6 Tips Penting Capai Matlamat Penyusuan Susu Ibu Sehingga 2 Tahun

Alhamdulillah sekarang dah semakin ramai ibu dan bakal ibu yang menyokong penyusuan susu ibu. Semakin ramai yang tercari-cari tips susukan bayi dengan susu ibu.

 

6 Tips Penting Capai Matlamat Penyusuan Susu Ibu Sampai 2 Tahun

6 Tips Penting Capai Matlamat Penyusuan Susu Ibu Sampai 2 Tahun

 

Dulu masa zaman saya mula-mula susukan anak sulung memang tak ramai yang amalkan penyusuan susu ibu. Kalau kat ofis dulu memang beberapa kerat je la ?

 

Sebab tu saya seronok tengok trend sekarang ni. Kebanyakan ibu-ibu muda dah mula sedar tentang kebaikan susu ibu.

 

Dalam pada dah ramai tu, masih ramai jugak yang tak berjaya untuk susukan bayi diorang.

 
Sebenarnya senang je penyususan susu ibu ni. Yang paling penting kena ada ilmu penyusuan susu ibu. Insyaa Allah mesti berjaya ?

 
Jom saya kongsikan tips penyusuan susu ibu
6 Tips Penting Capai Matlamat Penyusuan Susu Ibu Sehingga 2 Tahun

 
1. Belajar Ilmu Penyusuan Susu Ibu. Ilmu sangat penting supaya ibu boleh bersedia  dan tidak panik atau stress sepanjang tempoh penyusuan.

 
2. Sediakan kelengkapan penyusuan susu ibu. Antara kelengkapan penting ialah pam susu. Ini untuk ibu bekerjaya la. Ibu yang bergelar surirumah tak perlu ada pun takpe ?
Pilih pam yang berkualiti ye. Mungkin mahal sedikit tapi percayalah memang sangat-sangat berbaloi ?

 
3. Dapatkan sokongan keluarga. Haa, ni memang penting. Sokongan suami terutamanya dan ahli keluarga lain sangat-sangat membantu.
Penyusuan susu ibu ni ialah perjalanan yang panjang dan sangat menguji emosi. Lebih-lebih lagi bagi ibu bekerjaya. So, kalau ada sokongan Insyaa Allah akan lebih mudah dan pasti tercapai ?

 
4. Kumpulan sokongan penyusuan susu ibu. Yang ni pun penting jugak. Bila join ibu-ibu lain yang menyusu jugak, korang boleh berkongsi pengalaman.
Contoh, kalau anak tak nak puting, nak buat macam mana? Atau pun bila bayi mula menggigit masa menyusu, apa yang perlu kita buat?
Best tau join group macam ni. Takde la kita stress dan down sorang-sorang je ?

 
5. Persediaan Emosi. Korang kena tau kenapa korang nak menyusu? Sebab nak anak sihat etc kan?
So, kalau ada apa-apa cobaan dan dugaan tengok balik matlamat a.k.a big why korang menyusu tu.
Macam saya, penat or stress macam mana pun saya tak nak berhenti sebab saya target nak anak dapat khasiat susu ibu sampai 2 tahun ?

 
6. Persediaan fizikal. Orang kata penyusuan susu ibu ni renyah atau leceh. Ye, untuk orang yang malas memang akan rasa macam tu.hehe
Sebabnya nak kena basuh botol, nak kena steril botol susu, nak kena pam susu, nak kena buat stok susu ibu etc.
Tapi ibu yang yang susu formula pun kena basuh dan sterilkan botol susu kan? Cuma nak dengan tak je la ?
So, selamat amalkan tips ni ye ?
Kalau perlukan Set Menyusu Shaklee boleh roger saya ye ?
Whatsapp 012-346 1698 (Erni)

Whatsapp 012-346 1698 (Erni)

Whatsapp 012-346 1698 (Erni)

Cari Agen Shaklee Di Area Anda? -->Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia



Nak Daftar Jadi Ahli Shaklee? --> Daftar Ahli Shaklee 2017



Cari Agen Vivix Shaklee Di Area Anda? -->Pengedar Vivix Shaklee Seluruh Malaysia



Nak Beli Produk Shaklee Terus Dari Shaklee HQ? --> Cara Beli Shaklee Online





___________________________

Leave a Reply