5 Tips Tunaikan Umrah Dengan Anak Kecil Dan Baby

Alhamdulillah bulan Mac 2015 saya dan suami dapat jemputan untuk menunaikan umrah dengan anak-anak.

 

5 Tips Tunaikan Umrah Dengan Anak Kecil Dan Baby

Masa tu kitorang memang excited sebab dah lama pasang impian nak tunaikan umrah.
Dalam pada excited tu kitorang saspen jugak sebab akan tunaikan umrah dengan anak-anak sekali.
Dah la kitorang suami isteri 1st time nak buat umrah.  Dan kitorang pergi berlima beranak je. Masa tu Dina baru 8 tahun, Syahmi 4 tahun dan Aira 6 bulan.
Kalau ikutkan memang ramai yang tak galakkan untuk bawak anak-anak masa buat umrah.
Tapi keluarga saya yakinkan untuk bawak je anak-anak kitorang sebab pengalaman diorang tunaikan umrah dulu ramai je yang bawak anak kecil dan baby.
So, kitorang pun tekad je bawak. Tapi kami buat persiapan yang secukupnya la. Takde la aci redah je kan ?
Meh saya sharekan tips tunaikan umrah dengan anak
5 Tips Tunaikan Umrah Dengan Anak Kecil Dan Baby
1. Buat Persiapan Ilmu Ibadah Umrah seawal yang boleh. Bagi yang bawak anak macam saya kena bagi perhatian lebih tentang cara tawaf dengan anak dan baby.

 

Sebabnya kalau silap takut ibadah kita tak sah. Nanti takut kena ‘dam’ pulak ?
2. Persiapan Kelengkapan ibadah umrah. Selain daripada kelengkapan ibadah, korang kena pastikan keperluan anak korang pun lengkap ye.

 
Contohnya pakaian(yang sesuai dengan musim kat sana), diaper, ubat-ubatan, vitamin dan susu formula bagi anak yang menyusu.

 

Baby saya menyusu badan. So selamat la sikit.hehe
3. Persiapan fizikal. Ibadah umrah memerlukan banyak tenaga. Ye la, tawaf je dah 7 pusingan. Saie pulak 7 kali ulang alik dari Safa ke Marwah.

 
So, untuk yang tunaikan umrah dengan anak dan baby macam saya lagi la kena fit. Sebabnya anytime je anak korang akan mintak dukung.hehe

 
Kalau korang bawak baby, sebaiknya gunakan baby carrier yang berkualiti supaya korang tak ‘terseksa’ kat sana nanti.

 

Nak bawak stroller pun bagus. Cuma stroller tak boleh masuk ke area masjidil haram.

 

 

4. Persiapan Mental. Haa, bab ni memang tersangatlah penting. Korang kena banyak bersabar sebab akan ada je perkara-perkara yang tak dijangka yang berlaku.

 
So, banyakkan beristigfar. Terima je segala yang berlaku tu sebagai ujian daripada Allah.

 

5. Persiapan Rohani. Selalunya masa kursus umrah ustaz akan pesan supaya perbanyakkan buat solat taubat. Solat taubat tu Insyaa Allah boleh bantu sucikan diri kita daripada dosa-dosa kita.

 

 

Atleast boleh la kita jumpa Allah dalam keadaan yang lebih baikkan ?

 

 

Itu je la yang saya nak kongsikan kali ni. Kalau korang perlukan vitamin untuk dibawa masa tunaikan ibadah umrah boleh la roger saya k ?

 

Whatsapp 012-346 1698 (Erni)

Whatsapp 012-346 1698 (Erni)

Whatsapp 012-346 1698 (Erni)

Cari Agen Shaklee Di Area Anda? -->Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia



Nak Daftar Jadi Ahli Shaklee? --> Daftar Ahli Shaklee 2017



Cari Agen Vivix Shaklee Di Area Anda? -->Pengedar Vivix Shaklee Seluruh Malaysia



Nak Beli Produk Shaklee Terus Dari Shaklee HQ? --> Cara Beli Shaklee Online





___________________________

Leave a Reply