Beli Insurans Atau Jaga Kesihatan, Mana Yang Lebih Penting? – Jom Follow Kempen #Superstar

Antara Jaga Kesihatan dan Beli Insurans, korang rasa mana yang lagi penting?

 

Beli Insurans Atau Jaga Kesihatan, Mana Yang Lebih Penting – Jom Follow Kempen #Superstar

Kalau korang perasan sejak dua menjak ni ramai yang ajak beli insurans. Bukan la saya kata insurans tu tak penting. Memang sangat penting. Cuma jika disuruh pilih yang paling utama, saya akan pilih jaga kesihatan. Sebabnya insurans hanya akan terpakai kalau kita sakit kan?

Memang la orang kata sediakan payung sebelum hujan. Tapi kalau kita boleh elakkan jatuh sakit, kenapa tidak kan? Ada pulak yang cakap beli insurans lagi senang. Nak jaga kesihatan ni susah dan leceh.hihi

Actually takde la susah mana pun. Cuma kena tau cara yang betul je. By the way, korang rasa best ke kalau sakit? Memang la boleh claim duit hospital etc, tapi isu nya sanggup ke korang terlantar atau menderita sebab sakit.

Bagi saya buat apa ada duit banyak kalau sakit dan tak dapat nak menikmati hidup. Sebab tu ada sebahagian yang kata, beli insurans ni ibarat kita macam menjemput penyakit(ni orang yang cakap ye, bukan saya tau.hehe). Ye la, diorang kata, kalau tak guna rugi je la bayar insurans tu. Dan nak guna kemudahan insurans pulak kena la sakit dulu baru layak dapat kesemua yang dijanjikan.

Bukanlah saya kata insurans tak penting. Insurans memang penting. Cuma menjaga kesihatan adalah lebih penting berbanding beli insurans.

Bab jaga kesihatan pun ramai yang salah faham. Ada yang ingat bersenam 3 kali seminggu dah cukup. Tak perlu nak jaga pemakanan. Sebab tu ada yang merokok lepas bersenam.hihi

Ada pulak yang kata dah jaga pemakanan tak payah bersenam dan ada pulak yang cakap dah amik supplement tak payah bersenam atau jaga makan. Ni jenis mazhab pelik-pelik la ni.haha

Kalau ikut  apa yang Dr Haresh dan Dr Rajban Singh share masa Health Talk & Business Leader Conference hari tu, ada 3 perkara utama yang wajib buat.

3 Perkara Wajib Buat Untuk Jaga Kesihatan

 

1. Jaga Pemakanan. Amalkan gaya hidup yang sihat dan seimbang. Contohnya, makan makanan yang berkhasiat, elakkan ‘fast food dan ‘’frozen food’, kurangkan gula.

 

2. Bersenam. Minimum 3 kali seminggu. Cara bersenam yang paling mudah ialah naik tangga ke tempat kerja.

 

3. Amalkan supplement. Ini pun penting dan ramai yang terlepas pandang. Ramai yang ingat jaga pemakanan dah cukup tapi sebenarnya makanan yang kita makan sekarang dah kekurangan nutrisi. Buah-buahan dan sayur-sayuran pun dah sangat kurang nutrisi(sebab tanah pun dah kurang mineral). Sebab tu la kena top-up dengan supplement.

 

Kalau korang buat 3 ni baru la korang termasuk dalam kategori orang yang menjaga kesihatan. Kalau miss 1 pun dah tak betul la tu.hihi

Nanti ada pulak yang ingat saya bergaduh dengan orang yang jual insurans.

Tak, jangan salah faham ye. Saya ok je. Takmo la gaduh-gaduhkan. Kita semuakan saling memerlukan 😉

Cuma saya nak betulkan mentaliti atau salah tanggapan kepada sesetengah orang je. Ada yang ingat

“Aku dah beli insurans, so tak payah susah-susah jaga kesihatan. Insurans kan hado”

Silap besar la kalau korang fikir macam tu tau. Sebab tu la saya sahut cabaran dari Blog Superstar untuk diskas pasal topik ni. Objektif kempen ni ialah untuk tingkatkan kesedaran kepada orang ramai bahawa menjaga kesihatan adalah sangat penting.

Fokus lain kempen ni ialah untuk ajak lebih ramai orang untuk sama-sama hidup lebih sihat dan kurangkan statistic pesakit dihospital.hehe

Betul la. Kalau korang perasan hospital pun dah tak dapat nak menampung pesakit yang ramai. Lagi kesian kat doctor dan nurse yang terpaksa kerja lebih masa sebab nisbah pesakit dan doktor@nurse tak seimbang.

Sebab tu baru-baru ni kementerian kesihatan ada dedahkan pasal isu doctor banyak ponteng kerja sebab tak tahan dengan beban kerja. Kesiankan?

So, kalau korang masih ada peluang untuk jaga kesihatan dan hidup lebih sihat kenapa nak pilih untuk sakit dan hidup terseksa bergantung dengan ubat-ubatan. Walapun duit banyak(insurans bayar) tapi hati tak tenang dan secara tak langsung korang menyusahkan orang tersayang, buat apa kan?

Okaylah, jom saya sharekan cara menjaga pemakanan yang Dr Haresh dan Dr Rajban Singh sharekan dengan kami.

5 Tips Cara Jaga Pemakanan

1.Masak sendiri. Makanan yang dimasak sendiri di rumah adalah lebih selamat dan berkhasiat. Dengan syarat korang masak makanan yang betul la. Kalau orang masak menu yang tak sihat contoh berminyak pun tak ok jugak.

 

2.Elakkan perasa atau perisa tambahan. Haa, kalau makan kat kedai boleh ke nak cakap tak nak ‘ajinomoto’? sebab tu la better masak sendiri kat rumah.hihi

 

3.Elakkan ‘frozen food’. Frozen food ni ialah salah satu makanan punca kanser. Nanti kalau ada masa saya sharekan tentang ni.

 

4.Elakkan ‘fast food’. Fast food pun sangat-sangat tidak bagus. Selain daripada makanan punca kanser, fast food jugak tinggi bahan perasa dan perisa.

 

5.Elakkan GMO. Ni pun susah nak elak sebab kebanyakan produk kat Malaysia ialah GMO a.k.a produk yang dah diubah suai genetiknya. Nak selamat pilih Non-GMO atau produk yanga da label ‘organik’. Isunya produk yang organic ni selalunya mahal.hehe

 

Settle bab pemakanan. Jom kita tengok pula tentang bersenam.

3 Tips Bersenam Mudah, Cepat dan Berkesan

1.Mulakan dengan senaman yang ringan dan mudah. Contohnya naik tangga dan parking jauh sikit.

 

2.Mulakan yang paling minimum dulu. Lepas tu baru tambah sedikit demi sedikit. Kalau buat banyak terus kang badan terkejut.hihi

 

3.Istiqomah a.k.a konsisten. Jangan la hari ni buat 100x esok rehat sebulan pulak ye.hehe

 

Sekarang dah boleh tengok tentang supplements pulak ye.

5 Tips Pilih Supplement yang bagus

 

1.Tengok latar belakang syarikat. Pilih syarikat yang dah bertapak lama dalam bidang supplements.

 

2.Pilih syarikat yang mementingkan kualiti. Contoh Shaklee syarikat yang sangat menekankan ‘In Harmony with Nature’, sangat strict dalam menghasilkan produk yang semulajadi dan tidak membahayakan pengguna.

 

3.Pilih produk yang semulajadi, selamat dan berkesan. Pastikan supplements yang korang pilih bukan sintetik(dihasilkan daripada campuran bahan kimia) yang ada kesan negative untuk jangka masa panjang.

 

4.Pilih produk yang disokong oleh Kajian Klinikal. Bukan berdasarkan testimony semata-mata.

 

5.Pilih supplements yang ada Landmark Study. Landmark Study ni dijalankan oleh pihak ke-3 yang takde kena mengena dengan Shaklee tau.

 

Apa pun bagi saya yang paling penting sekali ialah menjaga kesihatan. Lepas tu barulah pertimbangkan pengambilan insurans.

Sihat itukan nikmat?

Gambar kat atas tadi tu la 2 supplement yang saya sangat suka. Yang botol putih tu Vitalea Shaklee –  multivitamin yang dah berusia 101 tahun. Dan yang maroon tu la Vivix Shaklee a.k.a sumber resveratrol power yang famous tu.Sebenarnya banyak lagi, tapi lenkali la saya sambung k.

Settle tugasan saya untuk cabaran Beli Insurans Atau Jaga Kesihatan, Mana Yang Lebih Penting?” sekarang saya nak tag rakan blogger Aini dari Blog Ummisado.blogspot.my untuk teruskan misi ni pulak.

Jemput baca post saya tentang 5 Resepi Peria Katak Paling Sedap – Alternatif Untuk Penyakit Kencing Manis.

Jom ajak kawan-kawan dan sedara mara pakat  Like dan Share ni lepas baca ye. Supaya lebih ramai yang sedar tentang pentingnya menjaga kesihatan

Cari Agen Shaklee Di Area Anda? -->Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia



Nak Daftar Jadi Ahli Shaklee? --> Daftar Ahli Shaklee 2017



Nak Beli Produk Shaklee Terus Dari Shaklee HQ? --> Cara Beli Shaklee Online





___________________________

Leave a Reply