Dalam entry kali ini saya akan kongsikan bagaimana cara hilangkan kahak bayi dan rawat batuk baby yang saya gunakan untuk anak-anak saya.

 

——————————————————–

 

 

Masuk hari ini sudah hampir 2 minggu Ibrahim mendapat batuk berkahak.

 

Minggu lepas kami bawa Ibrahim berjumpa Dr Lim untuk diagnosis. Dr Lim mengatakan Ibrahim telah mendapat acute bronchiolitis.

 

Beliau mencadangkan agar ditahan di ward. Oleh kerana dah fobia dengan kenangan lalu, maka kami meminta untuk hold dulu plan kena ward tu untuk kami cuba rawatan secara semula jadi di rumah.

 

Alhamdulillah Dr Lim sangat professional, beliau menghormati keputusan kami sambil memberi beberapa guidelines yang perlu kami patuhi sepanjang rawatan.

 

Bermula dari saat itu pelbagai teknik rawatan kami telah jalankan antaranya ;

 

  1. Sedut kahak di klinik wangsa – nanti saya share dalam entry lain.
  2. Homeopathy – saya sangat suka cara perubatan ni.
  3. Garlic steam – yang ni yang saya nak share hari ni.

 

Teknik garlic steam ni sama macam teknik steam biasa cuma ada tambahan garlic oil dalam air steam tu.

 

Jangan cakap banyak lagi salwa, jom ajak readers layan gambar 😉

 

Step 1

Persediaan Garlic Steam

 

 

Steamer – kami guna sterilizer Little Bean je…..

Garlic oil – saya guna newlife, company ni memang banyak product natural. Minyak kelapa dara pun saya guna produk mereka.

Air – sikir je dalam 3 cawan

 

Panaskan air dalam sterilizer, pecahkan 3 biji garlic capsule dan squeeze minyak ke dalam air. Kalau nak guna bawang putih mentah pun boleh, ketuk bawang putih dan letak dalam air.

 

 

Step 2

Garlic Steam ready to go

 

 

Baki garlic oil tu kami sapu ke atas dada, belakang, ubun-ubun dan T-Zone Ibrahim.

 

Lepas tu kami urut-urut sikit belakang dia.

 

Kemudian untuk galakkan kahak dan hingus keluar dengan mudah, kami letak Ibrahim dalam keadaan arah ke bawah.

 

Nak buat begini kena hati-hati sebab kalau baby tendang kuat boleh tertolak ke depan mukanya.

 

Tapi suami saya kreatif, beliau guna kaki sebagai hadang.

 

Jadi hanya muka dan dada baby je mengadap steam.

 

Perlu lakukan ini dengan bantuan individu lain : sorang pegang baby dengan kemas dan seorang lagi tepuk dengan teknik percussion atau sekadar urust perlahan (Ibrahim ada masalah jantung jadi tak boleh buat percussion sangat, sikit-sikit tu boleh la)

 

Kalau nak effect lagi best, selubungkan dengan  kain lampin.

 

Masa ni memang baby meraung dengan cemerlangnya, tapi takpe wap-wap itu akan masuk dengan lebih cemerlang ke dalam saluran pernafasan yang keradangan akibat bronchiolitis, maka akan mencairkan kahak yang pekat dan kental, maka lebih mudah kahak keluar…..

 

sebab tu kena buat 2 orang supaya keselamatan baby terjamin sewaktu baby meronta kena wap panas.

 

 

Step 3

tepukan percussion untuk keluarkan kahak

 

 

 

 

Kalau baby yang tiada maslah jantung, ibu-ibu boleh buat percussion tap tu sambil wap sambil pembantu memegang baby dengan kemas.

 

Teknik tepukan percussion ni bertujuan untuk longgarkan kepadatan kahak.

 

Tangan perlu melengkung dan tepukan di lakukan pada kiri dan kanan dada bukan atas tulang belakang ye.

 

Kami buat camni dalam lebih kurang 5 minit sebelum proceed ke step seterusnya.

 

Step 4

Garlic Steam untuk keluarkan kahak dengan semulajadi

 

 

Inilah saat yang seronok bila kita nampak kahak-kahak dan hingus-hingus putih kehijauan keluar dengan jayanya…..

 

Kalau anda buat percussion tap tu lagi banyak kahak yang keluar….

 

sambail bersihkan kahak sambil tu tenangkan baby…..

 

boleh ulang step 2 – 4 sehingga tahap yang baby anda boleh tolerate

 

Jangan paksa baby, buat pelan-pelan pun takpe sebab taknak baby kita stress….kita nak baby yang sihat dan happy kan 😉

 

 

Final step

selesa kahak dah kurang

 

 

 

Lepas dah keluar kahak dan hingus, kita boleh dengar nafas baby makin tenang dan kurang bunyi wheezing.

 

Bersihkan muka baby dari sebarang kotoran, tenangkan baby…..

 

Lepas tu bagi upah susu 🙂

 

InshaaALLAH baby akan tidur lena lepas tu 🙂

 

 

Lazimnya kami buat sehari 2 -3 kali.

 

Kalau anda baru mula nak buat, cuba dulu sehari sekali.

 

Dan kurangkan tidur bawah air cond sebab air cond akan menyebabkan kahak jadi likat dan susah nak keluar.

 

Secara asasnya dari segi luaran, saya rawat Ibrahim dengan ;

  • Garlic steam
  • Homeopathy

 

Dan dari segi dalaman, saya sendiri yang mengambil inisiatif untuk makan vitamin C dan saya makan extra Shaklee Nutriferon untuk meningkatkan interferon dalam sistem pertahanan badan.

 

Since bronchiolitis ni viral infection, so interferon inshaaALLAH membantu bada melawan virus secara semulajadi.

 

Saya makan 5 sachet nutriferon sehari, alhamdulillah walaupun sedang batuk berkahak namun Ibrahim tak demam.

 

Saya sangatlah takut sebab bronchiolitis ni kalau tak rawat akan menyebabkan masalah lagi serius

 

tambahan Ibrahim kan ada issue jantung, lagi la saya kena jaga baik-baik supaya Ibrahim sembuh dengan segera.

 

 

Semoga perkongsian saya hari ni memberi manfaat kepada pembaca kami.

 

Terima kasih ya kerana sudi meluangkan masa membaca tulisan saya 🙂

 

Jumpa lagi dalam entry lain 😉