Cara Urus Kewangan Untuk Bisnes Online / Bekerja Makan Gaji

Cara uruskan kewangan memang sangat penting. Tak kira la samada korang buat bisnes online ataupun bekerja makan gaji.

 

Cara Urus Kewangan Untuk Bisnes Online / Makan Gaji / Bekerja
Kewangan kena diuruskan betul-betul. Kalau tak memang ke laut. Especially orang yang buat bisnes online macam saya. Sedar-sedar je dah habis πŸ˜…

 
Salah 1 cara urus kewangan yang bagus ialah menggunakan konsep ‘7 Jars’ atau 7 tabung.

 
Setiap tabung ada kegunaan masing-masing:

 
1. Tabung Necessity atau Keperluan(50%)
Tabung ni khas untuk perbelanjaan harian dan bulanan.Β  Antaranya ialah makanan, belanja dapur, pakaian, rumah, kereta dan lain-lain.

 
Yang ni tak kira la korang buat bisnes online atau makan gaji memang kena ada sebab semua pun perlukan makanan, tempat timggal etc kan?

 
2. Tabung FFA(5%)
Tabung ni diwujudkan dengan matlamat untuk bebas kewangan untuk jangka panjang. So, kalau dah masuk jangan sesekali keluarkan ye πŸ˜‰.

 

Kalau korang nak boleh jugak disimpan dalam bentuk saham atau emas. Macam saya, saya prefer simpan dalam bentuk tunai dan emas.

 
3. Tabung Pendidikan(5%)
Tabung ni boleh digunakan untuk upgrade ilmu. Tak kisah la korang nak pergi kelas marketing ke, baking ke, parenting what so ever 😊

 

Kalau orang bisnes shaklee dan bisnes online macam saya, saya akan gunakan duit tabung ni untuk attend kelas-kelas bisnes la. Ilmu nadi orang bisnes tau πŸ˜‰

 
4. LTSS(10%)
Ni tabung untuk simpan dan beli benda-benda yang mahal. Contohnya rumah, kereta etc . Kiranya korang boleh guna tabung ni untuk aim apa-apa yang korang nak la πŸ˜„

 

 
5. Tabung Parent(10%)
Tabung ni khas untuk bagi kat mak ayah la. Kalau nak bagi lebih lagi bagus.hehe

 
6. Tabung Sedekah & Zakat(10%)
Haa, ni memang tabung wajib setiap bulan. By hook or by crook kena ada jugak. Ni la salah 1 kunci murah rezeki tau πŸ˜‰

 

 
7. Tabung Play/Fun(10%)
Tabung ni yang paling best. Dah penat-penat kerja or buat bisnes kena la reward diri jugak kan.hee~

 

 

Cuba la buat 7 tabung ni. Nanti korang akan terkejut dan tak sangka korang boleh menyimpan rupanya.hihi

 
Ni la cara saya uruskan kewangan untuk gaji bulanan dan bonus shaklee saya.

 
Korang pulak macam mana ye?

 
Promosi Vivix Shaklee masih berlangsung ye. Kalau nak order meh whatsapp ye 😘

Whatsapp 012-346 1698 (Erni)

Whatsapp 012-346 1698 (Erni)

Whatsapp 012-346 1698 (Erni)

Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia



Daftar Ahli Shaklee Online Percuma





___________________________

Leave a Reply