkan dapat tenaga yang optimum dari makanan yang dia makan, dan mula merasa tertekan malah terasa sangat letih sebab kurang tenaga dan saraf tidak mendapat nutrient yg sepatutnya.

Vitamin C pula melindungi kelenjar yang menghasilkan hormon daripada bengkak (akibat tekanan) dan berdarah, bila kelenjar bengkak dan berdarah, ia sudah tevcedera maka kebolehannya untuk menghasilkan hormon akan terganggu, sebabtu ibu yang tertekan akan mendapati susu berkurangan

vitamin2 lain dan mineral2 lain sememangnya perlu untuk menampung kekurangan nutrient yang mungkin berlaku bila ibu tidak makan dengan seimbang dan tidak makan mengikut waktu yang tetap..

Vitamin Ibu Menyusu – Set Breastfeeding Shaklee yang terbukti keberkesanannya.

Kami di Vitamin Ibu amat gembira dan bersyukur kepada ALLAH kerana sepanjang 5 tahun menjalani proses penyusuan susu ibu, kami dapat menyaksikan kesedaran terhadap penyusuan susu ibu telah meningkat dengan pesat sekali.

 

Bukan itu sahaja, ibu-ibu menyusu hari ini semakin bijak dalam memilih dan memvariasikan pengambilan makanan untuk mencapai penghasilan susuibu yang baik disamping menambah dan meningkatkan pengeluaran susuibu.

 

Kita dapat lihat kini makin ramai ibu menyusu yang mengamalkan pengambilan vitamin Shaklee. Alhamdulillah, rangkaian vitamin yang disarankan untuk ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu telah membantu ramai ibu menjalani kehidupan yang lebih berkualiti. Set breastfeeding Shaklee bukan sekadar milk booster (membanyakkan susu) tetapi ia adalah rangkaian vitamin dan mineral keperluan ibu yang menyusukan anak. Setelah hampir 4 tahun, berikut adalah manfaat dan faedah yang diperolehi oleh ibu-ibu menyusu yang mengamalkan set breastfeeding atau set penyusuan susuibu:

  1. Lebih bertenaga
  2. Kurang stress/tekanan perasaan
  3. Mengelakkan meroyan
  4. Mengurangkan sakit badan (sakit urat)
  5. Kurang mengantuk (di waktu yang tak sepatutnya mengantuk)
  6. Perbaiki keintiman suami isteri
  7. Memiliki wajah berseri-seri
  8. Mencantikkan kulit dan kuku
  9. Mengawal berat badan
  10. Membanyakkan susu ibu

Terdapat juga komen-komen yang mengatakan tidak perlu pengambilan vitamin sekiranya pemakanan seharian ibu telah memenuhi keprluan piramid makanan. Sebenarnya, ada banyak faktor yang telah merosakkan kualiti dan nutrisi makanan pada hari ini, di mana faktor-faktor ini berlaku kebanyakannya semasa dari fasa penanaman dan semaian lagi. Ini akan dibincangkan dalam entry akan datang.

Kadangkala pemakanan kita seharian walaupun sudah cukup, tapi banyak perkara yang boleh memberi kesan terhadap penyerapan vitamin oleh tubuh kita, misalnya:

  • Sumber makanan dan cara masakan yang merosakkan nutrien
  • Stress
  • Pencemaran udara
  • Usus yang ‘kotor’ dan tidak dapat menyerap nutrien dengan baik
  • Kurang rehat dan kurang tidur
  • Pemakanan yang tidak seimbang (sekadar kenyang saja)

Jadi, salah satu pilihan yang ada, terutama kepada ibu yang menyusukan anak.. Kerana seorang ibu yang menyusu itu berkhidmat untuk 3 pihak : dirinya, anaknya, dan suaminya –  

  1. dirinya perlu penjagaan luaran dan dalaman;  
  2. anaknya perlu pernjagaan, asuhan dan SUSU IBU!  
  3. Suaminya perlukan layanan dari isteri – maka bertambah-tambah tanggungjawab seorang ibu menyusu.

Kerana itulah set breastfeeding Shaklee disusun sebegitu rupa, agar memenuhi keperluan nutrien seorang ibu. Diperbuat dari bahan-bahan semulajadi yang ditanam secara organik, pasti selamat dan sesuai buat semua.
Nak yang lebih segar? Kupaslah sendiri dari ladang :)

set breastfeeding shaklee 

Terdapat lebih 4 pilihan rangkaian vitamin ibu menyusu dari Shaklee. Untuk mendapatkan maklumat lanjut serta konsultasi berkenaan set manakah yang menepati keperluan tubuh anda, hubungi Vitamin Ibu segera.

Hubungi kami segera untuk PAKEJ ISTIMEWA dan BUDGET SET untuk Set Breastfeeding Shaklee! Hanya di Vitamin Ibu.