Cara Saya Buat Bisnes Shaklee Secara Online Melalui Handphone

Bisnes Online dan smartphone memang tak dapat dipisahkan. Untuk peniaga shaklee online macam saya smartphone memang wajib ada sebab kebanyakan urusan bisnes shaklee saya memang dibuat melalui smartphone a.k.a handphone ni.

Cara Saya Buat Bisnes Shaklee Secara Online

Cantik kan handphone ni ?

Sekarang ni saya guna Samsung A7 je untuk bisnes shaklee saya. Tapi rasa macam nak kena tukar handphone baru je ni. Hehe

Sebab handphone ni dah mula buat perangai. Kalau orang call atau whatsapp pun selalu sangat takde bunyi. So, banyak la call dan whatsapp yang saya ter overlooked dibuatnya. Untuk orang bisnes online macam saya susah la kan?

Kalau korang call or whatsapp saya tak jawab tu mintak maaf bebanyak ye ?

Actually saya ni takde la pandai sangat bab gadget-gadget ni. Yang penting handphone tu boleh guna untuk deal dengan customer, boleh amik gambar cantik-cantik, RAM laju dan ada memory yang besar.

Untuk buat bisnes Shaklee secara online memang kena ada handphone yang boleh amik gambar cantik-cantik. Sebab gambar la yang pertama sekali yang akan ditengok oleh bakal prospek yang mencari produk Shaklee. Kan orang selalu kata dari mata turun ke hati??

Selain daripada tu, handphone tu kena ada memori yang besar. Kalau dapat yang 64G pun ok dah la.

Ye la, selain daripada nak save gambar yang banyak, handphone tu jugak nak kena save beberapa application penting untuk senangkan kerja-kerja bisnes online saya tu.

Sekarang ni boleh dikatakan 90% kerja-kerja bisnes online saya buat guna handphone je. Jawab PM @ call customer, update blog, FB, FB Page, IG etc. Boleh kata semualah saya guna handphone.

Bukan la langsung tak guna laptop. Cuma guna handphone ni lebih senang dan mobile. Lagi 1 kalau guna laptop tu ada je gangguannya. Baru on je dah nak kena berebut dengan anak ?

Kena pulak si kecik Aira tu. Dia bukannya kira mummy dia ni nak buat kerja-kerja bisnes Shaklee ke apa. Janji dia pun dapat tekan-tekan kat laptop tu jugak.?

Tu yang jarang bukak laptop sekarang ni. Hehe

Bukan la bermaksud kalau guna handphone tu anak-anak tak kacau. Diorang kacau jugak sebenarnya. Cuma still under control la. Hee~

Hmm, sebenarnya saya dalam dilema nak tukar handphone ke tak ni. Handphone ni setakat ni ok je tapi bila asyik takde bunyi tu yang susah tu ?

Lagi pun dok tengok iklan handphone je kan. Rasanya macam menarik gak handphone Huawei P9 tu. Ramai yang bagi review bagus tapi harga sangat berbaloi. Nak kena buat solat istikharah dulu ni.hihi

Korang guna handphone apa sekarang ye? Meh la share. Kot-kot la saya berkenan ke ?

Cari Agen Shaklee Di Area Anda? -->Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia



Nak Daftar Jadi Ahli Shaklee? --> Daftar Ahli Shaklee 2017



Cari Agen Vivix Shaklee Di Area Anda? -->Pengedar Vivix Shaklee Seluruh Malaysia



Nak Beli Produk Shaklee Terus Dari Shaklee HQ? --> Cara Beli Shaklee Online





___________________________

Leave a Reply