Aku Takkan Berniaga! – Kisah Silam Seorang Pengedar Shaklee Yang Aktif Buat Bisnes Shaklee Sekarang

AKU TAKKAN BERNIAGA!

Pengedar Shaklee - Pengedar Vivix Shaklee - Bisnes Shaklee - Bisnes Online

 

Saya dan adik beradik dibesarkan hasil titik peluh mak & ayah berniaga.

 

Macam-macam jenis barang yang mak ayah saya jual.

 

Ikan, buah-buahan, plastik, pinggan-mangkuk, nasi lemak, ayam goreng ala-ala KFC & mee/bihun/kuetiaw/nasi Goreng kuali besar, nasi beriani/tomato, nasi ayam, masakan thai dan Nasi Campur.

 

Masa jual ayam goreng ala-ala KFC dan aneka mee goreng tu kitorang la antara yang pioneer kat pasar malam masa tu.

 

Saya ingat lagi, team Majalah 3 datang rumah buat rakaman dari proses penyediaan bahan mentah sampai la kami berniaga kat pasar malam.

 

Sempat la saya dan kakak jadi retis coz kitorang tolong mak dan ayah berniaga.hihi

 

Tapi sedih sket sebab video rakaman tu hilang masa pindah rumah. Isk isk

 

Yang tak bestnya kat pasar malam kena berhujan dan berpanas. Kalau setakat baju basah lencun dan kering balik tu memang biasa sangat šŸ˜¢

 

Dalam banyak-banyak bisnes tu, yang paling lama sekali yang mak dan ayah saya buat ialah Nasi Campur.

 

Dan bisnes tu jugak la yang paling penat dan susah bagi saya šŸ¤’

 

Balik sekolah kena tolong mak ayah kat rumah sampai la berjual ke pasar malam(ni masa mak ayah berniaga kat pasar malam).

 

Bila dah berniaga di warung, balik sekolah terus balik ke warung tolong mak ayah. Selalunya memang sampai tengah malam kat kedai šŸ˜„

 

Weekend pulak memang pagi-pagi dah sampai warung šŸ˜ž

 

Selalu jeles tengok kawan-kawan boleh lepak-lepak dan berehat kat rumah.

 

Sampai 1 tahap saya cakap kat diri saya “AKU TAKKAN BERNIAGA! ”

 

Dan mak ayah saya pun sokong niat/azam saya tu.

 

Diorang pesan belajar pandai-pandai supaya tak perlu susah macam diorang.

 

Diorang suruh usaha betul-betul supaya dapat kerja pejabat macam orang lain. Petang dah boleh balik rumah rehat dengan keluarga.

 

Antara yang saya tak boleh lupa ialah masa lepas mak bersalinkan adik bongsu saya.

 

Mak terpaksa keluar berniaga masa hari ke-13 berpantang. Kena jalan jauh untuk naik bas @ tunggu teksi dengan barang-barang niaga yang berat sebab ayah ke pasar.

 

Sedih sangat-sangat kalau ingat balik pengorbanan mak dan ayah untuk besarkan kitorang semua. Memang struggle sungguh rasanya masa tu.

 

Tengah type ni pun rasa nak menangis dibuatnya šŸ˜­

 

Sebab tu minda saya dok fikir, saya TAKKAN SENANG kalau berniaga.

 

Alhamdulillah saya berjaya realisasikan impian saya sendiri dan mak ayah untuk kerja di pejabat yang ber aircond dan boleh balik pukul 6 petang. Allah rezekikan saya dapat keje kat sebuah bank.

 

Pengedar Shaklee - Leader Bisnes Shaklee - Pengedar Vivix Shaklee Terbaik

Makan-makan dengan Mak & Ayah

 

Lagi best, mak dan ayah saya pun dah berhenti berniaga lebih kurang 7 tahun lepas šŸ˜‡

 

Tapiii, keje pejabat takde la seindah yang disangkakan. Masa pregnant anak ke 2 saya dah rasa nak berhenti keje šŸ˜·

 

Bila berpantang lagi la membuak-buak rasa tu.

 

Long stori cut short, masa tu la saya kebetulan berkenalan dengan bisnes shaklee šŸ˜

 

Sekarang saya dah fall in love bisnes shaklee dan dalam perjalanan untuk realisasikan impian saya nak berhenti keje tu.hee~

 

Pengedar Shaklee - Leader Bisnes Shaklee - Pengedar Vivix Shaklee

Dapat Award Masa Shaklee Convention 29 April 2017

 

Otak saya pulak sekarang ni sokmo fikir tentang peluang buat duit dengan bisnes. Bisnes apa? Opkos la bisnes shaklee.hehe

 

Pelik bin ajaib kan? Sekarang ni saya pulak dok ajak orang berniaga šŸ˜‚

 

Yang saya tau 9/10 daripada rezeki ada dalam perniagaan. Sebab tu saya berniaga walaupun masih bekerja šŸ˜

 

Tapikan, kalau Allah nak balikkan hati kita memang mudah sangatkan? Sekelip mata je šŸ˜‰

 

Ni la kisah saya dolu-dolu..

 

Eh, ada ke yang baca ke sharing saya panjang-panjang ni šŸ˜…

Cari Agen Shaklee Di Area Anda? -->Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia



Nak Daftar Jadi Ahli Shaklee? --> Daftar Ahli Shaklee 2017



Cari Agen Vivix Shaklee Di Area Anda? -->Pengedar Vivix Shaklee Seluruh Malaysia



Nak Beli Produk Shaklee Terus Dari Shaklee HQ? --> Cara Beli Shaklee Online





___________________________

Leave a Reply