Amalan kerohanian semasa berpantang selepas bersalin.

Lazimnya bila sebut tentang berpantang lepas melahirkan bayi, rata-rata ibu memikirkan tentang Set Bersalin yang bakal digunakan sepanjang tempoh berkenaan.

 

Sedangkan rohaniah ibu juga memerlukan rawatan dan makanan untuk melalui saat panjang yang mana ibu tidak boleh menunaikan solat dan membaca al-Quran.

 

Sebab itu kita dapati ada banyak kes meroyan atau tekanan perasaan yang di alami ibu semasa berpantang.

 

 

Meroyan ini bukan sahaja merbahaya malah boleh menyebabkan ibu-ibu lambat pulih dari luka bersalin.

 

Malah lebih membahayakan ialah jika ibu terus mendapat tekanan berpanjangan yang dipanggil gila meroyan….nauzubillah min zalik…..

 

Oleh itu hari ni kami nak berkongsi beberapa amalan kerohanian yang dapat di amalkan oleh para ibu berpantang dalam usaha untuk mengisi keperluan rohaniah dan untuk mengelakkan dari gangguan syaitan.

 

Amalan ini merupakan zikir yang diamalkan mengikut hari :

يـَا حَيُّ يـَا قَيُّوْمُ – AHAD
(Ya Allah yang maha hidup lagi berdiri dengan sendirinya)

لا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ اِلا بِا للهِ الْعَلَيِ الْعَظَيْمِ – ISNIN
(Tiada upaya dan kekuatan Melainkan dengan kuasa Allah yang maha Tinggi dan maha besar)

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ – SELASA
(Ya Allah rahmatilah ke atas NABI MUHAMMAD s.a.w)

أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْه – RABU
(Aku mohon ampun Kepada Allah maha besar tiada tuhan yang disembah melainkan Dia yang hidup lagi maha kuasa dan aku bertaubat kepadaNya)

ِسُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيْم وَبِحَمْدِهِ – KHAMIS(Maha suci Allah yang maha besar dan pujian kepadaNya)

يَا اللهُ – JUMAAT
(Ya Allah)
 لا اِلَهَ اِلا اللَّه – SABTU
(tiada tuhan selain Allah)

 

 

Di samping itu jangan lupa untuk mendengar bacaaan ayat-ayat suci al-Quran dari radio atau internet. In shaa ALLAH bayi yang mendengar akan mudah untuk menghafal ayat-ayat al-Quran pada masa akan datang kerana dah dengar sejak lahir 🙂

 

 

Al-Quran untuk ketenangan dan pengubat jiwa.

Kesimpulannya untuk pulih dengan sempurna selepas bersalin, ibu perlulah meraat diri dari segi fizikal (Set Bersalin yang selamat) dan mental (kerohanian).

 

Set Bersalin sahaja hanya menyembuhkan fizikal,sedangkan manusia ini sebenarnya terdiri dari fizikal dan ruh 🙂

 

Maka marilah kita menjaga kesihatan kedua-duanya 🙂

 

Semoga perkongsian ini bermanfaat 🙂

 

===================================================================

Cari Agen Shaklee Di Area Anda? -->Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia



Nak Daftar Jadi Ahli Shaklee? --> Daftar Ahli Shaklee 2017



Cari Agen Vivix Shaklee Di Area Anda? -->Pengedar Vivix Shaklee Seluruh Malaysia



Nak Beli Produk Shaklee Terus Dari Shaklee HQ? --> Cara Beli Shaklee Online





___________________________

Leave a Reply