10 panduan memilih Set Bersalin

Memilih set bersalin bukanlah satu perkara yang boleh di ambil mudah. Ini kerana pemakanan ibu selepas bersalin akan turut memberi kesan terhadap bayi yang baru lahir melalui susuibu.

Pengambilan Set Bersalin yang sembarangan boleh menyebabkan bayi mendapat jaundice dan akhirnya menyebabkan kerosakan sel otak jika berlarutan.

 

Malah terdapat sesetengah ibu mengalami kekeringan susuibu akibat set bersalin yang diambil.

Bayangkan jika ibu termakan bahan dalam set bersalin yang memudaratkan, bayi juga akan mendapat kesan buruk. Oleh sebab itu para ibu mengandung yang sedang berkira-kira untuk membeli set bersalin perlu mengetahui 10 panduan utama dalam pemilihan set berpantang.

1. Dapatkan info setiap produk.

Set Bersalin biasanya terdiri dari beberapa gabungan produk untuk dipakai oleh ibu sepanjang tempoh berpantang. Puan-puan perlulah mengetahui maklumat untuk setiap satu produk yang terkandung dalam set berkenaan.

Ini untuk mengelakkan puan daripada membeli sesuatu produk yang tidak perlu tetapi disertakan dalam set bersalin untuk mengaut keuntungan.

2. Periksa keselamatan kandungan.

Setelah puan-puan mendapatkan info produk, digalakkan membuat sedikit kajian terhadap kandungan setiap produk, ini untuk memastikan kandungan tersebut adalah selamat buat ibu dan juga bayi .

Contohnya banyak produk dalam set bersalin yang menyatakan dapat menurunkan berat badan namun kandungan dalam produk tersebut menyebabkan bayi mendapat penyakit kuning.

Bayi  mendapat penyakit kuning akibat ibu mengambil jamu.

3. Pastikan kandungan tidak mengeringkan susu.

Banyak set bersalin di pasaran mengandungi herba yang bersifat panas yang bukan sahaja menyebabkan bayi cirit birit malah menyebabkan susu ibu menjadi sedikit.

Malah ada kes di mana susu ibu kering akibat ibu tidak menyusu dengan kerap dan mengambil set bersalin yang salah.

Pastikan herba-herba yang bahaya buat ibu menyusu tidak terdapat dalam produk tersebut.

4. Periksa latar belakang syarikat pengeluar.

Dengan lambakan produk Set berpantang bagai cendawan tumbuh lepas hujan, adalah satu langkah bijak untuk puan-puan memeriksa latar belakang syarikat pengeluar produk set bersalin.

Pastikan terdapat pengesahan HALAL dan KKM pada setiap produk. Serta pastikan bukan syarikat tampalan, sekadar mengeluarkan produk tanpa kajian terperinci mengenai keselamatan bahan terhadap ibu dan bayi.

5. Dapatkan nasihat doktor.

Setelah mendapat maklumat dari nombor 1 sehingga 4, puan digalakkan untuk mendapatkan nasihat doctor mengenai produk-produk yang terkandung dalam set bersalin.

Doktor puan lebih mengetahui tahap kesihatan puan dan dapat memberi nasihat sekiranya produk tersebut merbahaya buat puan dan bayi yang bakal lahir.

Nasihat daripada Doktor Pakar Sakit Puan terkemuka di Malaysia mengenai pemakanan ibu dan vitamin.

6. Sesuaikan dengan budget.

Setelah mendapat nasihat doktor mengenai produk yang selamat, puan boleh mula menyesuaikan dengan budget yang telah ditetapkan. Lakukan sedikit perbandingan harga agar dapat melihat sama ada harga yang ditawarkan berpatutan atau tidak.

Sebagai contoh, Set A menawarkan multivitamin berharga rm90 untuk 180 biji, manakala Set B menawarkan multivitamin dengan harga RM110 untuk 90 biji.

Set A datang dari syarikat yang menjalankan kajian klinikal selama 50 tahun, Set B datang dari resepi turun temurun tanpa kajian klinikal. Maka puan puan boleh membuat perbandingan set mana yang lebih berbaloi untuk di ambil.

7. Kenalpasti keadaan semasa berpantang.

Puan-puan boleh mula membuat rancangan berpantang bila memasuki trimester terakhir. Dari situ boleh dikenalpasti samada berpantang dengan bantuan atau berpantang sendirian.

Pastikan Set Bersalin yang dipilih bukan daripada jenis yang sukar untuk dikendalikan.

8. Teliti cara penggunaan dan penyimpanan.

Sesetengah set bersalin memerlukan penyediaan yang leceh dan rumit. Contohnya perlu direbus dan dimasak di atas api, atau perlu di bancuh dengan air mendidih dan sebagainya.

Ada pula yang memerlukan penyimpanan yang rumit .Ini untuk menyesuaikan dengan keadaan nombor 7 di atas. Dapatkan Set Bersalin yang mudah untuk dikendalikan dan digunakan.

9. Semak adakah pilihan untuk beli berasingan.

Lazimnya Set Bersalin datang dalam bentuk gabungan pelbagai produk. Ada setengah syarikat tidak menyediakan pilihan untuk membeli berasingan, maka pengguna terpaksa membeli set yang banyak sehingga melebihi budget.

Sedangkan tidak semua yang di dalam set itu diperlukan atau mungkin tidak sempat dipakai kerana sibuk berpantang dan leceh untuk menyediakan bahan (seperti kes dalam nombor 7 dan nombor 8).

Akhirnya produk terbengkalai sehingga habis tempoh berpantang dan berlakulah pembaziran wang.

Jika terdapat syarikat yang menawarkan pembelian berasingan dengan harga berpatutan, kualiti terjamin, selamat dan tidak memudaratkan, maka inilah pilihan terbaik jika ia sesuai dengan budget anda.

10. Dapatkan testimonial.

Langkah terakhir yang tidak kurang penting ialah mendapatkan testimonial dari ibu berpantang tentang produk Set Bersalin yang digunakan.

Ini untuk melihat samada terdapat kes seperti bayi kuning, susu kering, susu sedikit, ibu sembelit, ibu cirit birit, bayi kepanasan dan banyak lagi kesan buruk akibat salah mengambil set bersalin. Selaraskan tips ini dengan tips nombor 5.

 

VitaminIbu.com mencadangkan pengambilan Set Bersalin Shaklee yang mengandungi rangkai produk selamat yang menjalani kajian klinikal berpuluh-puluh tahun.

Set Bersalin Shaklee terbukti selamat untuk ibu berpantang dan bayi yang menyusu. Kerana ia dihasilkan dengan pemantauan ketat badan R&D Shaklee yang mementingkan keselamatan pengguna dan alam sekitar sejak lebih 55 tahun.

Set Bersalin Shaklee juga mempunyai fungsi menyeluruh 8-in-1 berikut :

  1. Penyembuhan selepas bersalin
  2. Pembersihan toksin dari sistem tubuh
  3. Meningkatkan susu ibu
  4. Menurunkan berat badan
  5. Membentukan kontur tubuh menawan
  6. Memberi Tenaga Berpanjangan
  7. Mencantik dan menganjalkan kulit
  8. Memulihkan libido untuk fungsi keintiman.

 

 Set Bersalin Shaklee

Set Bersalin Shaklee

 

 

 

Hubungi VitaminIbu.com melalui saluran berikut:

Cari Agen Shaklee Di Area Anda? -->Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia



Nak Daftar Jadi Ahli Shaklee? --> Daftar Ahli Shaklee 2017



Cari Agen Vivix Shaklee Di Area Anda? -->Pengedar Vivix Shaklee Seluruh Malaysia



Nak Beli Produk Shaklee Terus Dari Shaklee HQ? --> Cara Beli Shaklee Online





___________________________

3 Comments on 10 panduan memilih Set Bersalin

  1. Ros
    5 June, 2015 at 3:35 pm (2 years ago)

    terima kasih berkongsi tips pilih set bersalin.
    Memang nak kena pilih betul2 lah.

    Reply
  2. Dayangku Hanym
    19 January, 2014 at 3:01 am (4 years ago)

    Hebat Panduan Memilih Set Bersalin ini

    Terima kasih

    Reply

1Pingbacks & Trackbacks on 10 panduan memilih Set Bersalin

  1. […] yang menyebabkan susu kurang dan baby mendapat jaundice bila ibu makan produk dalam set bersalin tu. Boleh rujuk di sini cara dan panduan untuk memilih set bersalin.  Saya memang menggunakan Set Bersalin Shaklee ni sejak anak sulung lagi, hampir 7 tahun lepas. Masa […]

    Reply

Leave a Reply