Aktiviti Kami Di Musim Cuti Sekolah 2016

Lagi seminggu je cuti sekolah dah nak habis. Banyak yang kami rancang untuk aktiviti di musim cuti sekolah 2016.

 

Aktiviti Musim Cuti Sekolah 2016

Banyak jugak yang berjaya dilaksanakan walaupun ada yang last minute plan.

Ada beberapa aktiviti yang tak dapat dibuat sebab kekangan masa. Almaklumlah cuti tahunan dah tinggal sikit.hehe

Boleh dikatakan musim cuti sekolah 2016 ni yang paling happening. Mungkin sebab anak-anak pun dah makin besar dan dah pandai enjoy.hehe

Selain tu opkos la sebab sekarang ni bonus shaklee mummy dah makin gemuks. So, banyak la portion untuk bercuti. Hehe

So far, cuti sekolah kali ni kami dapat meluangkan masa bercuti di Legacy Melaka. Ni memang cuti kat area bandar Melaka je.
Kat Melaka ni tak banyak sangat aktiviti luar sebab kitorang dah banyak kali ke Melaka. So, memang banyak spend masa kat hotel(mandi kolam) dan jalan-jalan sekitar hotel je.hehe

 

Oh ye, kitorang sempat la masuk Muzium Kapal Selam kat sana. Masuk pun sekejap je sebab sempit dan syahmi cakap busuk ?
Lepas Melaka, kitorang sambung pulak bercuti kat Avillion Port Dickson.
Kat sini memang best. Bilik memang cantik dan luas untuk kitorang berlima dan lagi awesome sebab seaview ?
Aktiviti standard anak-anak kitorang bila tidur hotel memang mandi kolam la. Sokmo ajak nak pergi swimming. Sampai mummy dengan ayah dia tak larat nak layan.haha

Kat Avillion PD ni kitorang sempat la berkaraoke. Seronok tengok Dina dan Syahmi layan lagu karaoke wajib diorang ‘1,2,3’, Aris Ariwatan tu.
Lagu ni memang berhantu. Sampai si kecik Aira pun dok nyanyi-nyanyi je. Tah mana dari mana la budak-budak ni dengar pun tak tau la. Sebab saya tak pernah dengar ?
Aktiviti musim cuti sekolah lain ialah ikut mummy pergi kelas shaklee. Hihi

Aktiviti bisnes shaklee mesti la kena ada kan? Sebagai leader bisnes shaklee, saya kena sentiasa upgrade ilmu bisnes.

Kali ni kitorang join kelas Master Norita. Kelas ni memang special, selain daripada ilmu yang mahal, free flow ESP, Cinch Shake dan prrformance sepanjang kelas, doorgift dia Collagen Powder Shaklee tau ?
Selain tu kitorang sempat jugaj pergi mandi-manda di Gold Coast Morib. Kali ni aktiviti dengan keluarga besar disebelah saya.
Seronok la budak-budak tu sebab  ada acik, uncle faiz dan paksu diorang yang rajin melayan. Yang tak bestnya mak dan ayah saya tak bawak baju mandi la pulak ?
So, diorang just duduk tengokkan barang je la. Balik mandi kali ni memang 3 beradik ni ‘rentung’ habis. Hahaha
Tu je la aktiviti musim cuti sekolah kitorang untuk tahun 2016 ni. Aktiviti makan-makan tu macam memang wajib la.
Kalau sempat nak bawak budak-budak tengok wayang. Tapi malas nak janji coz takut tak sempat. Kalau bagitau kang diorang dok tuntut je.hihi
Korang pulak, share la apa aktiviti cuti sekolah 2016 korang ?
Oh ye, Promosi  Shaklee untuk bulan November masih berlangsung. Harga Collagen dan Carotomax tengah super duper special tau ?
Kalau nak meh roger k ?
Whatsapp 012-346 1698 (Erni)

Whatsapp 012-346 1698 (Erni)

Whatsapp 012-346 1698 (Erni)

Cari Agen Shaklee Di Area Anda? -->Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia



Nak Daftar Jadi Ahli Shaklee? --> Daftar Ahli Shaklee 2017



Cari Agen Vivix Shaklee Di Area Anda? -->Pengedar Vivix Shaklee Seluruh Malaysia



Nak Beli Produk Shaklee Terus Dari Shaklee HQ? --> Cara Beli Shaklee Online





___________________________

Leave a Reply