5 Tips Elak Meroyan Untuk Ibu Lepas Bersalin

Saat melahirkan cahaya mata tersayang ialah momen paling indah dalam seorang ibu. Tapi, momen indah tersebut boleh bertukar kepada pengalaman yang mengerikan jika anda mengalami ‘Meroyan’ ataupun ‘Postpartum Depression‘.

 

5 Tips Elak Meroyan Untuk Ibu Lepas Bersalin

5 Tips Elak Meroyan Untuk Ibu Lepas Bersalin

 

Berita baiknya ialah risiko ibu lepas bersalin untuk Meroyan boleh dikurangkan atau dielakkan. Jom saya kongsikan Tips Elak Meroyan supaya lebih ramai bakal ibu yang dapat manfaatnya.

 

Tips Elak Meroyan Untuk Ibu Lepas Bersalin

 

1.Dapatkan tidur dan rehat secukupnya

Usahakan untuk tidur atau rehat bila bayi anda tidur. Kaau tak boleh tidur, sekurang-kurangnya berehatlah. Pasangkan muzik yang menenangkan. Untuk yang beragama Islam sebaik-baiknya pasangkan ayat-ayat Al-Quran atau alunan zikir. Tujuannya supaya minda anda tenang, terisi dengan ayat-ayat suci dan terhindar daripada gangguan syaitan.

 

2. Makan Makanan Sihat dan Lengkap Dengan Nutrisi

Ibu lepas bersalin perlukan makanan bernutrisi kerana anda banyak kehilangan nutrisi semasa mengandung. Badan anda juga perlukan nutrisi secukupnya untuk mempercepatkan proses pemulihan selepas bersalin.

Sebab tu, doktor akan mencadangkan pengambilan vitamin kepada ibu lepas bersalin. Nak vitamin terbaik untuk ibu lepas bersalin? Jom baca kat sini >> Set Bersalin Shaklee – Bantu Elak Meroyan Masa Berpantang <<

 

3. Bersenam Setiap Hari

Mungkin anda rasa “leceh la nak bersenam ni”, tapi usahakan la jugak. Bersenam sangat banyak manfaat untuk kesihatan ibu lepas bersalin tau. Bersenam jugak boleh mengelakkan daripada letih lesu.

Senang je bersenam lepas bersalin ni. Tak perlu buat yang susah-susah atau yang berat-berat. Memadai dengan yang ringan-ringan je.

 

Tips Elak Meroyan Untuk Ibu Lepas Bersalin - Senaman Ibu Lepas Bersalin

Contoh Senaman Untuk Ibu Lepas Bersalin. Klik gambar untuk lebih banyak rutin senaman yang boleh diamalkan

 

4. Bergaul Dengan Ibu-Ibu lain

Dengar dan berkongsi pengalaman dengan ibu-ibu lain memang sangat membantu. Anda akan dapat pelbagai tips yang mungkin boleh anda lakukan bila melalui pengalaman yang sama. Contoh bila baby asyik menangis, apa yang perlu dilakukan etc. Boleh juga baca info-info dan tips tentang ibu dan bayi di babycenter.com.my

 

5. Sayangi Diri Sendiri

Jangan bebankan diri sendiri dengan perkara yang anda tidak mampu lakukakn. Mintalah pertolongan daripada ahli keluarga lain untuk membantu anda. Anda bukan SUPERWOMAN yang boleh melakukan segala-galanya sendiri. Tangguhkan apa yang boleh. Sentiasa ingat anda sedang dalam proses kembali pulih selepas bersalin 🙂

 

Kesimpulannya, masa berpantang ialah masa yang patut anda nikmati. Rancanglah masa berpantang adan sebaik-baiknya dengan pasangan anda.

 

Nak Beli Set Bersalin Shaklee?

 

Jom Beli Set Bersalin Shaklee anda sekarang juga!

 

Nak tau Harga Set Bersalin Shaklee? Klik kat sini >> Harga Set Bersalin Shaklee<<

 

Cari Agen Shaklee Di Area Anda? -->Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia



Nak Daftar Jadi Ahli Shaklee? --> Daftar Ahli Shaklee 2017



Cari Agen Vivix Shaklee Di Area Anda? -->Pengedar Vivix Shaklee Seluruh Malaysia



Nak Beli Produk Shaklee Terus Dari Shaklee HQ? --> Cara Beli Shaklee Online





___________________________

Leave a Reply